Saturday, October 5, 2013
Happy birthday for both!
Salam
Arini update dari phone je.So entry i takleh lagi dah nak panjang2 macam selalu.takleh nak
bebel2 or melalut panjang2 dah.hahaha.yang penting blog i berhapdet sya nanti anak2 i boleh
baca atau i boring2 boleh korek balik kisah2 lama.hehe
Baru nak cite besday Hannan ok.dah lewat 2 bul
an dahpun.She's now 5 years!Sempena besday
dia,we all buatlah sedikit kenduri untuk kawan2 dia kt tadika.Sekadar termampu. Tanpa
pembaziran.
Oklah.nanti i update balik ye.Lembab tahap sipot tul guna hp ni.takleh upload pic pulak
Monday, August 12, 2013
Salam Aidilfitri
Wahhhh..sudah 3 bulan aku tak update blog ni..tapi masih ada jugak yang mahu berkunjung ke blog aku nih..hehe..
Masa bulan puasa tak sempat langsung nak update..even puasa, siang takyah masak, tapi aku still kena masak jugak anak-anak aku..so masa pun abis gitu jela..haha..petang pulak nak masak untuk berbuka..pastu berbuka..pastu kemas-kemas basuh pinggan..pastu bagi tido anak-anak..last-last dengan aku2 sekali tido..memang susah la nak bangun tengah malam pulak..akupun sekarang tengah fokus on 2nd blog aku tu..so, lagilah tak menyempat..aihhhh..kata surirumah..kunun-kunun macam banyak masa..tapi masa asyik takde je..bukan takde masa..tapi maybe time management aku tak kena..so, aku kena atur balik masa aku betul-betul..
Jom layankan saja gambar-gambar Aidilfitri 2013 kami kali ini..Tahun ni turn aku beraya kat rumah family-in-law aku kat Penang..Then petangnya balik kampung kat Gunung Semanggul, Perak sebab mak mertua aku buat majlis tahlil untuk arwah nenek suami..tahun ni 1st time beraya tanpa arwah tok..
Harap maklum..dalam picture ni semua muka anak-anak aku masam je masa hari pertama..Hannan memang raya pertama tu dia malu sungguh nak bergambar..suruh bersalaman pun dia taknak..dia macam 'shock' kejap tak tahu kenapa..yang Iman pulak memang payah nak bergambar dengan dia..memang dia paling payah nak senyum.masam je..tak macam kakak dia yang suka sangat bergambar..cuma yang kali ni saja dia buat perangai..kalau tak, memang mudah..
Saturday, April 27, 2013
murah lagi rezeki..
Alhamdulillah..Allah masih lagi murahkan rezeki Iman Zahraa' menyusu sampai sekarang..tak sangka..dah 1 tahun 8 bulan dah..sememangnya memerlukan banyak kesabaran selain berdoa dan usaha..memang ada jatuh bangun di alam penyusuan susu ibu ni..kena banyak sokongan dari sekeliling..aku perlu kuat semangat..sebab aku tahu anak aku sangat perlukan susu ibu ni..sebab tu aku perlu kuat..adakalanya susu drop..memang nak nangis..tapi aku kuatkan semangat balik sebab aku takleh stress..kalau stress, memang susu akan kurang lagi..itulah pentingnya kena jaga emosi jugak aku ni..nasib baiklah ada amalkan makan B-complex Shaklee ni..sekurang-kurangnya membantu sikit..bukan senang nak menyusukan anak..bukan setakat selak, pastu bagi hisap..NO!tidak semudah yang disangka..emosi memang selalu sakit..kalau tak kuat, memang stop terus menyusukan anak..tapi aku memang NEKAD..apapun, biarlah Tuhan berikan kesempatan utk aku menyusukan Iman Zahraa sampai 2 tahun..
Kadang-kadang aku tengok ramai ibu-ibu yang mudah mengalah..kalau yang anak 1st, aku tak kisah..tapi bila dah anak ke-2, ke-3, still lagi taknak kuatkan azam nak menyusukan anak..susu drop sekali, terus hilang semangat nak bagi susu ibu..lantas terus bagi susu formula tanpa continue bagi susu ibu..kesudahannya, memang takde susu teruslah si ibu..kesian si anak..ibu kena kuat..aku faham situasi ibu bekerja..penat..tapi kadang-kadang, keazaman yang kuat boleh mengatasi segalanya..sebab aku tengok ramai je ibu-ibu yang bekerjaya, tapi sebab azam yang kuat, hasilnya, cukup 2 tahun anaknya menyusu dgn susu ibu..itulah pentingnya azam..melainkan segala usaha kita dah lakukan, tapi Allah masih taknak beri rezeki menyusu pada si anak, redha jela..
Contoh macam aku, walau apa jadi sekalipun, aku tetap kena beri susu ibu pada Iman..sebab dia allergi pada susu lembu..mungkin ni salah satu sebab nak taknak aku memang perlu jugak beri susu ibu pada Iman..so, inilah caranya aku kena kuatkan azam aku utk menyusu sampai 2 tahun..kalau boleh, sampai 3 tahun pun takpe..lepas 2 tahun, kalau dia still lagi allergi, itu cerita lain..
Apapun, semuanya perlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi..ianya nampak mudah..tetapi tidak semudah yang disangka..sedangkan ibu-ibu yang tidak bekerja pun dan berada di rumah sepanjang masa, tidak semuanya di kalangan mereka yang boleh menyusukan anak hingga berjaya kalau takde azam yang kuat..banyak cara utk banyakkan susu..tak semestinya makan pil banyakkan susu..makanan harian pun ada..bergantung kepada badan masing-masing..tapi terkecualilah bagi mereka yang berpenyakit..yang menyebabkan mereka tidak boleh menyusukan anak mereka..
Sebab apa zaman sekarang tak ramai yg menyusukan anak?sebab kita ada pilihan untuk memilih SUSU FORMULA..kalau zaman, dulu, memang takde dah pilihan..semuanya cari ibu susuan..
three things
Ok..sajalah nak kongsi barang yang aku beli aritu..bukan baru pun..dah lama jugaklah..tapi sebab cerita lama yang dah diperam, jadi masamlah jugak kan..but still nak kongsi dalam ni..
Aku beli 3 benda yang memudahkan kerja aku seharian..(memudahkanlah sangat..hahaha)
1)PEMANGGANG
Yang ni beli thru kawan mak aku..sebab apa aku beli?Sebab masa tu murah.Aku tak tahulah pulak harga benda alah ni berapa sekarang..masa aku beli tu, harganya beratus gaklah..yang ni aku beli murah sikitlah..masa tu kan semua orang tengah gila dengan benda alah ni..Lepas tengok mak aku pakai kt rumah, tengok macam best je bibik masak guna benda ni, so akupun terpengaruh dan maka nya, terbelilah jugak..Tapi memang bagus benda ni..Aku boleh jimat minyak masak banyak sangat..Aku dah tak goreng2 dah ayam atau ikan..Pendek kata, aku memang panggang terus je lauk apapun..Minyak setitik je pakai..pastu letak kunyit banyak2..memang sedap..sebab Hannan suka sangat ratah ayam yang aku panggang guna benda alah ni..memang tak luak langsung minyak masak sebotol kt rumah aku..jimat..
