Monday, January 30, 2012

Tragedi yang lawak..


Hari Ahad kelmarin, berlakunya satu tragedi yang lawak dalam rumah i..hehe..di mana Hannan, my 1st daughter terperangkap sorang-sorang dalam bilik stor dengan pintu terkunci..memang gabra jugak mula-mula..

Ceritanya bermula bila Hannan, seperti biasa kalau dah dipakaikan pampers, dia mudah sangat nak berak..lepas bangun tido pagi tu, sementara my husband nak mandikan dia, tengok-tengok dia hilang masuk dalam bilik..sah lah dia mesti nak berak ni..dia kalau nak berak mesti akan menjauhkan diri dari we all semua..dia masuk dalam stor, and i tak taulah maybe dia lock pintu tu dari dalam..then bila dia nak keluar tak boleh pulak buka pintu..even dah unlock, still tak boleh jugak..

Then bila my husband realize dia terkunci kt dalam tu, try guna kunci, but still tak boleh buka lagi pintu even dah unlock..huh..lagi gabra..dah try semua kunci tak boleh jugak..Hannan pulak dah nangis2 kt dalam tu..dah tak tahu nak buat apa dah hubby i pun..last-last, terpaksa korek tombol pintu tu..nak cabut tombol tu pun payah jugak..padahal tombol pintu tu kalau dah rosak dan loose, pintu memang mudah untuk dibuka biasanya..tapi ni tetap tak boleh jugak..macam ada 'something' je dalam bilik stor tu..huhu

 gigih i snap pic pintu ni..tengok hubby i korek-korek
sampai cabut tombol..



Dah korek pun still takleh keluar jugak..tombol dah tercabut, but still takleh buka pintu sebab ada part of tombol tu yang still terlekat dan memang liat gila benda tu nak tercabut..
lepas tombol dah tercabut, and Hannan dah boleh nampak we all, barulah 
dia berenti nangis..hehe..lawak pulak..

Last2 i suruh je husband i tendang pintu..i cakap kt dia selalu dalam drama orang kalau tendang pintu je terus terbuka pintu..dia pulak kata takut tercabut terus je pintu tu..last2, diapun tendang jugak..

Alhamdulillah..berjaya menyelamatkan Hannan..haha..kesian dia kepanasan dalam stor tu..tingkap satu je..tu pun tak bukak..tapi dalam pada dia tengah terperangkap dalam stor tu, sempat dia buat ni hah..


coloring process..dia kaler kotak printer tu guna shoe 
polish papa dia..yang hitam tu ok..



sempat pulak dia kaler tangan dia sekali..tengah2 emergency 
cemtu pun ada je benda yang dia buat..hadoiii..

Tunggu punya tunggu, ingatkan dia berak..rupanya tak berak-berak jugak..tak keluar gamaknya..hehe..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...