Sunday, July 6, 2014

Salam Ramadhan Kareem

Alhamdulillah diberi peluang untuk merasa lagi bulan puasa kali ni..masih dipanjangkan umur lagi dan dikurniakan kesihatan yang baik..

Bulan puasa ni 1st time berpuasa masa mengandung dan amalkan SET HAMIL yang superb!

Rasa perbezaan yg ketara sekali sebab ada hari tu tak sempat sahur, sebab bangun pun dah terlambat..hanya sempat minum milo je..tapi siangnya masih mampu bertahan walaupun pregnant..hehe..tahun2 lepas masa mengandung i kerap bukak puasa sebab tak tahan gila..letih tahap gaban plus perut dok krek krek krek 24 jam..

harapnya tahun ni i mampu bertahanlah..sebab kali ni i rasa i pregnant i tak kuat makan sangat..even dah abis dah pun fasa morning sickness muntah2 and alahan bagai tu..maybe belum sampai lagi kot tahap i kuat melantak..hehe..just wait and see masa dekat2 nak due nantilah


Sunday, June 22, 2014

Impetigo

Memang ni dugaan untuk famili kitorang sebenarnya..semuanya hanya untuk menguji hamba-NYA..

Dulu Iman dah hampir sembuh dari masalah ekzema dia..sebab tu i fikir, ha oklah kot if i nak bagi adik kat dia..hahaha..sebab dulu awal2 dulu memang still planning..takut if i pregnant, dengan nak jaga Iman lagi yang 24 jam keje menggaru je..nak jaga baby lagi..maunya tak haru nanti..

But bila i pregnant, ekzema dia datang balik..tak tau silap kat mana..memang Allah betul-betul nak menguji tahap kesabaran kami nak menempuhi semuanya..Iman start garu-garu balik n become worst bila ada infection impetigo kat muka dia..hanya start dengan menggaru saja, terus jadi infection!Semua tu bermula masa we all kat kampung suami..maybe dia ada main habuk-habuk kat certain tempat..once dia garu teruk, kuman terus masuk..

Tanya hospital apa masalah kulit anak i..sorang pun tak sebut impetigo..yang dorang sebut masalah ekzema je..tapi taktau specific word or term untuk masalah kulit Iman..adik and ipar i yang kebetulan doktor yang mention Iman kena infection impetigo..barulah doktor-doktor tu mengiyakan..ceh!tak saspek langsung bak kata apek..4-5 orang yang datang check anak i, tak sorang pun yang tau specific term tu..bukan nak berlagak kata adik i tahu..tapi rasa macam tak guna jugak jadi doktor kat bahagian kanak-kanak kalau taktau masalah yang sering berlaku pada kanak-kanak..so bila i dah tau term impetigo tu, i pun terus google..memang simptomnya sama macam apa yang Iman dapat..

So cara terbaik, Iman kena warded sebab infection tu terlampau banyak sangat kat muka dia..cepat sangat merebak..Doktor kata kena drip antibiotik jugak camnepun..pasrah jugaklah i..dengan bawak perut lagi, terpaksa handle anak sorang2 kat hospital lagi..risau jugak sebab Iman ni jenis yang nak i dukung je dia..

Antibiotik yang doktor bagi adalah CLOXACYLIN..sejak anak i kena ekzema ni, i macam dah hafal dah nama-nama ubat yang doktor prescribed ni..ubat gatal la..antibiotik la..sebab once i dapat ubat-ubat tu, i akan google segala info berkaitan ubat-ubat tu..ubat mana yang kuat..even g klinik swasta pun, lepas dapat ubat, i akan tanya doktor antibiotik ni nama apa..ubat gatal ni nama apa..i tanya je..tapi i tak bagi anak i makan pun ubat gatal tu..sebab kat botol memang takda nama-nama ubat tu..dorang just mention ubat gatal atau alahan je..kitalah sebagai parents yang kena korek and tanya doktor apa nama ubat tu..in case antibiotik pulak, kita memang kena ambil tahu nama antibiotik tu..sebab in case berlaku lagi kes-kes yang sama, doktor akan tanya balik antibiotik apa yang anak kita dah ambil sebelum ni..