2) RING SLING
Haaa..benda alah ni aku baru nak start pakai..sebelum ni tak pernah teringin pun nak beli dari anak 1st sampai yg 2nd..sebab mahal kan..plus akupun tak tahu pakai ke tak benda ni..takut beli tapi tak pakai je..membazir duit pulak karang beli tak pakai..tapi takpelah..memandangkan sejak-sejak aku dah berbisnes ni, aku tak kisah sangat nak beli benda-benda cemni..untuk memudahkan aku buat kerja..sebab apa aku beli?sebabnya aku dah terdesak sangat bila duduk rumah, aku takleh nak buat kerja rumah sebab si Iman Zahraa' ni asyik nak bergayut dan menempek dengan aku jer..aku dah jadi stress sebab asal aku nak melangkah ke dapur je nak masak, diapun mulalah nak menyendeng kt kaki aku..dia mesti nak ikut..dapur aku pulak takde pintu atau gate..pastu bila masuk, abis semua pinggang periuk semua dia main..yg tak best, tong sampah dia nak main jugak..itu biasalah kan kes budak2 cenggini..tapi aku takleh, sebab aku memang takleh wat kerja kalau dia sikit2 tarik baju aku nak suruh aku duduk dengan dia je..so, camne aku nak masak?camne aku nak keluar menyapu kt depan rumah?lepas beli ring sling ni, haaa..amik ko..dia gayut je dgn aku..suka pulak dia 1st time pakai..kadang-kadang aku kendong dia kt belakang guna benda ni..senyaplah dia..asalkan dia duduk kt aku, takpela..tapi memang agak tak selesa jugaklah aku nak memasak dgn dia..sebab pergerakan aku jadi lambat..tapi nak buat camne..daripada aku stress kan..aku memang takleh tahan telinga kalau budak nangis-nangis merap ni..
3) BRICK GAME
Hahaha..benda ni bukan untuk memudahkan kerja aku..tapi saja sesuka hati terasa nak beli..tiba-tiba je atas kereta aku cakap kt abang yang aku teringin nak main balik brick game ni..gian nak susun brick2 ni..hahaha..sebab kecik-kecik dulu teringin sungguh nak main game ni..tapi tak pernah dapat game ni..main yg kat komputer je..sampaikan kalau mak aku atau abang angkat aku nak g meeting kt luar kawasan ke, mesti sibuk nak pesan suruh beli sebab dulu susah nak cari game ni..kunun-kunun macam mahal la. tak pernah beli..setakat tumpang main game orang je..hehe...pastu bila cerita-cerita kt abang, abang cakap kt kedai hardware kt area rumah aku tu ada jual je game tu..murah je..RM7 je!!!..AKUPUN APA LAGI..teruslah nak ajak g kedai..murah ok..hahaha..lepas beli, bawak balik, main kejap je..pastu anak aku dua beradik tu berebut pulak dah brick game ni..siap gaduh ok!yg si kakak bajet aku belikan game ni utk dialah..padahal untuk mak nya..hahaha..tak senonoh dah jadi mak pun nak main game lagi..last-last, aku tak main pun sampai ke sekarang..sekali tu je main masa mula-mula beli..setakat lepas gian masa aku budak-budak dulu..sebab aku tahu aku memang takkan ada masa nak mengadap game tu nak main..memang tak sempat main!masa aku sangat padat utk benda lain..dan sekarang, brick game tu dahpun musnah dek lemparan anak-anak aku..hahaha..nasib baik 7 hinggit je..
Thursday, April 18, 2013
Hannan passed potty train at 4 years!
Oh ini cerita lama sebenarnya..tapi aku baru nak update..kesian kan..Hannan dah pass kencing malam dah berbulan-bulan dah..So, sekarang ni, if dia nak kencing, dia memang akan bangun..tapi most of the time, dia memang tak pernah kencing waktu tidur..
Sekarang ni, dia memang dah tak bergantung dengan apa2 pelapik dah..and even at night..kalau overnite kat hotel pulak, aku taklah risau sangat sebab diapun dah boleh rasa if dia nak kencing malam..dia akan bangun gerak papa dia..selamat aku..hahaha..
So sekarang, dah dapat jimat pampers dah..tak payah beli dah untuk Hannan masa tidur kat hotel..
Pasni nak fokus potty train utk Iman pulak..tunggu dia dah lancar bercakap, aku nak start training dia..hahaha..terpaksa gulung segala karpet semuanya..
Aku tetiba je teringat yang aku penah post entry pasal potty train Hannan..hahaha..tapi takpela..post jela banyak2 kali pun..
i'm back!
Tak tahu nak mula dari mana..dah lama gila ok aku tinggalkan blog ni..hampir 3 bulan..nasib baik masih lagi ingat password nya..huhu..kalau boleh, aku memang taknak biarkan blog ni terkubur cemtu je..kalau boleh dan selagi masih sihat dan masih ada kudrat, aku masih lagi nak menaip cerita-cerita kehidupan aku sekeluarga..kalau boring-boring, boleh buat blog walking balik baca blog sendiri..harharhar..
Yang paling best, walaupun aku dah abaikan berzaman, tapi tak sangka masih ada lagi komen dari orang tertentu kt salah satu entry aku ni..maknanya, kewujudan blog aku ni masih lagi dapat dikesan oleh google..hahaha..tu yg membuatkan aku nak sambung balik cerita2 aku dalam ni..banyak sangat nak cerita..tapi tak tahu nak mula dari mana..yang buat aku sibuk sekarang ni, sebab akupun dah nak kena manage satu lagi blog aku..so, tengah dalam proses nak menstabilkan blog tu supaya dia sentiasa hidup saja..hehehe..bila dah tumpu kt situ, yang ni pulak terabai..haihh..payah nak bahagikan masa..elok2 ada masa, ada je benda yang nak ganggu konsentrasi aku..
Bercerita pasal blog aku yang lagi satu tu, jemput2lah yer korang-korang yang banyak masa di depan laptop or ipad ni, jemput baca blog aku yang satu lagi tu..banyak berkisahkan penyusuan susu ibu dan tips kesihatan diri..semuanya untuk dikongsi bersama..
www.nutrihijau.blogspot.com
Jemputlah baca..dan bagi korang yang nak cuba sebarang produk Shaklee, boleh hubungi i je..memang best..sebab apa aku kata best?sebab aku pernah cuba, and sebab tu aku sangat yakin dengan keberkesanan vitamin Shaklee ni..yang penting, ia memang selamat!
Friday, January 4, 2013
Anak-anak & Ekzema
Anak-anak i kedua-duanya ada ekzema..sape tak tahu apa itu ekzema?i pun dulu tak tahu..sejak ada anak, baru i tau apa itu ekzema..i rasa zaman sekarang ramai budak ada ekzema..ekzema ni actually keturunan..it comes in many ways..ada yang keturunan dia or mak nenek dia ada asma or lelah, so kebarangkalian anak cucu nak dapat ekzema tu memang ada sebab asma dan ekzema ni memang berkait rapat..
