Thursday, April 5, 2012

Happy Birthday My Dear Nazif

Well..last 4/4/2012 was my husband's birthday..yang ke-30..haha..he's already 30..me?will follow him 1 month later..hehe..come into 3 series lady..

This year, 1st time i made a birthday cake just for him..before this, i beli je kek..kali ni, entah kenapa i rajin pulak buat kek..kenapa yer??hehe..but poor him..kebetulan pulak hari dia sambut birthday, sakit perut pulak dia..2 hari sakit perut tak berhenti-henti..kesian..so kek yang i buat dia takleh nak makan lagi..kena pantang dulu..

I sempat snap gambar kek yang i buat tu..just a simple cake..taklah beria2 i buat..almaklumlah masa suntuk memandangkan ada anak kecik ni..haruslah semuanya nak kena buat cepat-cepat and tak makan masa..malu pulak i nak post pic cake tu..dahlah buruk..orang Kedah kata, belemoih kek i buat tu..agaga..yer..1st timela katakan..dahla jenis tangan tak berseni langsung..hehe..just a chocolate moist cake..then tabur-tabur benda apa tah namanya..dia punya krim choc, Ya Allah..manis gila okeh..haruslah berpada-pada makan..hehe..plan nak anta kat mertua i..tah bilanya nak anta tak taula..risau pulak nak bagi sebab manis sangat..kencing manis jugak karang..i bukan biasa buat benda-benda alah cemni..selalu just tengok my sis je buat kek..i memang suka, tapi malas..haha..i biasa buat biskut raya je..

So, for my hubby..HAPPY BIRTHDAY TO YOU..my dear Mohd Nazif Shafie..semoga abang sentiasa dimurahkan rezeki selalu..yer..rezeki abang selalu Tuhan murahkan..i noticed it..dari dulu sampai sekarang..syukur pada Tuhan dengan kehadiran abang dalam hidup sayang..abang merupakan insan yang paling baik pernah sayang jumpa..i will never ever have a better man like you even in my past and future..of course la in past memang takda..haprak adalah yang lepas tu..haha..

My husband adalah lelaki yang paling penyabar i pernah jumpa..paling baik.paling soft-spoken..berbeza gila dengan i okeh..bahasa i kasar, bahasa dia lembut..hehe..suara i kuat, suara dia pulak perlahan je..i selalu suruh dia cakap kuat-kuat sebab suara dia perlahan..i tak dengar apa dia cerita kat i..hehe..jahat kan i..tapi once dia marah, i takut okeh..haha..dia jugaklah laki paling hensem (bagi i la..sila jangan sakit hati atau menyampah ok)..paling rajin walaupun taklah serajin i..haha..tapi kalau i compare dengan laki lain, memang dia rajin bangat..abang, sila jangan perasan kalau baca ayat ni ok..hehe..

Oklah..banyak dah ni pujian untuk dia..semoga Tuhan panjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat..oh..bukan akhir ayat..hingga ke alam selepas mati..amin..

Monday, April 2, 2012

Busy mummy..

Ok..i donno why i'm too busy lately..i'm not working..but then donno why i still don't have time and even to 'steal time' for blogging and even to accomplish my business plan..oh no..but tonite, i'm going to post one entry regarding my kids..

Iman dah 6 bulan..she started already her 1st solid food..haaa..sekarang baru terasa betapa sibuknya hidup i..dalam kepala i malam sebelum tido, i dah set nak bangun awal pagi nak masak segala benda awal-awal..tapi sikecik ni bangun awal, i pulak terus tak jadi continue keje i..adoi..kesudahannya, i kena baring dengan dia and tidokan dialah if dia reject buaian..i pulak sekarang memang tido lambat sebab kemas-kemas rumah, cuci periuk kuali itu ini..sapu sampah and kadang-kadang mop..lipat kain, cuci kain-kain kt toilet yg ada muntah Iman.takpun yg dia berak bocor kena seluar...haruslah baju-baju tu dicuci dengan tangan yer before campak dalam mesin..thats why la i tido lewat..

I memang tak boleh nak bangun sebelum subuh ke apa ke sebab nanti i tak cukup tido bila tengah handle budak-budak tu di siang hari..tenaga juga harus mencukupi even i hanya duduk rumah..umpama kerja jugakla i ni..baring tu of course la boleh baring..tu pun semasa tengah menyusukan Iman..kalau tak, memang tak sempat nak letak punggung langsung..but tido?haha..jangan harap..don't ever think that housewife can sleep dengan aman di rumah semasa jaga anak-anak ni..elok kita baru sudah masak je, si kecik pun mulalah bangun..sometimes, sebaik saja kita nak start masak je, si kecik yang tengah tido pun mencelikkan mata tanda dah bangun..so, kerja kita yang memang dah ikut jadual elok-elok kita atur, akan bertaburanlah semuanya..bawang ke mana..periuk ke mana..