So, nak kata ujian..ye memang ujian..tiap-tiap malam tidur kami memang terjaga-jaga je..umpama jaga baby baru lahir..sebab takut sangat Iman garu kepala dan muka dia tengah2 malam sampai darah..takut jadi lagi teruk infection nya..badan dia takda masalah..lepas sembuh infection impetigo aritu, if dia garu balik, akan datang baliklah infection tu..tidur malam kami memang tak lena..huhu..ujiannnn..Allah nak tengok sejauh mana kami bersabar..walaupun honestly kadang-kadang terhilang kesabarannya, tapi bila tersedar balik..Ya Allah..ni kan ujian Allah..

Nanti kalau ada masa saya akan post gambar Iman masa kena infection impetigo tu..sebab gambar tu ada dalam hp..so agak melecehkan jugaklah nak masukkan dalam blog ni..






Friday, June 20, 2014

Kembali dengan good news!

Hai!! 

I'm back!hehe 

Last update blog ni rasanya masa bulan 8 tahun lepas kot..now almost 1 year jugaklah..nasib baik i ni rajin..hehe..korek2 balik diari lama nak cari password blog ni..gila memang tak ingat dah apa passwordnya..n even username pun tak ingat dah..mujur jumpa jugak 

Apa jua yang berlaku, blog daku yang dah bersawang ni mesti jugak kena keep updated..paling busuk pun i tak sempat update paling lama 1 tahun lah..kahkah 

Good news yang i nak share kali ni..sebab apa i update blog ni tetiba je kan? 

Of course sebab nak share dalam ni about my 3rd pregnancy! Dah nak masuk 3rd trimester dah..belum lagi masuk..pejam celik pejam celik je ye..i pun tak sedar dah nak dekat jugak due i nak bersalin ni..hopefully semuanya baik-baik saja. 

Macam biasa..kisah pregnancy i akan sentiasa i story dalam blog i supaya i dapat baca bila-bila boring nanti..boleh imbas balik kenangan masa mengandung..apa bezanya pregnancy dulu dan kini.. 

For info, pregnancy i kali ni memang tak banyak masalah..cuma masalahnya adalah i dapat GDM!!!!!OMG..haha..i memang tak terkejut..sebab history famili i memang ada diabetes..my mum ada diabetes but not serious type..belum sampai kena cucuk insulin..and i pulak, kes i taklah teruk mana..just border je pun..but macam biasalah,,even border je pun, kalau dah refer dengan KK, of course la kena melalui semua jenis ujian yang ada..seriously sungguh melecehkan btol..sabar jela..i never been to KK before this..sebelum ni g klinik swasta je..but since KK ni kat area rumah i jer, memanglah kena g kan..free pulak tu..ekekek..redah jela walaupun kadang2 kesabaran tu hilang disebabkan kena g ulangalik banyak2 kali.. 

Since i ada GDM ni,i just control makan jelah..tapi kadang2 redah jugak makan..but honestly, pregnancy i kali ni i taklah kebulur sangat makan..makan berpada-pada..sebab i cepat kenyang..n i kenyang untuk tempoh yang lama pulak tu..hehe..tapi bukan nak cakap sebab i minum ESP Shaklee ni..hehe..i minum ESP time pagi je..tengahari i lapar lambat sikit..i makan nasi pun takut-takut je..aritu nurse pesan makan 1 senduk je..tapi kekadang i bedal 2 senduk gak kalau kena feveret food i..hehe..i memang kuat makan nasi..tapi tak kuat makan lauk.. 

Sebab tu sekarang ni i control gula dgn minum ESP jugak..sebab i risau sangat kalau dah gula tinggi, nanti baby besar..so far berat badan i still ok lagi..tapi taktaulah pulak nanti kan..harap semuanya baik-baik saja.. 

Oklah..i nak sambung blog lain pulak ni..nak sambung update blog biz pulak..banyak pulak blog nak kena jaga..ekekek.. 

Plan nak buat entry pendek je..tapi tertaip panjang-panjang pulak..sokmolah gitu..selalu suka melalut..so better i stop dulu

Saturday, October 5, 2013

Happy birthday for both!

Salam Arini update dari phone je.So entry i takleh lagi dah nak panjang2 macam selalu.takleh nak bebel2 or melalut panjang2 dah.hahaha.yang penting blog i berhapdet sya nanti anak2 i boleh baca atau i boring2 boleh korek balik kisah2 lama.hehe Baru nak cite besday Hannan ok.dah lewat 2 bul an dahpun.She's now 5 years!Sempena besday dia,we all buatlah sedikit kenduri untuk kawan2 dia kt tadika.Sekadar termampu. Tanpa pembaziran. Oklah.nanti i update balik ye.Lembab tahap sipot tul guna hp ni.takleh upload pic pulak

Monday, August 12, 2013

Salam Aidilfitri

Wahhhh..sudah 3 bulan aku tak update blog ni..tapi masih ada jugak yang mahu berkunjung ke blog aku nih..hehe..

