Alhamdulillah..Iman dah mula terima botol susu dah..lega sikit i rasa..mudah sikit kalau nak tinggalkan dia kejap kat orang nanti..last2, teat Doctor Baby jugak pilihan dia..tak sempat lagi i melabur duit untuk teat yang mahal..hehe..
Now, susu pun dah stabil dah..but kadang2 i realize if i tak perah ikut time, or i missed one day for pump session, i noticed that susu akan mula berubah amount nya..huhu..payah jugak ye..so, kenalah stabil kan hidup i ni..
Kalau dulu masa pantang pagi2 perah dapat dalam satu bekas cemni je..
Ni i perah untuk certain time..satu bekas satu session..
sikit je kan..2 oz je..kadang2 dua bekas satu session..
But sekarang ni, alhamdulillah, i perah pagi2 lepas bangun tido je, i dapat banyak ni..
about 4 oz sekali perah..ni pun berapa minit punya
perah..
Tapi i perah sekali je sehari..sebotol ni i divide kepada 3 atau 4 botol..sebab i ingat i nak bagi dia minum botol waktu siang je..tu pun berselang seli dengan direct breastfeed..apepun, direct bf jangan dilupa..sebab nanti kalau i kerja pun, memang waktu siang saja dia akan minum botol..malam pulak, memang kena direct..
I guess, susu tu memang cukup untuk Iman..walaupun dia tak besar dan gemuk macam baby lain yg gemuk, at least, i happy sebab i dapat susukan dia dengan susu ibu..and i believe that susu yang kita ada sememangnya mencukupi untuk bayi kita..walaupun orang lain tengok macam sikit je..lain bayi, lain amount susu yang dia minum..
Walau apepun halangan dan cabaran i nak menyusukan anak, i nekad kali ni i nak fully breastfeed jugak..kalau boleh 2 tahun sebaik2nya..kalau dah takde rezeki, mungkin setahun..Insyaallah..kalau dulu, masa anak 1st, dekat 7 bulan or 8 bulan, dia dah minum FM dah..i admit masa tu, i kurang sangat pengetahuan tentang bf ni..i taktau nak buat camne sebab masa tu susu dah mula merudum..i risau dia x cukup susu..tu pun sebab my mum yang belikan FM untuk Hannan..i pasrah..i dah tak boleh nak susukan Hannan..once kita dah start beli FM, kita akan terus bagi FM kat baby..so, untuk mengelakkan kita dari beri FM kat baby, baik tak payah beli terus FM tu..selagi ada susu yang keluar dari puting, kita masih lagi boleh menyusukan bayi kita..
Even though i kurang mendapat moral support dari orang lain untuk fully bf, i memang nekad untuk bf..mula-mula i bersalinkan Iman, nurse dah letak Iman kt sebelah i sebaik saja nurse habis jahit..and i terus susukan dia walaupun memang masa tu takde susu..2x jugak i susukan dia semasa dalam LR tu..then kat wad, berkali2 jugak i susukan dia walaupun hanya setitik je yang ada..kerap jugak i bagi..
Then, bila balik rumah, sebab dah terlampau kerap Iman hisap tapi takde susu, puting i jadi sakit dan luka..nak mandi je sakit sebab pedih..memang luka teruk sangat..sampaikan tiap kali Iman nak hisap susu, i tahan sampai nak nangis bila dia hisap..but i tetap teruskan jugak penyusuan walaupun takde susu..i believe, daripada hisapan yang kerap, akan menghasilkan susu nanti..sakit pun sakitla..i try pump, tetap sakit jugak..Tuhan jelah yang tahu..
Lepas tu, i panggil makcik yang selalu urut i tu datang 'urut susu'..kalau yg dah biasa urut susu, mesti tau camne..then dia cakap jugak i kena beli FM sebab nanti baby lapar..i sedih je dengar..oh no..perlu ke aku beli FM..then nurse pulak cakap Iman kena jaundice..lagi i sedih..tapi i tetap tak beli FM jugak..i percaya susu i akan ada jugak nanti..
Bila balik dari klinik, and jaundice Iman tinggi, i jadi kesian..i cakap kt hubby i, beli jela susu in case Iman melalak tengah2 malam ke..apepun, kena gak bagi susu supaya dia cepat buang air besar..so hubby i singgah farmasi and terus beli FM..bila balik rumah, i tak buka langsung susu tu..i tetap direct bf..selagi Iman tak nangis kuat, i takkan bagi FM..maknanya Iman still kenyang dengan susu yg i ada..walaupun i tengok sikit je..yang penting, kolostrum tu memang i bagi..
If there is a will, there is a way..by God's will..i mohon agar Tuhan sentiasa murahkan rezeki untuk Iman menyusu..alhamdulillah, sehari lepas tu, susu semakin banyak..daripada takde langsung, sampai meleleh2 kalau dah full..setiap kali breast milk 'let down', rasa syukur sangat..tak sangka Tuhan murahkan rezeki Iman untuk menyusu dengan susu ibu jugak..luka kt puting pun semakin pulih lepas nurse suggest i perlu sapu puting dengan susu ibu je sebaik selepas menyusu baby..alhamdulillah..semoga Iman dapat menyusu dengan susu ibu dengan lebih lama lagi..