Thursday, December 16, 2010

Nak potong berapa?

Actually, this is not my first time buying groceries..but what had happened is when the shop that i used to buy groceries such as fish and chicken was closed at that time..

Masa tu pulak i memang rushing gila sebab i nak masak petangnya tu..sebab i puasa..so, bila dah kedai tutup, i don't have choice..whatever things happen, i have to shop at Giant Kinrara..that was the nearest shop yg jual bahan2 makanan mentah ni..

The problem is, seumur hidup i since being a wife and mum, i tak pernah beli ayam atau ikan kat Giant or Tesco..sebab i dah biasa beli kat kedai2 runcit yg sebelum ni memang dekat sangat dengan rumah..just mintak je nak ayam banyak mana..separuh ke..seekor ke..semua siap dipotong..termasuk ikan..segala isi perut ikan semua dia buangkan..hoho..memang bestlah..bila balik jer, cuma cuci2 jer and simpan dalam peti..

So since there's no choice, i pun terpaksalah menapak kat Giant dengan si Hannan..oh..penat okeh nak cari ayam and ikan..bila i amik ikan, si Hannan pulak amik buah tomato kat mana tah and then main campak2 pulak...memang letih kalau bawak dia..i memang tak larat nak jerit time kat Giant..

Then jumpa ayam, i jadi blurr tak tahu nak beli ayam macam mana..sebab tak biasa..ada yg dah packing siap2..ada gak yg ayam seekor..then dia letak dalam plastik..i pun tak paham..berkali2 i baca..pastu i tengok pulak harganya murah..biar btul..kenapa mcm tak sama mcm kt kedai runcit..i lagi blurr..

Terpaksalah i bukak mulut and tanya ayam ni ayam apa..sama ke macam ayam biasa..sememangnya i tak pandai mebeli lauk2 mentah okeh..sangat memalukan..nak tanyapun tak tahu nak tanya camne..terpaksa fikir dulu ayat apa yg patut ditanya..jangan sampai memalukan diri sendiri..haha

Then bila i dah pilih2 ayam tu, dia tanya " Nak potong ke? "..I mengiyakan jer..

Then tanya pulak " Nak potong berapa?"...hah? i dah blurr lagi..i tak tau nak jawab apa..sebelum ni i ingat i pernah g pasar Alor Star dengan adik i..tapi dah tak ingat camne caranya beli ayam..haha..sebab selalu memang pilih ayam, then terus dia potong..takyah request apa2pun..

So, i tanya balik pekerja Giant tu, " Selalunya orang potong berapa?"..haha..i rasa macam bodoh jer i tanya soklan cemtu okeh..nampak sangat tak pernah beli ayam..sebenarnya nak cover supaya tak nampak sangat macam i tak tahu..

Dia pulak senyum..and jawab.." Potong 8, 12, 14, 16 pun ada"...."ok..potong 12 jelah."..i hentam je jawab..pastu i fikir2, 12 tu mesti besar jugak..i pulak memang dah malas nak potong lagi kalau dah bawak balik rumah..elok-elok dia dah potong je, i cakap " potong 16 lah.."...dia senyum lagi..sah2kan gelakkan aku yg tengah blurr ni!!

Kesimpulannya, i dapat belajar dari pengalaman i...selama ni i beli ayam senang je prosesnya..tup2 kali ni terpaksa beli ayam tanpa bantuan husband i..huhu..kena pilih sendiri..so, kiranya i dah taulah nak potong ayam berapa lepas ni if orang tanya..memalukan sungguh!

Pakai tudung tu kan wajib..

Harini entry i agak berbaur keagamaan sikit..opss!

Hahaha..

Bukan nak bersyarah..just to remind people or wanita2 kat luar sana..and also to remind myself..i noticed ramai perempuan suka kata  "Aku malas nak hipokrit..pakai tudung sebab kena suruh dengan mak or suami..buat ape nak pakai tudung kalau hati tak ikhlas.."

Well, i biasa dengar ayat tu dari member-member i..then i ada jugak pernah terbaca dari blog2 orang lain yg condemn and then argue about wearing hijab ni..Then ada jugak ayat2 yg menampakkan kejahilan sesetengah artis tentang pemakaian tudung jugak..

" Hati belum terbuka untuk ke arah itu..tapi i berdoa jugak manalah tahu Allah akan buka pintu hati ni untuk bertudung.."