Masa bulan puasa tak sempat langsung nak update..even puasa, siang takyah masak, tapi aku still kena masak jugak anak-anak aku..so masa pun abis gitu jela..haha..petang pulak nak masak untuk berbuka..pastu berbuka..pastu kemas-kemas basuh pinggan..pastu bagi tido anak-anak..last-last dengan aku2 sekali tido..memang susah la nak bangun tengah malam pulak..akupun sekarang tengah fokus on 2nd blog aku tu..so, lagilah tak menyempat..aihhhh..kata surirumah..kunun-kunun macam banyak masa..tapi masa asyik takde je..bukan takde masa..tapi maybe time management aku tak kena..so, aku kena atur balik masa aku betul-betul..

Jom layankan saja gambar-gambar Aidilfitri 2013 kami kali ini..Tahun ni turn aku beraya kat rumah family-in-law aku kat Penang..Then petangnya balik kampung kat Gunung Semanggul, Perak sebab mak mertua aku buat majlis tahlil untuk arwah nenek suami..tahun ni 1st time beraya tanpa arwah tok..











Harap maklum..dalam picture ni semua muka anak-anak aku masam je masa hari pertama..Hannan memang raya pertama tu dia malu sungguh nak bergambar..suruh bersalaman pun dia taknak..dia macam 'shock' kejap tak tahu kenapa..yang Iman pulak memang payah nak bergambar dengan dia..memang dia paling payah nak senyum.masam je..tak macam kakak dia yang suka sangat bergambar..cuma yang kali ni saja dia buat perangai..kalau tak, memang mudah..

Saturday, April 27, 2013

murah lagi rezeki..

Alhamdulillah..Allah masih lagi murahkan rezeki Iman Zahraa' menyusu sampai sekarang..tak sangka..dah 1 tahun 8 bulan dah..sememangnya memerlukan banyak kesabaran selain berdoa dan usaha..memang ada jatuh bangun di alam penyusuan susu ibu ni..kena banyak sokongan dari sekeliling..aku perlu kuat semangat..sebab aku tahu anak aku sangat perlukan susu ibu ni..sebab tu aku perlu kuat..adakalanya susu drop..memang nak nangis..tapi aku kuatkan semangat balik sebab aku takleh stress..kalau stress, memang susu akan kurang lagi..itulah pentingnya kena jaga emosi jugak aku ni..nasib baiklah ada amalkan makan B-complex Shaklee ni..sekurang-kurangnya membantu sikit..bukan senang nak menyusukan anak..bukan setakat selak, pastu bagi hisap..NO!tidak semudah yang disangka..emosi memang selalu sakit..kalau tak kuat, memang stop terus menyusukan anak..tapi aku memang NEKAD..apapun, biarlah Tuhan berikan kesempatan utk aku menyusukan Iman Zahraa sampai 2 tahun..

Kadang-kadang aku tengok ramai ibu-ibu yang mudah mengalah..kalau yang anak 1st, aku tak kisah..tapi bila dah anak ke-2, ke-3, still lagi taknak kuatkan azam nak menyusukan anak..susu drop sekali, terus hilang semangat nak bagi susu ibu..lantas terus bagi susu formula tanpa continue bagi susu ibu..kesudahannya, memang takde susu teruslah si ibu..kesian si anak..ibu kena kuat..aku faham situasi ibu bekerja..penat..tapi kadang-kadang, keazaman yang kuat boleh mengatasi segalanya..sebab aku tengok ramai je ibu-ibu yang bekerjaya, tapi sebab azam yang kuat, hasilnya, cukup 2 tahun anaknya menyusu dgn susu ibu..itulah pentingnya azam..melainkan segala usaha kita dah lakukan, tapi Allah masih taknak beri rezeki menyusu pada si anak, redha jela..

Contoh macam aku, walau apa jadi sekalipun, aku tetap kena beri susu ibu pada Iman..sebab dia allergi pada susu lembu..mungkin ni salah satu sebab nak taknak aku memang perlu jugak beri susu ibu pada Iman..so, inilah caranya aku kena kuatkan azam aku utk menyusu sampai 2 tahun..kalau boleh, sampai 3 tahun pun takpe..lepas 2 tahun, kalau dia still lagi allergi, itu cerita lain..