Macam anak i yang sulung, Hannan, masa dia kecik-kecik dulu, i mean masa dia baby, memang dia takde lagi ekzema time tu..kulit diapun ok je..licin je..putih bersih..but bab allergi tu, memang dia ada alergi dengan telur, santan and apa benda lagi tah masa dia start makan solid food..masa tu memang dia alergi dengan telur and kuih muih tahap maksimum punyalah..kalau makan je telur, habislah satu badan dia merah-merah..gatal-gatal lagi..kesian sungguh anak i..then lama kelamaan hilanglah alergi dia dgn telur tu bila usia dia dah semakin meningkat..then bila dia 3 tahun, kulit dia jadi kering-kering pulak..kat badan, tangan dan kaki..tiap-tiap malam, mesti dia tergaru-garu kt celah siku, and belakang lutut dia..celah pelipat memang jadi sasaranlah..sampai luka dibuatnya sebab garu teruk sangat..kitorang consult dengan doctor, doc cakap ekzema..bagi ubat bla bla bla and macam-macam nasihat lagi..doc cakap dia takleh duduk dalam aircond yang suhu lebih dari 25C..ok, tiap-tiap malam i set la 25C..tapi sama juga..then consult lagi dengan dermatologist..skin specialist la..swasta lagi..amik ubat yang bermacam-maca..i bagi ubat makan sekali dua je..memang hilangla gatal-gatal dia tu..but then i stop sebab i rasa mcm taknak dah bagi ubat makan sebab sah-sahla drug dia tinggi kan..i just bagi pelembap and sabun mandi je..so, hari-hari, terpaksalah berperang dgn Hannan bila nak mandi..sebab macam-macam step nak kena buat..kena sapu sabun sebelum mandi, then tunggu 15 minit..then baru mandi..pas mandi, sapu peelembap pulak..banyak sungguh nak kena buat..tambah-tambah bila pagi-pagi nak antar dia g tadika, adoiiila..berperang sungguh nak sapu lotion kt dia..tu la dugaan membesarkan anak..but memang after apply pelembap tu, memang kulit dia licin balikla..halus je..memang banyak membantu..but bila dah habis, kena beli lagi..and sapu lagi macam selalu..bila i fikir-fikir, macam ni gayanya, ada ke pengasuh or kt penjaga kt nursery yang sanggup nak sapu bermacam lotion ni kt badan anak i..mungkin tidak..sedangkan bila suruh adik-adik i pun dorang macam malas..hahaha
Tu bab anak sulung i..yang anak 2nd i Iman pulak ada ekzema juga..haaa..yang punya ekzema lagi tahap max..teruk sungguh dari kakak dia..nak trgelak tengok gayanya..kesian jugak kt dia..dia dapat ekzema masa dia baby lagi..around 3 months kot..masa tu dia suka sangat garu kepala..at 1st, i thought tu tabiat dialah kot..masa nak tido je, mesti garu kepala sungguh-sungguh..kadang-kadang dia tarik rambut dia..i pun pelik..sedara-sedara i cakap kadang-kadang memang ada budak yang tabiat cemtu..ada budak bila nak tido, dia tarik teelinga.tu lagi pelik..hahaha..then Iman ni naik macam-macam kt muka dia..kulit kering and macam menggelupas..then doc bagi krim aqueous.suruh sapu satu badan dia and muka dia..doc cakap krim tu takde drug..and takde bahan kimia lain..bagus and boleh sapu banyak-banyak..memang menakjubkan..kulit Iman terus ok..licin terus kulit dia..satu lagi, kulit Iman jenis tak tahan panas..kalau panas, memang tak duduk diamla budak tu..garu kepala macam nak tercabut kepala..habis kulit kepala dia..memang tahap ekzema dia agak teruk tambah-tambah bila dia demam ke or tak sihat, lagilah teruk kulit dia..memeng sekarang ni, i depends pada krim aqueous tu je sebagai pelembap badan dia..memang banyak membantu..so, hari-hari lepas mandi, i sapu kt badan Iman..2x mandi, 2x sapula krim tu..memang best krim tu..yang bestnya bukan sebab apa..sebab dapat sebekas besar gila..hospital bagi semuanya..pegi mana-mana hospital, kalau kebetulan kulit dia tak ok, doc mesti bagi lagi krim tu..wahhh..memang pengumpul krim aqueous sungguh..hehehe
But now, untuk kes Hannan, dia dah quite ok sejak-sejak i dah bagi Mealshake Shaklee kt dia..multivitamin dalam bentuk powder..hari-hari i bagi dia minum dengan milo..memang membantu sungguh..alhamdulillah..Hannan tak garu-garu dah malam-malam time tido..kulit dia pun takdela kering lagi..and dia memang tak bergantung pada pelembap and sabun tu lagi..lega sikit i..kalau tak, kena berperanglah time nak mandikan dia..
Disebabkan itu jugakla, i rasa lagi berat hati nak kerja bila mengenangkan perihal anak-anak i yang kena bergantung dengan bermacam-macam krim untuk sapu pada badan..mungkin ada anak orang lain pun sama kes dengan anak i..tapi bagi i, biarlah i sendiri yang menjaga anak-anak i ada kulit sensitif..sensitif tu satu hal..tapi satu lagi sebabnya juga, sebab Iman..Iman kalau nak tido, mesti akan garu kepala sampai luka kepala..selagi i tak tahan tangan dia, selagi tula dia akan garu..dan seterusnya, memang susahlah dia nak tido selagi dia garu kepala..itulah perangai anak i yang sorang tu..bila fikir-fikir lagi, i cakap kt husband i, ada ke pengasuh yang sanggup jaga kalau cemni?kalau sebab duit, mungkin anak i akan jadi sasaran..bukan i tak boleh nak berikan kepercayaan pada pengasuh..tapi memang realitinya, i memang susah kot nak bagi kepercayaan..itula perangai i yg susah nak berikan kepercayaan pada orang luar terutama bab anak-anak..memang i cerewet...walaupun i garang juga dengan anak-anak i, tapi mungkin segarang-garang i, dorang tetap anak i..nilai kasih sayang tu takkan hilang..so, biarlah i berkorban apa saja demi anak-anak i..merekalah harta yang paling bernilai dalam hidup i..biar tangan i sendiri yang membesarkan anak-anak i tanpa tangan orang lain..biar mereka makan suapan dari tangan i sendiri..biar mereka mandi dengan air jirusan i...dan biar tangan i sendiri yang menyiapkan dan menyolekkan mereka setiap hari..itu korban i buat mereka..sanggup tak kerja, asalkan mereka di depan mata sendiri..
Iman panggil 'mama' & 'papa'
Harini, Iman dahpun 1 tahun 3 bulan..and what a surprise bila bangun pagi main-main dengan dia je, tanya-tanya dia ni sapa, ni sapa (sambil tunjuk kt i and papa nya, dia boleh jawab mama and papa dengan betul..
Wahhhh..bahagia sungguh hidup bila dengar anak sebut macam tu berkali-kali..apa lagi,,bila i dengar je dia panggil i dengan betul, terusla i cium dia berkali-kali..u know what..it is something yg paling bahagia dalam hidup i sebagai seorang ibu..bila dapat mengetahui dan melihat sendiri perkembangan anak depan mata sendiri..step by step..sebelum ni kakak dia..yang tu lagi excited sebab 1st daughter kan..so bergandala excitednya.but kali ni pun, still excited..and happy sangat..i cium Iman berkali-kali sampai dia senyum and sengih..tanda diapun suka i cium dia bersungguh-sungguh..sukanya i!
Sebelum ni i pernah je sebut mama and papa..tapi jarang..and dia tak tahu pun yang mana mama and papa..just follow apa yg orang sebut depan dia..but now, dia dah boleh recognize!oh suka sungguh i..harap pasni bolehlah dengar beberapa patah perkataan lagi dari dia..diapun dah boleh sikit-sikit sebut 'kit' = sakit..sambil tunjuk kat kaki dia yang sakit..pandai buat jari tanda 'no' 'no'..sebijik macam kakak dia kecik-kecik dulu..apa lagi tah perkataan yang dia sebut..i pun dah tak ingat ni...should be kept and wrote in diary or blog ni..next time bila dah tua, boleh baca balik perihal anak-anak i ni..
Wednesday, October 31, 2012
Welcome to New Home
Alhamdulillah..we are now moving to our new house..selepas menunggu kunci berbulan-bulan lamanya..selepas berpindah-randah a few times..hopefully, this will be the last house we are staying..hehe
So far, semuanya ok..cuma rumah baru kot..biasalah lalat banyak sungguh..harus bersabar sungguh i..
And ada banyak sangat plan dalam kepala i untuk decorate our home dengan lebih cantik lagi..takpe..sabar..this will take some times..ditambah lagi dengan anak-anak yang sentiasa beri kami kerja yang tak pernah sudah..hahahaha..bilalah mau sudah kerja-kerja rumah ni..hari-hari kemas benda yang sama..tup2 malam-malam dah ngantuk and terus zzzzzzzzzzz...