From here, dah memang sah2 yg u all dah tau bahawa bertudung itu adalah satu kewajipan..but u refused to do it..don't give thousand excuses yg kita belum diberikan hidayah lagi..sebab kita memang dah tau bahawa perkara itu adalah wajib..kenapa kita macam nak menafikan hukum Allah lagi..
.
Covering your aurah tu kan wajib..compulsory..it is a must..that means bila tak pakai tudung dan dedahkan rambut dan leher, hukumnya adalah berdosa..sama jugak macam aurat lain..

But then, there's still women out there who said, "Alah..kalau pakai tudung tapi asyik keluar dating, pastu perangai tahpape..tak guna jugak..hipokrit je.."

Di sini, i nak masukkan sedikit kata-kata atau ulasan yg diberikan oleh Ustaz Zaharudin daripada Zaharudin.net mengenai persoalan hipokrit tu..

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK.  Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

So, kesian kan kat lelaki-lelaki kat luar sana yg tak bersalah tu..free jer dia dapat dosa disebabkan dia tengok aurat kita.. Avoid of being hipokrit bukanlah penghalang untuk kita melakukan perkara-perkara wajib..

Lagi ulasan beliau: 
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan  yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.  
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Hopefully semuanya faham dengan konsep wajibnya pemakaian tudung ini..sememangnya kita kena buat sesuatu perkara dengan ikhlas..tapi dah disebabkan ia adalah satu kewajipan dalam agama, tidak kiralah kita ikhlas atau tak, kita wajib mendahulukannya..dan kita haruslah istiqamah dan berdoa agar keikhlasan di hati akan timbul nanti..semuanya yg kita lakukan adalah kerana Allah..bukan sebab lain.. 

I berdoa jugak supaya Tuhan tetapkan hati i untuk terus menutup aurat sepenuhnya samada di rumah atau di luar rumah i..tak kisahlah semasa jemur kain atau sapu sampah sekalipun..i tengah cuba sedaya upaya ni!kadang2, kemalasan tu mengatasi segala-galanya..semoga diberikan hidayah untuk kekal menutup aurat..

p/s : Seronok tengok wanita2 yg lepas kahwin terus pakai tudung..tak kisahlah samada dia disuruh oleh suami atau tak..tapi dia tetap dapat pahala atas melakukan kewajipan ..tapi, rasa terkilan bila tengok lepas bercerai, terus bukak tudung..

Tuesday, December 14, 2010

Mama beli subang esok ok!

I just want to laugh with this statement..
Actually it comes out from Hannan..
It reminds me of my childhood past2 years ago..hehe..
I don't expect that this statement will come out from mulut Hannan sendiri..
Dahlah tu dia cakap ayat cemni secara tiba2 je masa I and husband nak tidokan dia..
As usual, Hannan, a girl with full of reasons and excuses during sleeping time..
And i never expect suddenly when we were in JB hotel, she told me and ask me to buy for her an earring..Oh no! Papa and mama just laughed at that time..i can't imagine the time that she supposed to sleep and keep quiet as usual and suddenly she's come out of something that is really weird to me.." Mama beli subang esok ok!"..hoh!

Lepas i dengar ayat tu, i tiba-tiba teringat the times when i was a child..i had requested the same thing from my mum at that time..but the thing yg i mintak tu adalah gelang tangan..dulu masa i kecik-kecik, i selalu jalan-jalan kat tapak pasar depan rumah i dulu..then i adalah nampak orang jual barang-barang kemas ni especially gelang and rantai..and i pun berangan and teringin jugaklah nak melaram masa tu..sebab apa i teringin sangat?hahaha..sebabnya gelang tu ada loceng..

Oh!!masa i kecik dulu, i memang sangat teringin dengan gelang tangan yg ada loceng tu..malamnya tu, i siap cakap kt my mum yg i nak gelang tangan tu..sebelum tido, i siap berangan and imagine lagi if i dapat gelang tu, mesti best gila..mesti i asyik goyang-goyangkan tangan je sebab nak bunyikan loceng tu..even setakat gelang pasar malam jer..haha...so stupid at that time!

Well, beberapa hari selepas tu, memang i dapat okeh gelang tu..hahaha..memang masa tido tu, seronok gilalah i..siang malam kling kling gelang i tu..seronok sangat ada loceng tu..hahaha..