Apapun, semuanya perlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi..ianya nampak mudah..tetapi tidak semudah yang disangka..sedangkan ibu-ibu yang tidak bekerja pun dan berada di rumah sepanjang masa, tidak semuanya di kalangan mereka yang boleh menyusukan anak hingga berjaya kalau takde azam yang kuat..banyak cara utk banyakkan susu..tak semestinya makan pil banyakkan susu..makanan harian pun ada..bergantung kepada badan masing-masing..tapi terkecualilah bagi mereka yang berpenyakit..yang menyebabkan mereka tidak boleh menyusukan anak mereka..

Sebab apa zaman sekarang tak ramai yg menyusukan anak?sebab kita ada pilihan untuk memilih SUSU FORMULA..kalau zaman, dulu, memang takde dah pilihan..semuanya cari ibu susuan..


three things


Ok..sajalah nak kongsi barang yang aku beli aritu..bukan baru pun..dah lama jugaklah..tapi sebab cerita lama yang dah diperam, jadi masamlah jugak kan..but still nak kongsi dalam ni..

Aku beli 3 benda yang memudahkan kerja aku seharian..(memudahkanlah sangat..hahaha)

1)PEMANGGANG

Yang ni beli thru kawan mak aku..sebab apa aku beli?Sebab masa tu murah.Aku tak tahulah pulak harga benda alah ni berapa sekarang..masa aku beli tu, harganya beratus gaklah..yang ni aku beli murah sikitlah..masa tu kan semua orang tengah gila dengan benda alah ni..Lepas tengok mak aku pakai kt rumah, tengok macam best je bibik masak guna benda ni, so akupun terpengaruh dan maka nya, terbelilah jugak..Tapi memang bagus benda ni..Aku boleh jimat minyak masak banyak sangat..Aku dah tak goreng2 dah ayam atau ikan..Pendek kata, aku memang panggang terus je lauk apapun..Minyak setitik je pakai..pastu letak kunyit banyak2..memang sedap..sebab Hannan suka sangat ratah ayam yang aku panggang guna benda alah ni..memang tak luak langsung minyak masak sebotol kt rumah aku..jimat..






2) RING SLING




Haaa..benda alah ni aku baru nak start pakai..sebelum ni tak pernah teringin pun nak beli dari anak 1st sampai yg 2nd..sebab mahal kan..plus akupun tak tahu pakai ke tak benda ni..takut beli tapi tak pakai je..membazir duit pulak karang beli tak pakai..tapi takpelah..memandangkan sejak-sejak aku dah berbisnes ni, aku tak kisah sangat nak beli benda-benda cemni..untuk memudahkan aku buat kerja..sebab apa aku beli?sebabnya aku dah terdesak sangat bila duduk rumah, aku takleh nak buat kerja rumah sebab si Iman Zahraa' ni asyik nak bergayut dan menempek dengan aku jer..aku dah jadi stress sebab asal aku nak melangkah ke dapur je nak masak, diapun mulalah nak menyendeng kt kaki aku..dia mesti nak ikut..dapur aku pulak takde pintu atau gate..pastu bila masuk, abis semua pinggang periuk semua dia main..yg tak best, tong sampah dia nak main jugak..itu biasalah kan kes budak2 cenggini..tapi aku takleh, sebab aku memang takleh wat kerja kalau dia sikit2 tarik baju aku nak suruh aku duduk dengan dia je..so, camne aku nak masak?camne aku nak keluar menyapu kt depan rumah?lepas beli ring sling ni, haaa..amik ko..dia gayut je dgn aku..suka pulak dia 1st time pakai..kadang-kadang aku kendong dia kt belakang guna benda ni..senyaplah dia..asalkan dia duduk kt aku, takpela..tapi memang agak tak selesa jugaklah aku nak memasak dgn dia..sebab pergerakan aku jadi lambat..tapi nak buat camne..daripada aku stress kan..aku memang takleh tahan telinga kalau budak nangis-nangis merap ni..