But, bila stay kat rumah 2 tingkat ni, i think i need extravaganza energy sungguh..nak naik atas turun tangga..penat sungguh..maklumlah..i tak pernah stay rumah 2 tingkat..masa dok rumah in-law i pun mengah gak naik turun tangga..sebab 2 tingkat and stay bilik atas..takpe..Shaklee ada..banyak membantu i supaya i lebih energetic dan tak sakit-sakit pinggang and belakang lagi..Ostematrix banyak membantu i..serious!
Tuesday, October 30, 2012
Potty train Hannan at night
Salam..
I sekarang tengah gigih menjalankan latihan (skema ayat) untuk Hannan..tengah nak potty train dia waktu tido malam..setakat ni, tak pass lagi dia..dah nak dekat 3 bulan dah kot rasanya i train dia..waktu siang memang dia tak pakai dah diapers since dia 2 tahun lagi..cuma masa nak tido jela..ikutkan hati ni malas sungguhla nak train..i pulak yang tak ready lagi nak train dia..risau dia kencing malam, then nak cuci tilam segalanya la..dengan nak handle si Iman sorang lagi..pastu dengan hubby i kata biarlah dia pakai pampers sampai darjah 1, i lagilah malas..haha...
Tapi bila fikir-fikir balik, sampai bila nak biarkan dia pakai diaper..i kena gak train dia..thats why tetiba je i malam masa bulan posa tu i terus tak pakaikan diaper kat dia masa dia nak tido dah..i pesan kt dia, kalau nak kencing bangun or bagitau mama..then dia kata ok..
Ok..first nite berjaya..terkejut i..dia tak kencing langsung..tp malam tu memang i tido tak lenala..i tido lambat sikit..selang 20 minit i gerak dia..dia kata taknak..masa tu tak nyenyak lagi..so bila 1st nite i tengok dia tak kencing sampai pagi, i pun assume dia berjaya la training ni..hehe
Then bila hari ke-5, dia kencing pulak waktu i tengah nyenyak tido..i bangun-bangun tido je i rasa seluar dia basah..yelah..i pun dah confident gila dia dah pass..tapi tak jugak..i tahu dia lum boleh rasa lagi nak kencing masa tido..especially kalau dia tengah nyenyak gila..akibatnya, terpaksalah i cuci comforter selama beberapa hari berturut-turut..mujur masa tu i kat rumah mak i..kurang sikit penat i..hehe
So, berlanjutanlah training ni selama beberapa bulan..sampai sekarang tak pass lagi..i pun dah pening kepala..kejap ok..kejap kencing..kadang-kadang dia terkencing sikit and terus sedar and bangun g toilet..kadang-kadang sampai tak sedar langsung sampai basah lencun comforter..aduh..i need to buy some more comforter or blanket la..kena banyak-banyak..senang keje i..so now, will keep continue train Hannan..taktaula sampai bila..harus bersabar sungguh..huhu
Sunday, October 7, 2012
RAYA 2012
Rasa dah lama gila tak update blog..since puasa kan?yang raya puasa pun I lum update lagi..ni pun nak masuk raya haji dah..huhu..gila kan?cepat gila masa berlalu..pejam celik, dah setahun berlalu..Iman pun dah 1 tahun..i rasa macam baru je bersalin and baru je transfer dari KL aritu..huhu..banyak gila I simpan cerita2 kehidupan I yg nak I bukukan ni..but semuanya dalam otak and save as draft..last2, draft pun dah jadi pekasam..
Ok..tahun ni turn i beraya kt rumah parents i la..kat Alor Setar..luckily semua adik-adik i pun beraya kt sini jugak..bestlah..
Jom layan gambar-gambar udah ler..
Ok..ni di pagi raya..
ni anak dara i yg sulung..dah big kakak..
Mama dan Iman..i panggil dia ayang..hehe
Ayang yang berwajah garang..hehe
Mama sibuk nak touch-up kakak..harus cantik ok
Tengah get ready nak amik gambar famili..
Ok..dah ready!Iman tetap tak ready..abaikan!
Bertukar set indoor pulak..hehe
Oh..yang time ni paling i tak tahan sekali..
Tengah susun budak2 ni utk snap pic..tapi paham-
pahamla..errr..pic blurr pulak..
Blurrr lagikkk..semua kanak-kanak bertempiaran..
sorang ke kiri sorang ke kanan
Ok..dah cun..kakak dah pegang ibtisam..tapi Iman nak
lari pulak..Fathi pulak nak lompat g mana tak taula..
Ok..semua dah fed-up..tinggal budak dua orang tu
je yang setia..kakak,maintain ayu dan cantik mcm
mama..hehe
Papa layan anak-anak..
Kakak yg cantik dengan acu nya..
Penat berjalan dgn budak2 ni..
Dekat-dekat nak petang, baru sempat amik
gambar famili cemni..akhirnya!bukan senang
nak pujuk my abah utk bergambar..plus dia pulak selalu
tak lekat kt rumah..kena cop dia siap2 sebelum dia keluar..
Kakak dengan makngah..ok..tujuan i letak pic ni sebabnya
i suka tengok pic n gaya kakak Hannan bila bergambar..
sangat fotogenik..dia memang suka sengetkan kepala
dia bila bergambar..takde sape ajar okeh!i pulak
klu bergambar macam kayu..haha..tak fotogenik
langsung!
Ati dengan maklong nya..tema kaler kitorang kebetulan
pulak sama..orang dah ingat dia pun anak i jugak..hehe
tunggu kamera setting oleh pakngah n pakteh...
Kakak yang cantik..kita harus memuji anak sendiri..
kita harus berbangga dengan anak sendiri okeh..
walaupun orang kata masuk bakul angkat sendiri..
hehe
Saturday, August 4, 2012
Cerita anakku Nur Iman Zahraa'..
Sangat kesian kan bila anak aku yang 2nd ni kurang sangat pendedahan dalam blog ni..agaga..aku jarang bercerita pasal Iman dalam blog aku ni..compare to masa kakak dia kecik-kecik dulu, bukan main banyak entry berkisahkan dia..h..masa tu excited baru buat blog..banyak je nak cerita..almaklumlah jugak..1st daughter kan..ciwi sikitlah...hehe..
Bukan taknak cerita pasal Iman dalam blog ni..but bcoz masa aku sekarang sangatlah terhad untuk type entry yang panjang-panjang..seperti biasa, hajat ingin cerita pendek-pendek saja..tapi melalut berjela-jela..jarang aku update blog di siang hari..selalunya di siang hari ni sibuklah melayan budak-budak tu..wahhhh..macam bz woman je kan aku ni..kalah bisneswoman..belum start bisnes yang betul-betul lagi tu..hehe..selalunya malam-malam around kul 12 malam baru aku berkesempatan nak betul-betul update blog..at this time normally i can concentrate what i wanna write and think..hehe..kalau tak, mesti asyik save and draft je..hehe..
Iman dahpun 10 bulan okeh!hahaha..sangat cepat masa berlalu..rasa macam baru je bersalinkan dia..serius masa terlalu pantas berlalu..how time flies so fast!!!!sampai aku tak sedar anak aku dah 10 bulan!
Iman punya perkembangan pun sangatlah cepat..now dia dah
1) Merangkak tu of course la kan..but dia jarang sangat merangkak if she want to move from place to place..prefer crawling atas tilam or somewhere yang short distance..long distance, sangat malas!hehe..macamlah badan dia berat sangat..so mummy out there, don't ever conclude that only baby gemuk je yang malas merangkak..hehe..