Then i kena hantar and fetch Hannan kat playschool dia..lagilah i kelam kabut..thats why la i dah set dalam kepala i, within 2 hours, i harus siap masak segala benda..supaya nanti bila Hannan balik, i dah boleh relax and bagi dia makan..then dia rest and tido..bolehlah i buat kerja i..but kalau dah si kecik ni tak tido ikut jadual or tido kejap-kejap, memang bertaburanlah semuanya..jadual i pun entah ke mana..adoi..

So, sekarang ni i tengah pening dengan Iman yang susah sangat nak tido..i know thats a common problem among the babies..but i tengah struggle sekarang ni nak jugak bagi dia tido banyak sebab i risau berat badan dia naik sikit je..hanya 200g within 1 month..sikit je lagi dah nak masuk graf kurang zat..dahlah kecik je..minum susu pulak sikit-sikit..botol pulak kejap nak kejap taknak..adoi..so i sekarang ni memang bagi direct bf saja..itupun kejap-kejap je bf..banyak main-main..pantang dengar bunyi sikit, mulalah pusing then terus taknak nenen..sampai i kena bedung dia tiap-tiap kali nak menyusu..kesian memang kesian..tapi itu sajalah cara i nak bagi dia minum susu dengan lama sikit and supaya dia dapat focus and beri perhatian sepenuhnya untuk minum..memang..i faham itu adalah salah satu perubahan baby..tapi kita sebagai mak juga harus usaha jugak bagi dia minum susu..kalau tak bedung, i akan pegang tangan dia..tapi bedung longgar jela..tak ketat..dengan cara tu sajalah dia boleh focus utk bf saja..nak buat camne..tido kurang, susu kurang..i pun dah pening..orang kata proses cemtu common..namanya 'Reverse Cycle'..nanti i akan post pasal reverse cycle tu next entry..



Nampak gayanya, anak i yang ni memang lagi ligat dari kakaknya..tak pernah lekat langsung kalau pegang..letak atas katil, terus nak bergerak dah..kalah kakak dia nampak gayanya..tambah-tambah sejak Iman dah pandai menyulur (menyuluq) ni..sampai ke dapur dia akan menyuluq..abis segala benda dia seret..so how?i try letak dia dalam baby cot..tapi sekejap jelah dia boleh tahan..lepas tu dia bosan..i letak bawah, lajulah dia ke dapur..so, sabar jela yer..i'm not complaining..apatah lagi merungut.. i happy dengan proses tumbesaran Iman ni..cuma kadang-kadang bila dah penat tu, memanglah kita terasa nak luah kat orang..yer tak?i happy anak i membesar dengan sihat dan jayanya walaupun taklah gemuk and montok..hehe..apa yang penting, dia sihat seperti bayi lain..penat tu nak buat camne..pasrah jela sebab dah memang lumrah alam..hehe..


Monday, February 27, 2012

CHEAP SALE: BLOUSE

CHEAP SALE!!

BLOUSE

KOD: DG 101
SAIZ : M
UKURAN LABUH : 78cm
HARGA: RM28 (tidak termasuk postage)
JAHITAN BELAH TEPI

Sesuai untuk menyusu bayi

KOD: DG 102
SAIZ : M
UKURAN LABUH : 78cm
HARGA: RM28 (tidak termasuk postage)
JAHITAN BELAH TEPI

Sesuai untuk menyusu bayi

KOD: DG 103
SAIZ : M
UKURAN LABUH : 78cm
HARGA: RM28 (tidak termasuk postage)
JAHITAN BELAH TEPI

Sesuai untuk menyusu bayi

OD : DG 104
SAIZ : M
UKURAN LABUH : 78cm
HARGA : RM28 (tidak termasuk postage)
JAHITAN BELAH TEPI

Sesuai untuk menyusu bayi

KOD: DG 105
SAIZ : M
UKURAN LABUH : 78cm
HARGA: RM28 (tidak termasuk postage)
JAHITAN BELAH TEPI

Sesuai untuk menyusu bayi

KOD: DG 106
SAIZ : M
UKURAN LABUH : 90cm
HARGA: RM35 (tidak termasuk postage)
JAHITAN BELAH TEPI

Sebarang pertanyaan, sila hubungi thru call/sms ke 012-3860720
atau email ke timberland_82@yahoo.com

pelakon peveret aku sekarang ni..

