Oh..lepas i baca satu artikel ni, baru i faham kenapa i selalu panas tiap2 hari..bukan saja siang..but malam pun, bila i terjaga tido, mesti i berpeluh2..kecualilah time pasang aircond..tapi takkanlah nak pasang aircond 24 hours kan..mau bankrap husband i nak bayar bil..kul 3 4 pagi je, i mesti terjaga sebab kepanasan..maybe sebab sekarang pun cuaca panas je..cuma mungkin i lagi panas 2x ganda dari orang lain disebabkan i tengah pregnant..
Kenapa wanita hamil panas?
-Tubuh wanita tengah mengalami banyak perubahan termasuk perubahan hormon. Kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas.
-Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas.
-Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas.Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.
Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan ibu2 pitam dan pengsan..so, sangat merbahaya ok..mujur i biasa2 jer..tapi memang panaslah tiap2 hari plus cuaca yang semakin panas sekarang ni..
-Minum air sekerap mungkin.
-Mengambil banyak makanan berbentuk cecair. Contoh: yogurt, bubur, jus buah.
-Pakai pakaian selesa. Pakai pakaian cerah yang tidak serap cahaya. Kasut pula haruslah yang terbuka
terutama jika kaki semakin membengkak. (alhamdulillah aku takda masalah bengkak kaki setakat ni)
-Semburkan air ke muka atau lapkan muka dengan tisu basah untuk menyejukkan muka.
-Hindari makanan yang berempah dan pedas yang boleh menyebabkan rasa panas.
Ok.time to sleep now..sudah lewat malam..
Credit to Majalah Wanita
mmg panas sgt badan preggy anak no 2 ni..huhu. tq for info :)
ReplyDeletetq for sharing, mmg panas badan preggy anak no 2 ni..huhu
ReplyDelete