2)Berdiri pun sudah boleh..dah start melangkah setapak dua...start berdiri and meniti sikit-sikit masa dia 8 bulan lagi..actually, dia berdiri and meniti dulu before merangkak..at first, i thought that maybe dia akan skip la merangkak sebab tengok macam expert je bangun dari meniarap and suddenly stand up by herself..but after a month, i noticed dia merangkak pulak..
3)Can talk a few word like mamamama,papapapa,tatatatata..lama-lama cepatla sebut mama..sensitif jugak dia..pantang aku marah or melawak tinggikan suara sikit, mesti cebik je muka dia..terus nangis..dah ada perasaan dah dia..
4)Sangat nakal dan ligat okeh..sudah pandai panjat and turun anak tangga..dengan sendiri..tu baru anak tangga..aku belum lagi letak dia kat tangga bertingkat-tingkat tu..pantang aku lepa sikit, laju je g kat tangga sambil mengesot gaya askar dia tu...rumah baru ni sah-sah kena letak gate kecil..katil pun dah pandai turun sendiri..dia turunkan kaki dia dulu macam yang mama dia ajar..clever girl!boleh catch-up apa mama ajar..dah pandai terjun buaian sendiri jugak..pernah sekali aku tinggalkan dia tido dalam buaian kt rumah maktok dia, sedar-sedar dia dah merangkak turun anak tangga sambil tersengih..punyalah jauh step dia..mula-mula terjun buai, merangkak menuju anak tangga, terus turun anak tangga dengan sendiri tanpa sesiapapun realize..(will not let this thing happen again walaupun dia expert!)langsung tak nangis masa turun..aih budak ni..memang takde siren bunyi langsung masa dia bangun tido..
5)Hobi dia yang boleh dijadikan trademark dia adalah gaya garu kepala..asyik-asyik garu kepala..garu kepala asyik-asyik..kalau dia mengantuk je, garu kepala la..kalau dia bosan while doing something, still garu kepala..hahaha..Iman Imann..such a funny thing doing that style..everyone can remember your style tu..sangat comel bila dia garu..ditambah lagi dengan jari-jemari dia yang kecik comey tu tengah menggaru kepala..hahaha
6)Sangat tak suka makan..how la anak-anak aku ni bukan seorang pemakan..pelik aku..ikut papa dialah gamaknya tu..kurus je..macam mama tak bagi makan kalau orang tengok..stress aku!ko bagila apapun, liat sungguh nak makan..but kalau mama dia yang bagi sometimes dia makan..kalau orang lain, tutup mulut rapat!stress tengok..sabar jela..
7)Tido takde masalah..sejak lahir sampai 10 bulan, Iman paling senang tido compare to kakak dia..malam, jarang sangat berjaga..rasanya memang tak pernah kot..kalau dia berjaga pun, dia jarang merengek and menangis..selalu kalau dia terjaga tengah-tengah malam, dia akan main je..panjat mama panjat papa..last-last dia pening dia tidolah..(tu pun kena tepuk bagi tido)
8)Suka makan kertas..standard la budak-budak..nasi taknak kertas jugak ko nak!
9)Jarang demam..rasanya sepanjang 10 bulan ni, hanya 2x je kot demam..1st demam campak measles..2nd time demam biasa..tu pun kejap je demam..batuk and selsema teruk tak pernah..alhamdulillah..anak mama antibodi kuat walaupun nampak kecik dan kurus..orang nampak macam tak sihat je..
10)Pantang tengok orang bersiap-siap nak keluar, dah pandai dah dia nak ikut..tengok orang pakai tudung atau cantik-cantik je, tak kiralah sape, harus jugak nak ikut..hahaha..standard la budak kecik..gedik nak keluar naik kereta je!apalah dalam kepala dorang kan..bestnya kalau dapat tanya dorang apa dorang rasa..hahahaha..
11)Last sekali, Iman manja sangat dengan aku...mama dia..dia macam tak boleh dipisahkan dengan aku..sah-sah memang aku payah nak kerja..tido nak aku..makan nak aku jugak..main pun kadang2 kena ada aku..nak tido buaian pun nak aku ayun jugak..papanya pun taknak..aih budak ni..tapi memang dia manja sangat dengan aku compare dengan kakak dia masa kecik dulu..kakak dia mudah ikut orang..dia payah sikit..asyik nak berkepit dengan aku je..kalau aku takde, mesti dia akan garu kepala dia..hahahaha..serius!mungkin berkat dari menyusukan dia..sebab tu jadi rapat..dan aku jadi susah sangat nak berjauhan dengan dia..plus masa kakak dia kecik dulu, maktoknya and mak2 sedara dia selalu je datang rumah..biasala..cucu 1st..bila time Iman ni, dah takde sapapun yang nak datang jenguk Iman..hahaha..sebab tu jugak dia hanya rapat dengan aku je..dah muka aku je yang ditengoknya hari-hari..
11)Takde dah kot nak cerita..kalau ada lagi, aku update yg baru..hehehe..later i will post picture Iman..
Wednesday, August 1, 2012
Kisah ibu,bapa dan anak..
Aku ada satu cerita nak dikisahkan..tapi ni bukan kisah aku..tapi kisah masyarakat sekelilingku..apa yang aku nak cerita hanyalah sebagai peringatan buat mereka yang mungkin akan mendirikan rumahtangga atau bakal melahirkan cahayamata..
Aku rasa sedih bila terbayangkan nasib baby tu..ibubapanya seorang doktor..yerr..doktor yer..tapi hanya tau buat anak saja..pegang anak pun jarang-jarang..sudahlah anak ditinggalkan pada bibik..bila balik kerja penat-penat, pegang anak kejap-kejap, then terus naik atas..pastu tak turun-turun jenguk anak..kalau keluar makan pulak, anak ditinggalkan pada bibiknya..anaknya pulak kuat menangis..sangat kuat..sampaikan aku takut kalau-kalau budak tu kena cubit ke apa ke dek bibiknya tu..
One more thing yang aku nak bagitau, dahlah anaknya tidak pernah disusui sejak dari lahir lagi..alasannya, puting takde..atau puting tak keluar..itulah yang aku pelik sangat..seorang doktor belajar bukan main teruk, tapi taktau solution untuk menyusukan anak selain dari direct bf..padahal kat hospital tu berlambak pamplet pasal penyusuan susu ibu..dia still boleh pam kalau dia nak susukan anak dia..itu kalau dia naklah..tapi bila perhatikan si ibu ni, nampak sangat hanya tau buat anak je..dahlah hak anak untuk menyusu tidak ditunaikan, lepas tu, jarang nak pegang-pegang anak dia..anak banyak stay dengan bibik je..kenapalah ada manusia cemtu..kesian baby yang baru 5-6 bulan tu..rasa macam dia kurang kasih sayang ibubapa dia..anyway, ibubapa budak ni memanglah keturunan orang kaya..tapi bila dah kaya, cemni pulak attitude dorang kan..kerja teruk..anak terabai..thats why i hate this kind of people..buat anak je tau..tapi jaga anak tak tahu..
Yang sedih jugak bila aku selalu perasan yang dorang ni kalau keluar jarang bawak anak dia..even keluar makan..yelah..ada bibik..so tinggalkan pada bibik sajalah..senang..dahlah balik keje jarang pegang anak..jarang bawak anak keluar..penat je naik bilik..YaAllah..rasa nak marah-marah mak bapak yang cemni..at least duduklah bermanja-manja dengan anak atau bawak dia tido sekali ke..aku memang rasa nak lempang mak bapak yang attitude nya cemni..dari cara dorang ni, nampak sangat dorang tak belajar dan tak bersedia untuk menimang anak..buatpe ko beranak kalau kerja teruk-teruk pastu anak terabai..yang pasti, si ibu ni kalau tak kerja pun dah cukup bagus sebab dorang ni memang orang kaya..mak bapak dorang pun memang dah kaya..famili pulak bukan jenis famili besar...ni la manusia..anak jugak yang mangsanya..kurang kasih sayang ibubapa..aih..aku anti betul mak bapak cemni..sibuk-sibuk nak keje..tapi bab jaga anak =0..