Okes..ni entry bodoh-bodoh je ok..cakap psl artis pulak aku ni..hehe

Kalau ditanya sapa artis yg aku suka sejak dua menjak ni, jawapannya adalah..



BETO KHUSYAIRI

dah lama dengar nama dia ni..mula-mula dalam hati aku, apehal dia ni letak nama beto pulak..macam 
hebat je..tapi cite dia aku tak pernah tengok pun.. 
pastu aku start tengok cite Geng Surau kat Astro, aku baru kenal dia..cite tu lawak gak..tp dia tak lawakpun..
yang lawaknya si Azhan Rani tu..dari situ berderet-deret drama dia aku tertengok..
yang paling best sekarang ni drama Pelangi Kasih dengan Nabila Huda and Puteri Sarah..
best pulak tengok dia belakon..
mcm ada aura even biasa je..lakonan dia macam somebody but aku tak ingatpun sape..hehe

dan pelakon perempuannya pulak adalah..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




NEELOFA

hahaha..boleh??
aku tau ramai yang tak suka dengan Neelofa ni..
tapi aku dah suka..
dulu memang yer aku tak suka sebab asyik-asyik nama dia je keluar..
naik bosan aku..
gosip je lebih..berlakon tak tara mana pun..
pastu bila tengok drama-drama lakonan dia, aku tau dia memang ada bakat..
pastu akupun mulalah minat dia..tapi semestinya bukan idola aku..
plus sebab dia memang cantik sangat-sangat..
BUT, kalau dia pakai tudung memang lagi cantik..
aku doakan semoga terbuka pintu hati dia untuk bertudung satu hari nanti..

Saturday, February 25, 2012

Lobak putihku sayang..




Pernah makan lobak putih?Well..i suka sangat lobak putih ni..sebab yang i tahu, lobak putih ni boleh menambahkan susu badan kita..yer..memang betul..

I start kenal lobak putih masa i bersalinkan anak pertama i..masa tengah berpantang, my mum everyday masak sayur sawi campur dengan lobak putih ni..boleh kata hari-hari..kalau tak masukkan dalam sawi, dia akan masukkan dalam apa-apa masakan lauk lain..kalau gulai ikan pun, dia akan tetap masukkan lobak putih tu..

Since that, and sampai anak kedua, i amalkan makan lobak putih tiap-tiap hari..ikutkan kat rumah i ni, kedai  memang takde jual langsung lobak putih..ada sekali i tengok ada lobak putih, tapi dah lembik and buruk sangat. frust menonggeng betul bila cari lobak takde...nampak sangat orang-orang area rumah i ni memang tak makan lobak putih..lepas tu, bila ada van sayur datang, i tanya ada lobak putih tak, dia cakap jarang orang makan lobak putih..siap salah sorang makcik tu cakap orang-orang sini tak pandai masak and makan benda-benda cemtu..jarang sangat..amboi..macam perli aku ni makan mengada-ngada yer..haha..

I tahu mesti orang tak tahu khasiat lobak putih tu..di samping dapat menambahkan susu badan, ia juga boleh mengurangkan masalah ketidakhadaman makanan, bronkitis, asma, selsema dan batuk juga..bagus juga yer..i pada mulanya memang tak tahupun semua ni..kewujudan lobak putih pun i tak perasan..haha

So, disebabkan susah sangat nak beli lobak putih kat kedai-kedai area rumah i ni, kesudahannya, terpaksalah i borong lobak putih banyak-banyak kat Tesco atau Carrefour kat sini..huhu..puas hati..boleh tahan seminggu..kadang-kadang 2 minggu..hampir tiap-tiap hari aku masak lobak putih ni..niat di hati supaya susu badan bertambah dan sentiasa konsisten dengan izin Allah..

Tuesday, January 31, 2012

Iman sudah mahu botol susu..


Alhamdulillah..Iman dah mula terima botol susu dah..lega sikit i rasa..mudah sikit kalau nak tinggalkan dia kejap kat orang nanti..last2, teat Doctor Baby jugak pilihan dia..tak sempat lagi i melabur duit untuk teat yang mahal..hehe..