3) BRICK GAME






Hahaha..benda ni bukan untuk memudahkan kerja aku..tapi saja sesuka hati terasa nak beli..tiba-tiba je atas kereta aku cakap kt abang yang aku teringin nak main balik brick game ni..gian nak susun brick2 ni..hahaha..sebab kecik-kecik dulu teringin sungguh nak main game ni..tapi tak pernah dapat game ni..main yg kat komputer je..sampaikan kalau mak aku atau abang angkat aku nak g meeting kt luar kawasan ke, mesti sibuk nak pesan suruh beli sebab dulu susah nak cari game ni..kunun-kunun macam mahal la. tak pernah beli..setakat tumpang main game orang je..hehe...pastu bila cerita-cerita kt abang, abang cakap kt kedai hardware kt area rumah aku tu ada jual je game tu..murah je..RM7 je!!!..AKUPUN APA LAGI..teruslah nak ajak g kedai..murah ok..hahaha..lepas beli, bawak balik, main kejap je..pastu anak aku dua beradik tu berebut pulak dah brick game ni..siap gaduh ok!yg si kakak bajet aku belikan game ni utk dialah..padahal untuk mak nya..hahaha..tak senonoh dah jadi mak pun nak main game lagi..last-last, aku tak main pun sampai ke sekarang..sekali tu je main masa mula-mula beli..setakat lepas gian masa aku budak-budak dulu..sebab aku tahu aku memang takkan ada masa nak mengadap game tu nak main..memang tak sempat main!masa aku sangat padat utk benda lain..dan sekarang, brick game tu dahpun musnah dek lemparan anak-anak aku..hahaha..nasib baik 7 hinggit je..

Thursday, April 18, 2013

Hannan passed potty train at 4 years!


Oh ini cerita lama sebenarnya..tapi aku baru nak update..kesian kan..Hannan dah pass kencing malam dah berbulan-bulan dah..So, sekarang ni, if dia nak kencing, dia memang akan bangun..tapi most of the time, dia memang tak pernah kencing waktu tidur..

Sekarang ni, dia memang dah tak bergantung dengan apa2 pelapik dah..and even at night..kalau overnite kat hotel pulak, aku taklah risau sangat sebab diapun dah boleh rasa if dia nak kencing malam..dia akan bangun gerak papa dia..selamat aku..hahaha..

So sekarang, dah dapat jimat pampers dah..tak payah beli dah untuk Hannan masa tidur kat hotel..

Pasni nak fokus potty train utk Iman pulak..tunggu dia dah lancar bercakap, aku nak start training dia..hahaha..terpaksa gulung segala karpet semuanya..

Aku tetiba je teringat yang aku penah post entry pasal potty train Hannan..hahaha..tapi takpela..post jela banyak2 kali pun..

i'm back!

Tak tahu nak mula dari mana..dah lama gila ok aku tinggalkan blog ni..hampir 3 bulan..nasib baik masih lagi ingat password nya..huhu..kalau boleh, aku memang taknak biarkan blog ni terkubur cemtu je..kalau boleh dan selagi masih sihat dan masih ada kudrat, aku masih lagi nak menaip cerita-cerita kehidupan aku sekeluarga..kalau boring-boring, boleh buat blog walking balik baca blog sendiri..harharhar..

Yang paling best, walaupun aku dah abaikan berzaman, tapi tak sangka masih ada lagi komen dari orang tertentu kt salah satu entry aku ni..maknanya, kewujudan blog aku ni masih lagi dapat dikesan oleh google..hahaha..tu yg membuatkan aku nak sambung balik cerita2 aku dalam ni..banyak sangat nak cerita..tapi tak tahu nak mula dari mana..yang buat aku sibuk sekarang ni, sebab akupun dah nak kena manage satu lagi blog aku..so, tengah dalam proses nak menstabilkan blog tu supaya dia sentiasa hidup saja..hehehe..bila dah tumpu kt situ, yang ni pulak terabai..haihh..payah nak bahagikan masa..elok2 ada masa, ada je benda yang nak ganggu konsentrasi aku..

Bercerita pasal blog aku yang lagi satu tu, jemput2lah yer korang-korang yang banyak masa di depan laptop or ipad ni, jemput baca blog aku yang satu lagi tu..banyak berkisahkan penyusuan susu ibu dan tips kesihatan diri..semuanya untuk dikongsi bersama..

www.nutrihijau.blogspot.com

Jemputlah baca..dan bagi korang yang nak cuba sebarang produk Shaklee, boleh hubungi i je..memang best..sebab apa aku kata best?sebab aku pernah cuba, and sebab tu aku sangat yakin dengan keberkesanan vitamin Shaklee ni..yang penting, ia memang selamat!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...