Tulah yang aku nak cite..zaman sekarang ni senang sangat nak belajar.kita boleh belajar dari internet..google je semua dah dapat..kalau taktau atau tak pandai menyusukan anak, at least tanyalah orang atau carilah sumber dari internet..banyak sangat..daripada blog, video etc..at least, if u are not given chance to breastfeed your baby, hug him..bring him to sleep beside u..baru baby dapat rasa kasih sayang ibu dia..kalau tak buat cemtu, susah untuk memupuk perasaan kasih dan sayang pada baby..it doesn't matter if u cannot breastfeed your baby..at least, your baby besides you when u are home..
Tula yang aku nak pesan budak-budak zaman sekarang ni..semuanya sibuk nak kawin muda je..alasan nak elak maksiat..tapi taknak belajar nak urus rumahtangga..lepas tu kalau mengandung, memang rezeki lah Tuhan nak beri..tapi kita sebagai manusia..belajarlah!!!tentang cara nak urus anak..taktau takpe..yang penting belajar..jangan tau cari duit je sampai berkepuk duit..bayar upah bibik tu bibik ni untuk jaga anak..hanya duit semata-mata...yang penting, fizikal dan mental kena bersedia untuk menimang cahayamata..janganlah buat-buat bodoh sampai anak jadi mangsanya..seriously aku rasa nak marah sangat dengan orang tu!bukan apa..marah sebab kesian dengan anaknya..aku ni hati mudah tersentuh walaupun kes dia bukan kes dera..tapi dera mental budak tu jugakla bagi aku..
Salam Ramadhan..
Salam Ramadhan to all frens..
Aku baru terkedek-kedek nak wish salam ramadhan..padahal dah hari ke-13 kita berpuasa..pejam celik peja celik tak sedar begitu cepat masa berlalu..kesibukan aku yg melampau ditambah dengan tahap kemalasan nak login ke blog aku ni membuatkan blog aku ni dah macam hidup segan mati tak mahu..huhu..kesian kan..
Bukan apa...aku kalau nak blogging, memang akan take time punya..sebab aku suka merepek and melalut panjang-panjang dalam blog..actually, before start blogging, aku dah set dalam kepala otak aku yang aku just nak post a simple entry je..tup-tup bila sedar-sedar, panjang berjela pulak cerita aku..so, sebab tula aku rasa lambat sikit nak update blog sebab dalam kepala aku memang sangat banyak story yang nak diceritakan..(bajet macam orang nak tau je cerita aku..haha)..sebenarnya apa yang aku post ni hanya untuk suka-suka je..sebab bila ada masa lapang, aku rasa best bila buat maraton blog ni..baca blog sendiri balik..hehe..(haaa..kan..aku dah merapek lagi..)
Ok..tahun ni syukur dipanjangkan usia untuk berpuasa dan beribadat lagi..bulan untuk kita tambah pahala dengan lebih senang lagi..alhamdulillah..Tuhan murahkan lagi rezeki Iman untuk menyusu badan..now, Iman dah 10 bulan..even aku berpuasa, aku still dapat perah susu yang secukupnya untuk Iman..and rasa lega sangat bila berat badan dia dah mula naik berkat dari usaha aku untuk teruskan penyusuan susu ibu ni..but aku bagi susu thru botol..berselang-seli dengan direct bf..even doc suggest aku untuk bagi susu formula untuk Iman..but aku ignore je apa doc tu cakap..sepatutnya doc bagilah galakan pada kita untuk bf..ni suruh bagi susu formula pulak..padahal, anak aku tu bukannya kes kurang zat yang sangat teruk..tak faham aku..
Setakat ni, baru sehari aku tinggal puasa..tu pun masa hari ke-2..sebabnya masa tu nak travel..and pagi tu pulak aku sahur makan sikit je..makan asam pedas pulak tu..perut akupun pedih dan lapar..dengan stok susu pun tak buat masa tu..maka terbukalah puasa aku begitu saja..huhu..sayang memang sayang oiiiii..tapiiii..tak tahan sungguh..masa tu baru pagi lagi..tapi perut dah keriuk keriuk bunyinya..kalau dah petang, aku boleh bertahan lagi..pelik..puasa hari pertama aku ok je..hari ke2, buat hal pulak..
Diharap aku dapat berpuasa penuhlah walaupun aku menyusu badan..yelah..walaupun ibu menyusu diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa, tapi aku seboleh-bolehnya naklah puasa penuh..kadang-kadang memang perut tak tahan jugak sebab bila kita perah susu, kita cepat lapar..tapi setakat ni, aku kena sahur makan nasi yg banyak jugaklah..plus air milo dan kurma..air suam memang aku takkan missed..itu satu kemestian..baru perrut aku tak buat hal..dan jangan lupa, tak semestinya kalau kita tak dapat makan seharian, susu akan terus takde..percaya bahawa rezeki susu ibu yang Tuhan kurniakan tu takkan berkurang walaupun kita berpuasa...harus percaya bahawa Tuhan pasti akan murahkan rezeki kita untuk menyusu anak kita jika kita berniat untuk melakukan ibadah puasa..semuanya kerana Allah..yang penting, usaha juga harus ada..iaitu perah susu dengan lebih kerap seperti biasa..sebab apa aku katakan begini..sebabnya sebelum ni, bila bukan bulan puasa, bila aku lambat breakfast atau tak ambil langsung breakfast, susu memang susah untuk dapat banyak..kadang-kadang memang tak ada..susah kalau nak perah..dan aku percaya susu tu akan ada jika perut kita tak kosong..tapi bila bulan puasa ni, dengan berniat untuk beribadat, walaupun tidak makan dan tidak ada energy drink atau ESP dari Shaklee yang aku berangan nak beli, Tuhan tetap murahkan rezeki Iman untuk menyusu..apa yang penting, jangan lupa pam susu..ermmm..sebelum ni memang berangan nak beli ESP..tapi mahal sangat..plus akupun bukannya jenis suka minum-minum benda cemtu..
Ok..ni baru entry bulan puasa..banyak lagi aku nak story..tapi asyik peram aje..rasa macam tak sabar je aku nak bukukan semua cerita-ceritaku ini..best bila boring-boring baca balik..hehe..got to sleep now..bye
Saturday, June 9, 2012
Sayang anak tu berpada-padalah
Wahhh..kali ni entry aku yang tengah sakit hati..
Sebabnya, Hannan asyik kena gigit je dengan anak orang..dan yang aku nak marah, sebagai mak kepada budak yang gigit anak orang, seharusnyalah ada perasaan untuk marah dan warning si anak sendiri supaya jangan gigit anak orang..hakikatnya apa yang aku hadapi ni, kenapa mak baik sangat sampai tak tercakap apa bila anak sendiri gigit anak orang lain..kena anak aku pulak tu yang digigit..memang aku hangin satu badan betul..sampai berbekas badan anak aku sebab digigitnya..