Now, susu pun dah stabil dah..but kadang2 i realize if i tak perah ikut time, or i missed one day for pump session, i noticed that susu akan mula berubah amount nya..huhu..payah jugak ye..so, kenalah stabil kan hidup i ni..

Kalau dulu masa pantang pagi2 perah dapat dalam satu bekas cemni je..


Ni i perah untuk certain time..satu bekas satu session..
sikit je kan..2 oz je..kadang2 dua bekas satu session..

But sekarang ni, alhamdulillah, i perah pagi2 lepas bangun tido je, i dapat banyak ni..


about 4 oz sekali perah..ni pun berapa minit punya 
perah..

Tapi i perah sekali je sehari..sebotol ni i divide kepada 3 atau 4 botol..sebab i ingat i nak bagi dia minum botol waktu siang je..tu pun berselang seli dengan direct breastfeed..apepun, direct bf jangan dilupa..sebab nanti kalau i kerja pun, memang waktu siang saja dia akan minum botol..malam pulak, memang kena direct..

I guess, susu tu memang cukup untuk Iman..walaupun dia tak besar dan gemuk macam baby lain yg gemuk, at least, i happy sebab i dapat susukan dia dengan susu ibu..and i believe that susu yang kita ada sememangnya mencukupi untuk bayi kita..walaupun orang lain tengok macam sikit je..lain bayi, lain amount susu yang dia minum..

Walau apepun halangan dan cabaran i nak menyusukan anak, i nekad kali ni i nak fully breastfeed jugak..kalau boleh 2 tahun sebaik2nya..kalau dah takde rezeki, mungkin setahun..Insyaallah..kalau dulu, masa anak 1st, dekat 7 bulan or 8 bulan, dia dah minum FM dah..i admit masa tu, i kurang sangat pengetahuan tentang bf ni..i taktau nak buat camne sebab masa tu susu dah mula merudum..i risau dia x cukup susu..tu pun sebab my mum yang belikan FM untuk Hannan..i pasrah..i dah tak boleh nak susukan Hannan..once kita dah start beli FM, kita akan terus bagi FM kat baby..so, untuk mengelakkan kita dari beri FM kat baby, baik tak payah beli terus FM tu..selagi ada susu yang keluar dari puting, kita masih lagi boleh menyusukan bayi kita..

Even though i kurang mendapat moral support dari orang lain untuk fully bf, i memang nekad untuk bf..mula-mula i bersalinkan Iman, nurse dah letak Iman kt sebelah i sebaik saja nurse habis jahit..and i terus susukan dia walaupun memang masa tu takde susu..2x jugak i susukan dia semasa dalam LR tu..then kat wad, berkali2 jugak i susukan dia walaupun hanya setitik je yang ada..kerap jugak i bagi..

Then, bila balik rumah, sebab dah terlampau kerap Iman hisap tapi takde susu, puting i jadi sakit dan luka..nak mandi je sakit sebab pedih..memang luka teruk sangat..sampaikan tiap kali Iman nak hisap susu, i tahan sampai nak nangis bila dia hisap..but i tetap teruskan jugak penyusuan walaupun takde susu..i believe, daripada hisapan yang kerap, akan menghasilkan susu nanti..sakit pun sakitla..i try pump, tetap sakit jugak..Tuhan jelah yang tahu..

Lepas tu, i panggil makcik yang selalu urut i tu datang 'urut susu'..kalau yg dah biasa urut susu, mesti tau camne..then dia cakap jugak i kena beli FM sebab nanti baby lapar..i sedih je dengar..oh no..perlu ke aku beli FM..then nurse pulak cakap Iman kena jaundice..lagi i sedih..tapi i tetap tak beli FM jugak..i percaya susu i akan ada jugak nanti..

Bila balik dari klinik, and jaundice Iman tinggi, i jadi kesian..i cakap kt hubby i, beli jela susu in case Iman melalak tengah2 malam ke..apepun, kena gak bagi susu supaya dia cepat buang air besar..so hubby i singgah farmasi and terus beli FM..bila balik rumah, i tak buka langsung susu tu..i tetap direct bf..selagi Iman tak nangis kuat, i takkan bagi FM..maknanya Iman still kenyang dengan susu yg i ada..walaupun i tengok sikit je..yang penting, kolostrum tu memang i bagi..