And now, dah besar-besar ni, i dah kurang berangan dengan jewelleries ni..i memang tak minat..even cincin pun i tak suka pakai kat rumah..sebab i tak selesa buat keje rumah dengan memakai cincin..except bracelet, necklace and earring..

Bila terkenangkan zaman kanak-kanak i dulu, i terbayangkan if Hannan might be growing up just like me..hihi..so sweet to be remembered..

Saturday, December 11, 2010

Cara-cara berjimat..

 
Bukan kedekut taknak beli baru..
Tapi inilah salah satu cara we all untuk berjimat..
hehe..
Maybe ada kalangan u all yg bila dah abis ubat gigi and takleh 
picit lagi, terus campak dalam bakul sampah..
Sape2 yg tak pernah buat cemni, u should try..
Sebab u all taktau bila kita gunting and guna yg extra2
kt dalam tu, boleh tahan untuk seminggu lagi tau tak..
Jimat duit dulu..
Inspired by my fren Abbyna Mazwa Raihan..
I pernah tengok dia buat cemni masa we all satu bilik
kt hostel UIA dulu..hehe

Hasrat terbantut..

Well..rasa tak best bila anak demam..perasaan susah hati ni sentiasa ada..

Hannan demam..since yesterday..ni dah 2 hari la..after back from JB..i don't know and not sure if this happen bcoz of travelling or what..coz i realize she got fever after back from somewhere within long period..but aritu g JB just for 1 day only..before this pernah g Manjung pun balik2 je, dia demam..demam sehari jer..dia memang senang demam lepas balik travel..maybe sebab perubahan cuaca..tapi taklah sekerap manapun dia demam compare to when she was a baby.. sebulan maunya 2x got fever..lama pulak tu demam..

But alhamdulillah bila semakin besar ni, demam dia semakin kurang..selalunya satu hari je..semalam, sebab suhu badan tak turun2, i sumbat ubat VOREN tu kt punggung dia..sebab if i bawak g klinik, confirm doc masukkan ubat tu jugak..a few hours lepas tu, turun balik suhu badan and dia dah melompat cam apa lagi..dah aktif tak ingatlah..siap angkut bakul la apa lagi..selera makan pulak memang takde time siang..but malamnya, i cooked for her spageti dengan sup..just utk dia sahaja..berselera terus dia walaupun i masak main campak2 jer..kesian tengok dia seharian tak makan apa except susu and milo dia..

Tengah malam start panas balik badan dia..dekat kul 1 pagi i terpaksa bangunkan dia makan ubat pulak..then basahkan sikit kepala dia..nasib baik tengah2 malam dia tak merengek..but yg i nak tergelaknya boleh pulak tengah2 malam time tido dia mintak air ribena..i tau dia ngigau and tak sedar apa dia cakap..then sejam lepas tu, dia mintak kentang pulak dah..adoi..nak tergelak i..takkan i nak bangun tengah2 malam nak goreng kentang utk dia..haha..kelakar okeh..i cakap kt dia " Esoklah mama goreng kentang.."..then she understand..nasib baik dia paham..and tak merengek2 mintak..i tau dia memang tak sedar apa yg dia cakap tu..sebab bukan dia nak betul2 pun..

Harini plan nak g JOM HEBOH kt Bukit Jalil..kebetulan dah dekat kan dengan rumah i ni..but dah disebabkan Hannan demam, terpaksa batalkan hasrat jugak..tengoklah if kejap lagi dia dah ok..i tak pernah pegi JOM HEBOH ok!sebab tu semangat nak ajak husband g ni..huhu..



Jom join contest!


Actually i was tagged by dieya to join this contest..Well, it's good also to me..

To join, please click picture above..

Why i join this contest?

1)It such the simplest contest to win (not sure whether it's easy or not for blogger to decide the winner..hehe)

2)My 1st time joining this blog contest..who knows it would be my luck!

3)Just to find friends only..and of course to win the prize!

Ok..i'm tagging these two bloggers to join..




Wednesday, December 8, 2010

penakutkah aku?

Penakutkah aku? Anyone who knows about me, confirm boleh jawab soklan i tu..
I'm in hotel right now while posting this entry..hehe..hotel di Johor Bharu..ikut my husband outstation..nak tahu sebab apa?