Aku yang sebagai mak jugak..mama kepada Hannan..sedih bila tengok anak aku kena gigit cemtu..and takde apa-apa tindakan dari mak..and even warning to her child!walaupun aku tau dia masih budak, tapi why not kita warning anak kita sendiri supaya jangan buat lagi benda yang sama..aku pernah pukul Hannan sendiri..sebab dia gaduh dengan cousin, Ibtisam sampai dia tolak si Ibtisam ni sampai jatuh kena katil..darah sikit pipi dia..biasalah budak-budak suka nak gaduh berebut itu ini..and aku tak teragak-agak langsung untuk pukul anak aku sendiri..pukul+marah..tampar kaki dia sekali..lepas tu siap letak Hannan kat luar rumah kejap (tapi dia lari masuk rumah balik)..kali ke-2 pun Hannan buat cemtu, aku marah lagi Hannan..yer..aku memang nak marah sebab Hannan buat anak orang sampai cemtu..aku memang sayang anak aku..tapi sayang aku berpada-pada..jangan sampai sayang anak, sampai takut nak marah anak bila buat benda tak sepatutnya..especially benda yang melibatkan anak orang lain..tak salah pun kalau dah tau anak kita sendiri nakal, kita sebagai mak kenalah amik tindakan sikit untuk ajar si anak tu..jangan diamkan saja..wahhhh..kalau anak sendiri yang kena gigit atau kena belasah dengan budak lain, nak ke kita diam-diam?of course la sakit hati jugak kan..budak-budak apa tau..yang penting mak budak tu..berkeras dan bertegaslah sikit dengan anak..adoiiiiiiiii..
Ada satu kes masa Hannan around 2 years..masa tengah main-main kt playground cemtu..ada sorang anak Sikh ni..anak dia geram apa tah kt si Hannan ni..terus dia gigit tangan Hannan sampai berdarah and luka.and i was there also..beside them..but tak sempat nak buat apa sebab cepat sangat dia gigit tangan Hannan..aku apa lagi..hot memang hot..tapi nasib baik parent budak tu datang and marah-marah anak dia..tampar sikit anak dia..and anak dia memang kecil lagi..and why not..takde salahpun parents dia marahkan anak dia sendiri sebelum orang lain yg marah..and aku terus sejuk hati sikit walaupun Hannan tengah menangis sebab luka tangan..and lagi aku sejuk hati bila parents dia betul-betul mintak maaf dengan aku atas apa yang anak dia buat kt Hannan..sampai bersungguh-sungguh mintak maaf..this is the right way..bukan diam saja bila anak sendiri menyakiti anak orang..sakit hati aku!!!!
Next time, aku takkan teragak-agak untuk marah balik if the same thing happen to my daughter..jadi mak ni tak semestinya kena manjakan anak sepanjang masa..manjakan pun manja jugak..tapi jangan sampai besar nanti menyusahkan orang sudahlah..yang penting, parents kena bertegas jugak dengan anak-anak..jangan lembut sampai akupun naik rimas..
Friday, June 8, 2012
Kenapakah pakai eyeliner?
Morning peeps..
I selalu disoal kenapakah i pakai eyeliner and eyebrow dalam rumah?
Hahaha..susahnya i nak jawab kenapa..adik i selalu tanya "hang memang kena mekap ka dalam rumah?"..hahaha..i pun taktau sejak bila i bermekap-mekap dalam rumah..not heavy mekap la..but just apply pelembap muka, eyeliner and eyebrow..lipstik takdela..hari-hari lepas mandi pagi, i mesti pakai eyeliner, eyebrow and pelembap muka..kalau tak pakai, rasa macam tak lengkap hidup i..hahahah..rasa macam tak fresh..and even bila i sorang-sorang dengan anak-anak je pun i tetap akan pakai jugak eyeliner ni..hubby i pun tanya jugak kenapa i mekap dalam rumah?agagaga..untuk keyakinan diri sebenarnya..
Tu salah satu sebab la..to refresh my day..kalau i tak pakai eyeliner, rasa macam takleh nak celik mata je..mata tak fresh..hehehe..ada ke orang macam i?ke i sorang je?
Satu lagi sebab senang..if suddenly i nak kuar kedai ke apa ke, i leh kuar terus..takyah mekap-mekap dah..itu kalau yang kedai dekat-dekat jelah..maklumlah ada anak kecik ni mesti nak cepat semua..
I cuma pakai pelembap, eyeliner and eyebrow ni sekali je sehari..lepas mandi pagi..memang wajib okeh..takde sape leh pertikaikan..hahaha..mandi kul 2ptg and mandi kul 7 malam i tak pakai dah..i cuma pakai pelembap..malam pulak i biarkan je muka i tanpa secalit bedak langsung..
So, itulah sebab i pakai eyeliner and eyebrow dalam rumah..hanya untuk keyakinan diri dan menyegarkan hari i..hehehe
Wednesday, May 30, 2012
I have to throw the EBM..sayangnya...
Finally, i have to throw away all the EBM belong to Iman..sudah expired..almost 7 months in freezer..awalnya memang sayang nak buang..i biarkan je dalam freezer kat rumah my mum tu..i perah susu tu masa Iman 2 bulan kot..and disebabkan dia taknak minum botol sangat masa tu, i biarkan jela..baru-baru ni cek freezer baru realize dah almost 7 months disimpan..suppose to be stored within 3 months je..sedihnya bila nak kena buang..sayang gila..satu bekas tu dalam 3 oz kot..i pun tak ingat..but what to do..terpaksalah..nak sedekah pun dah takleh dah..huhu
Tuesday, May 22, 2012
Kenapakah baby sangat comel?
Persoalan yang best untuk dijawab..hehe..tapi akupun tak tahu nak jawab kenapa..hehe..ni my daughter..tengoklah keletahnya..pegi mana-mana aku takleh lupa senyuman dia..dengan rambut tocang sejemput atas kepala tu..
Ni lah yang menyebabkan aku lagi geram dengan baby..aku pantang tengok baby botak..so jawapan kenapa baby sangat comel adalah kerana mereka botak..hehe
Hasil dari pembotakkan kepala Iman, aku rasa puas hati..hehe..asalnya nak botakkan kepala dia sebab dia suka sangat garu belakang kepala dia..sampai luka kulit kepala..maybe dia gatal rambut, so akupun cukur rambut dia seorang diri..
Tengah-tengah nak mandikan dia, boleh pulak terus cukur kepala dia.sambil bagi dia berdiri and dia pegang baldi, akupun cukur..aku buat sorang2 ok..tanpa bantuan sesiapa..aku bagi mainan kat dia..maka habislah rambut dia yg tebal tu..mula-mula aku gunting..then cukur terus sampai licin..hehe..ni lah hasilnya..
Memang takda luka langsung kepala dia aku cukur..licin lagi..pakai shaver biasa je..hehe..keluar je dari bilik, semua terkejut..
Lepas cukur kepala and bila tengok rupa dia yang botak, buat aku bertambah geram lagi kt dia..aku sangat suka baby bila botak..
Bila tengok rupa dia, rasa macam lagi payah aku nak tinggalkan dia bila pergi kerja..bila bangun tido je, aku mesti tersenyum bila tengok rupa dia yang sengih macam kerang busuk..ditambah lagi dengan senyuman dia..rupa dia betul-betul lain bila botak..and dia semakin nakal bila botak..bila sengih, nampaklah gusi kembang dia tu..comel!
But after botak, dia still garu-garu lagi belakang kepala dia masa nak tido..so, i just assume itu memang habit dia..tabiat dia..kan ada budak yg mempunyai tabiat cemtu bila dia nak tido..lawaklah Iman oi..nak tido je, tarik rambut macam nak cabut rambut..hehe..
Teringat kisah aku masa aku sekolah rendah dulu...sebab aku geram sangat dengan baby botak, aku cubit sorang baby ni sebab geram sangat..bukan cubit marah..tapi sebab geram dia sangat comel..aku cubit dia masa mak dia takde kt bilik..haha..boleh tak?lepas tu apa lagi, nangislah budak tu..and akupun buat-buat bodoh jelah macam taktau pape..agaga..