I memang seorang yg penakut bila ditinggalkan keseorangan di rumah..even ditemani Hannan..waktu siang still ok..but when it comes at night, mulalah fikiran i fikir yang bukan2..ni lah bila dah banyak sangat tengok cite2 hantu..OMG..teruk sungguh perangai aku..tambah2 lagi sejak2 berpindah rumah ni, yg lebih luas lagi, mulalah fikiran i merapu2 fikirkan yg bukan2..selalunya i akan ajak adik i yg kat S.Alam tu temankan i..tapi kali ni i segan pulak nak ajak dia..and malas nak susahkan dia sebab takut dia busy dengan kerjanya..so, i pun follow la hubby..plus boleh rehat2 kat hotel ni..hehe..

Tak tahulah i ni..kadang2 i kuat semangat..i cakap kt husband, "takpa abang..syg ok ja..don't worry..".
But bila dia dah tinggalkan i, nak dekat2 maghrib tu, i dah mulalah takut..hahaha..apalah mama Hannan ni..dah tua2 but still penakut..i taklah tunjuk ketakutan i tu depan Hannan..cuma paham2lah betapa kecutnya perut i..bila nak mandi, i mandi dengan Hannan sekali..bab lampu, jangan cakap apalah..memang seluruh rumah i pasang lampu..sampai luar rumah..i tak pedulilah bil eletrik nanti..hehehe..(mentang2 husband yg bayarkan..hehe)..

Maybe fikiran i ni cepat sangat ke tempat lain..especially, bila i pandang cermin..OMG..i tak tahu apa yg membuatkan fikiran i ke tempat lain..faham2 jelah apa yg terlintas kat fikiran i..seriously, i memang seorang yg penakut..i bukanlah takutkan orang jahat, tapi i takut 'benda-benda' lain yg ganggu i..faham2 jelah..tapi i tetap takut jugak if ada orang pecah masuk rumah..bukannya i tak takut..and even my husband ada kt rumah and dia dahpun tidur, still scared of those 'thing' yg tahpape tu..even i ada keja, i terpaksa tangguh keje i esok paginya sebab dah takde orang nak teman i..huhu..selalu niat i untuk stay up sampai tengah malam tak jadi disebabkan i yg penakut ni..
I memang ada baca jugak ayat2 pelindung..supaya i takdelah nak nampak benda-benda yang tak sepatutnya i nampak..bukannya apa..i takut jugak kalau ada 'benda' nak kacau2 i ni..and i kuatkan semangat balik..beranikan diri..alhamdulillah..setakat ni i memang tak pernah lagi nampak benda pelik2 ni..cuma bila i suddenly terbayangkan and fikirkan apa yg adik2 i pernah ceritakan apa yg berlaku kt rumah i kt Kedah, and kat rumah orang lain tu, i terus jadi penakut balik..so, what to do???sememangnya yg i ni jenis penakut yg amat..especially waktu malam..

Dikesempatan i belum keje lagi ni, i bolehlah follow husband i outstation..boleh stay hotel..but i terfikir-fikir jugak if i dah start keje nanti, camnelah i nak stay malam2 dengan Hannan..confirm i tak lena tidur..Ya Allah..kuatkanlah sikit semangat aku ni..

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah..

Salam Maal Hijrah..

Semoga mendapat petunjuk, taufikdan hidayah untuk terus berubah ke arah yg lebih baik lagi..

Semoga dapat melakukan lebih banyak kebaikan dalam hidup..

Amin..

TRAVELOG HAJI..


I sebenarnya bukanlah suka membaca sangat..tapi I memang tengah berjinak2 dengan dunia membaca ni..sebabnya bila I g kelas and tak tahu sangat isu semasa or ketinggalan ke apa ke, I rasa macam bodoh jer..i memang suka baca..(apa ni kejap suka kejap x suka)..Cuma kadang2 masa je terbatas..sebab I jenis orang yg bila membaca, I akan tumpu satu2 ayat..and I lebih suka faham and menghayati..thats why I bila membaca, I perlukan masa yg betul2 lapang..ada setengah orang, even tak lapangpun dia still dapat baca sebab dia baca dengan laju..i memang pelik..(pelik lagi?)haha..tapi I tau ada je orang yg perangai macam  I ni..sebab i pernah dengar sorang motivator ni cakap jenis2 orang yg suka membaca..macam i, i suka membaca word by word..lebih kepada nak memahami..sebab tu ada adik I pernah tegur I baca suratkhabar lama sangat..memang, memang dan memang..i suka baca satu satu..kalau ada berita tentang kemalangan ke, I suka nak bayangkan macam mana kemalangan tu berlaku…haha..i suka berimaginasi..yeke?

Baru2 ni, my father-in-law ada bagi satu buku kat i..tajuk TRAVELOG HAJI..dia suggest I baca..ayah mertua I memang cemtu..dia memang suka tanya I samada buku ni buku tu I pernah baca atau tak..dalam masa yg sama, dia buat minat I untuk membaca ni membuak2..but not novel..it’s more to buku ilmiah..but ayah mertua I pun kadang2 baca jugak novel..in Malay and English..i memang tabik sebab dia suka membaca dan telah membuatkan minat i untuk membaca membuak2..biasala..kalau dah jadi pengetua, confirmlah kena lagi banyak membaca..

Talking about TRAVELOG HAJI..seriously bagi I memang best..ianya bukanlah buku tentang agama..just menceritakan pengalaman seorang pensyarah berpangkat Professor yg sebelum ni jahil tentang agama..then diberikan peluang utk menunaikan haji..bukanlah menceritakan pengalaman biasa..kebanyakan ceritanya banyak membuat kita berfikir sejenak..dan kadang2 buat kita insaf and fikir di manakah tahap kita sebenarnya pada pandangan Allah SWT..

Still not finish yet reading this book..and memang tak sabar nak habiskan..sebab tu jugak I malas nak update blog..haha..plus busy dengan hal lain lagi..yg paling menyentuh hati I sampai I menitis air mata sebab sebak membaca pengalaman dia semasa nak solat di Masjidil Haram..seperti biasa dengan keadaan sesak semasa musim haji, nak dapatkan saf paling hadapan memang agak susah...lebih2 lagi sebelah Imam..dan dia berdoa kt Allah supaya Allah hantar orang2 yg tak dapat saf utk solat kepada dia (penulis)..supaya dia dapat bagi ruang solat kt orang lain disebabkan dia dimudahkan Tuhan utk dapat ruang utk solat..masa tu jugak dia nampak lelaki tua mintak tolong untuk dapatkan ruang solat tapi semua orang tak pedulikan permintaan dia..memang sedih bila baca ceritanya..and lastly bila orang tua tu sampai pada dia, dia bagi ruang untuk laki tua tu..laki tua tu ucap “Syukran” dan hampar sejadah untuk mereka berdua..bila habis solat fardhu, penulis solat sunat..kemudian laki tua tu hamparkan sejadah kepunyaannya hanya utk penulis tu seorang..kemudian laki tua tu turut solat sunat dengan hanya berlantaikan marmar sahaja..sampai cemtu sekali dia memuliakan penulis..sampai membuat penulis sebak dan menangis masa solat..dan i memang sebak bila baca.(tapi I cover muka taknak husband I tengok i)..mungkin bagi i sedihlah..mungkin bagi orang lain, biasa je..sebab i memang mudah tersentuh!Kalau pembaca betul2 menghayati situasi tu, memang sedih dan sebak.. habis solat, laki tua tu peluk si penulis dan mengucapkan terima kasih..hanya disebabkan penulis memberi ruang solat untuknya..baginya, kebaikan memang dibalas kebaikan..

Itu certain part of his experiences kt Mekah..banyak lagi kisahnya yg buat I x sabar2 nak habiskan..banyak dari pengalamannya yg boleh dijadikan pengajaran dan teladan..betul cakap ayah and mak..memang best buku ni! This is the book..sekejap je buku ni laris selepas keluar di pasaran..





Monday, December 6, 2010

Jom selongkar!


I bet sume orang pernah tengok segmen SELONGKAR dalam program FUHH! kat TV tu..yg Awal Ashaari jadi pengacara tu..haaaa..ni I pun perasan jugak konon2 I ni artis la..konon2 beg I kena selongkar..haha..selalunya, kat mana2 I pegi, orang mesti tegur beg I besar..dulu2 g keje pun, orang tegur beg I ni banyak barang..sampai cari barangpun tak jumpa..g kelas pun sama gak..orang tegur beg I banyak barang..I pelik tengok kawan2 I semuanya barang sikit2 je..ada kawan I tu, siap bawak beg kecik je g kelas..tapi lepas tu, pen pun dia pinjam I punya..haha..