Thursday, April 5, 2012
Happy Birthday My Dear Nazif
Well..last 4/4/2012 was my husband's birthday..yang ke-30..haha..he's already 30..me?will follow him 1 month later..hehe..come into 3 series lady..
This year, 1st time i made a birthday cake just for him..before this, i beli je kek..kali ni, entah kenapa i rajin pulak buat kek..kenapa yer??hehe..but poor him..kebetulan pulak hari dia sambut birthday, sakit perut pulak dia..2 hari sakit perut tak berhenti-henti..kesian..so kek yang i buat dia takleh nak makan lagi..kena pantang dulu..
I sempat snap gambar kek yang i buat tu..just a simple cake..taklah beria2 i buat..almaklumlah masa suntuk memandangkan ada anak kecik ni..haruslah semuanya nak kena buat cepat-cepat and tak makan masa..malu pulak i nak post pic cake tu..dahlah buruk..orang Kedah kata, belemoih kek i buat tu..agaga..yer..1st timela katakan..dahla jenis tangan tak berseni langsung..hehe..just a chocolate moist cake..then tabur-tabur benda apa tah namanya..dia punya krim choc, Ya Allah..manis gila okeh..haruslah berpada-pada makan..hehe..plan nak anta kat mertua i..tah bilanya nak anta tak taula..risau pulak nak bagi sebab manis sangat..kencing manis jugak karang..i bukan biasa buat benda-benda alah cemni..selalu just tengok my sis je buat kek..i memang suka, tapi malas..haha..i biasa buat biskut raya je..
So, for my hubby..HAPPY BIRTHDAY TO YOU..my dear Mohd Nazif Shafie..semoga abang sentiasa dimurahkan rezeki selalu..yer..rezeki abang selalu Tuhan murahkan..i noticed it..dari dulu sampai sekarang..syukur pada Tuhan dengan kehadiran abang dalam hidup sayang..abang merupakan insan yang paling baik pernah sayang jumpa..i will never ever have a better man like you even in my past and future..of course la in past memang takda..haprak adalah yang lepas tu..haha..
My husband adalah lelaki yang paling penyabar i pernah jumpa..paling baik.paling soft-spoken..berbeza gila dengan i okeh..bahasa i kasar, bahasa dia lembut..hehe..suara i kuat, suara dia pulak perlahan je..i selalu suruh dia cakap kuat-kuat sebab suara dia perlahan..i tak dengar apa dia cerita kat i..hehe..jahat kan i..tapi once dia marah, i takut okeh..haha..dia jugaklah laki paling hensem (bagi i la..sila jangan sakit hati atau menyampah ok)..paling rajin walaupun taklah serajin i..haha..tapi kalau i compare dengan laki lain, memang dia rajin bangat..abang, sila jangan perasan kalau baca ayat ni ok..hehe..
Oklah..banyak dah ni pujian untuk dia..semoga Tuhan panjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat..oh..bukan akhir ayat..hingga ke alam selepas mati..amin..
Monday, April 2, 2012
Busy mummy..
Ok..i donno why i'm too busy lately..i'm not working..but then donno why i still don't have time and even to 'steal time' for blogging and even to accomplish my business plan..oh no..but tonite, i'm going to post one entry regarding my kids..
Iman dah 6 bulan..she started already her 1st solid food..haaa..sekarang baru terasa betapa sibuknya hidup i..dalam kepala i malam sebelum tido, i dah set nak bangun awal pagi nak masak segala benda awal-awal..tapi sikecik ni bangun awal, i pulak terus tak jadi continue keje i..adoi..kesudahannya, i kena baring dengan dia and tidokan dialah if dia reject buaian..i pulak sekarang memang tido lambat sebab kemas-kemas rumah, cuci periuk kuali itu ini..sapu sampah and kadang-kadang mop..lipat kain, cuci kain-kain kt toilet yg ada muntah Iman.takpun yg dia berak bocor kena seluar...haruslah baju-baju tu dicuci dengan tangan yer before campak dalam mesin..thats why la i tido lewat..
I memang tak boleh nak bangun sebelum subuh ke apa ke sebab nanti i tak cukup tido bila tengah handle budak-budak tu di siang hari..tenaga juga harus mencukupi even i hanya duduk rumah..umpama kerja jugakla i ni..baring tu of course la boleh baring..tu pun semasa tengah menyusukan Iman..kalau tak, memang tak sempat nak letak punggung langsung..but tido?haha..jangan harap..don't ever think that housewife can sleep dengan aman di rumah semasa jaga anak-anak ni..elok kita baru sudah masak je, si kecik pun mulalah bangun..sometimes, sebaik saja kita nak start masak je, si kecik yang tengah tido pun mencelikkan mata tanda dah bangun..so, kerja kita yang memang dah ikut jadual elok-elok kita atur, akan bertaburanlah semuanya..bawang ke mana..periuk ke mana..
Then i kena hantar and fetch Hannan kat playschool dia..lagilah i kelam kabut..thats why la i dah set dalam kepala i, within 2 hours, i harus siap masak segala benda..supaya nanti bila Hannan balik, i dah boleh relax and bagi dia makan..then dia rest and tido..bolehlah i buat kerja i..but kalau dah si kecik ni tak tido ikut jadual or tido kejap-kejap, memang bertaburanlah semuanya..jadual i pun entah ke mana..adoi..
So, sekarang ni i tengah pening dengan Iman yang susah sangat nak tido..i know thats a common problem among the babies..but i tengah struggle sekarang ni nak jugak bagi dia tido banyak sebab i risau berat badan dia naik sikit je..hanya 200g within 1 month..sikit je lagi dah nak masuk graf kurang zat..dahlah kecik je..minum susu pulak sikit-sikit..botol pulak kejap nak kejap taknak..adoi..so i sekarang ni memang bagi direct bf saja..itupun kejap-kejap je bf..banyak main-main..pantang dengar bunyi sikit, mulalah pusing then terus taknak nenen..sampai i kena bedung dia tiap-tiap kali nak menyusu..kesian memang kesian..tapi itu sajalah cara i nak bagi dia minum susu dengan lama sikit and supaya dia dapat focus and beri perhatian sepenuhnya untuk minum..memang..i faham itu adalah salah satu perubahan baby..tapi kita sebagai mak juga harus usaha jugak bagi dia minum susu..kalau tak bedung, i akan pegang tangan dia..tapi bedung longgar jela..tak ketat..dengan cara tu sajalah dia boleh focus utk bf saja..nak buat camne..tido kurang, susu kurang..i pun dah pening..orang kata proses cemtu common..namanya 'Reverse Cycle'..nanti i akan post pasal reverse cycle tu next entry..
Nampak gayanya, anak i yang ni memang lagi ligat dari kakaknya..tak pernah lekat langsung kalau pegang..letak atas katil, terus nak bergerak dah..kalah kakak dia nampak gayanya..tambah-tambah sejak Iman dah pandai menyulur (menyuluq) ni..sampai ke dapur dia akan menyuluq..abis segala benda dia seret..so how?i try letak dia dalam baby cot..tapi sekejap jelah dia boleh tahan..lepas tu dia bosan..i letak bawah, lajulah dia ke dapur..so, sabar jela yer..i'm not complaining..apatah lagi merungut.. i happy dengan proses tumbesaran Iman ni..cuma kadang-kadang bila dah penat tu, memanglah kita terasa nak luah kat orang..yer tak?i happy anak i membesar dengan sihat dan jayanya walaupun taklah gemuk and montok..hehe..apa yang penting, dia sihat seperti bayi lain..penat tu nak buat camne..pasrah jela sebab dah memang lumrah alam..hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)