I ni memang cerewet..memang I cerewet..semua orang tau I cerewet..sememangnyalah sangat cerewet..i kalau g mana2, kalau boleh semua benda I kena ada dalam beg..tu barangan peribadi I la..kalau u all nak tau apa yg ada dalam beg I, haa..silalah tengok..



Ni kiranya barang2 penting yg memang wajib kena ada dalam beg I kat mana2 I pegi..kalau takde, i rasa macam x best jer..tahpape kan?

Barang yg patut ada :
-          Purse (of course ler wajib ada..kalau takde duitpun I tetap akan bawak..)
-          Handphone
-          Earphone ( yang ni wajib ada sebab senang I nak tengok cite Mis Tres Hermanas)
-          Losyen tangan
-          Dettol Sanitizer
-          YOKO YOKO (sepertimana I ceritakan betapa pentingnya benda alah ni dalam hidup i)
-         Pouch (dalam ni ada pelembap muka,eyeliner,eyebrow,lipstick, eyeshadow, minyak wangi and etc) 
-          Cermin
-          Towel ( yang ni orang selalu pelik sebab ada kawan I heran nape I bawak towel..pelik ke?kan penting towel bila kita masuk toilet?harap2 semua orang tau apa kegunaan towel bila masuk toilet..tp I kadang2 hentam kain lampin Hannan je sbg towel I sebab lembut..lantaklah makan ruang beg pun..hahaha..but lepas guna, I akan keringkan ataupun I tukar yg baru terus..

So u all semua, agaknya kalau selongkar beg u all pun, sama tak macam apa yg dalam beg i?hahaha..i bet tak ramai orang bawak towel..sebab confirm u all guna tisu tandas jer..but not me..hehe

ketagih lagi..


Dua tiga menjak ni (rasa macam dah 5 6 menjak je),I terlalu ketagihkan satu benda ni..tak tahu nape..memang benda ni agak penting jugakla dalam kehidupan seharian aku tak kisahlah masa kerja atau tak..even nak tdopun, I still need that item..sampai tahap ketagih..addicted la jugak..seharian x guna benda ni, memang x sah..i really need this thing in my life to make me more energized..




Ni ha bendanya..AMMELTZ YOKO YOKO..agak2nya ada tak orang yg ketagihan macam i? tahap ketagihan I dengan benda ni sama je macam mana I ketagihkan kopi..haha..well, kopi memang orang selalu ketagih kan?tapi I ni memang takleh berpisah jugak dengan YOKO YOKO ni..sebabnya I ni selalu sangat sakit belakang bila buat kerja rumah..biasala..i kan memang rajin :p..once I dah start buat keja rumah, I memang susah nak stop..ekekek..i mudah sangat sakit belakang badan..bila sapu YOKO YOKO ni, memang rasa lega sangat..

Sebenarnya bukanla melegakan kesakitan sangatpun..it just bila kita sapu kt badan, rasa sejuk sangat..and rasa2 tu akan hilang..lebih kurang mcm panadol la..bukanla menghilangkan kesakitan sangatpun..Cuma dia cover dengan bahan Menthol yg memang sejuk sangat tu..sebab tu kita rasa lega..even I tengah driving pun, kalau I tak sapu benda ni, memang I rasa gelisah..kan ketagih namanya tu..i ni memang pelik2 sikit..seriously I rasa gelisah and serba x kena bila tengah driving, I x sapu benda tu..at least bila I sapu, buat I hilang mengantuk terus!sehari boleh dikatakan 4-5x I sapu kt leher and belakang badan..i tak tahula pulak apa side effect nya nanti if guna terlalu kerap..instruction hanya cakap 2-3x je..tapi I hentam 4-5x..lagi banyak buat keje, lagi kerap I sapu..sampai husband I pun tegur I terlalu kerap sangat guna..(kadang2 diapun tumpang sekaki)..

So ibu2 sekalian yg selalu sakit badan bila menguruskan rumahtangga tu, gunakanlah YOKO YOKO ni..sememangnya melegakan ketegangan urat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...