If there is a will, there is a way..by God's will..i mohon agar Tuhan sentiasa murahkan rezeki untuk Iman menyusu..alhamdulillah, sehari lepas tu, susu semakin banyak..daripada takde langsung, sampai meleleh2 kalau dah full..setiap kali breast milk 'let down', rasa syukur sangat..tak sangka Tuhan murahkan rezeki Iman untuk menyusu dengan susu ibu jugak..luka kt puting pun semakin pulih lepas nurse suggest i perlu sapu puting dengan susu ibu je sebaik selepas menyusu baby..alhamdulillah..semoga Iman dapat menyusu dengan susu ibu dengan lebih lama lagi..

Monday, January 30, 2012

Tragedi yang lawak..


Hari Ahad kelmarin, berlakunya satu tragedi yang lawak dalam rumah i..hehe..di mana Hannan, my 1st daughter terperangkap sorang-sorang dalam bilik stor dengan pintu terkunci..memang gabra jugak mula-mula..

Ceritanya bermula bila Hannan, seperti biasa kalau dah dipakaikan pampers, dia mudah sangat nak berak..lepas bangun tido pagi tu, sementara my husband nak mandikan dia, tengok-tengok dia hilang masuk dalam bilik..sah lah dia mesti nak berak ni..dia kalau nak berak mesti akan menjauhkan diri dari we all semua..dia masuk dalam stor, and i tak taulah maybe dia lock pintu tu dari dalam..then bila dia nak keluar tak boleh pulak buka pintu..even dah unlock, still tak boleh jugak..

Then bila my husband realize dia terkunci kt dalam tu, try guna kunci, but still tak boleh buka lagi pintu even dah unlock..huh..lagi gabra..dah try semua kunci tak boleh jugak..Hannan pulak dah nangis2 kt dalam tu..dah tak tahu nak buat apa dah hubby i pun..last-last, terpaksa korek tombol pintu tu..nak cabut tombol tu pun payah jugak..padahal tombol pintu tu kalau dah rosak dan loose, pintu memang mudah untuk dibuka biasanya..tapi ni tetap tak boleh jugak..macam ada 'something' je dalam bilik stor tu..huhu

 gigih i snap pic pintu ni..tengok hubby i korek-korek
sampai cabut tombol..



Dah korek pun still takleh keluar jugak..tombol dah tercabut, but still takleh buka pintu sebab ada part of tombol tu yang still terlekat dan memang liat gila benda tu nak tercabut..
lepas tombol dah tercabut, and Hannan dah boleh nampak we all, barulah 
dia berenti nangis..hehe..lawak pulak..

Last2 i suruh je husband i tendang pintu..i cakap kt dia selalu dalam drama orang kalau tendang pintu je terus terbuka pintu..dia pulak kata takut tercabut terus je pintu tu..last2, diapun tendang jugak..

Alhamdulillah..berjaya menyelamatkan Hannan..haha..kesian dia kepanasan dalam stor tu..tingkap satu je..tu pun tak bukak..tapi dalam pada dia tengah terperangkap dalam stor tu, sempat dia buat ni hah..


coloring process..dia kaler kotak printer tu guna shoe 
polish papa dia..yang hitam tu ok..



sempat pulak dia kaler tangan dia sekali..tengah2 emergency 
cemtu pun ada je benda yang dia buat..hadoiii..

Tunggu punya tunggu, ingatkan dia berak..rupanya tak berak-berak jugak..tak keluar gamaknya..hehe..

mimpi yang ngeri..

Salam..

Ermm..semalam memang tak best tido..boleh pulak mimpi my 2nd daughter yang baby ni kena kidnapped..aduh..seriously right after i post entry i pasal i taknak kerja sebab risaukan my kids, then nak masuk tido, terus dapat nightmare cemtu..petanda apakah itu?

Then dalam mimpi tu, i menangis sungguh2 sebab cari anak i tak jumpa..lelaki tu pura-pura nak dukung anak i..tup2 dia terus hilang entah mana..ke hulu ke hilir macam orang gila i cari anak i..then i sedar-sedar, memang i menangis rupanya dalam tido..ohhhhh..sungguh i tak sangka akan dapat mimpi cemtu..my husband kata diapun dengar i mengigau..tapi maybe dia tak dapat tangkap apa yg i mimpikan..

Orang kata kalau mimpi buruk, jangan cerita kat orang..tapi i tetap nak cerita dalam ni jugak..huhu..sedihhhhhh sangat bila i bangun tido..tak dapat nak gambarkan if that situation happen again in reality..huhu..jauhkanlahku dari mala petaka cemtu..Amin..

Saturday, January 28, 2012

kerja oh kerja

Salam..lupa yer nak wish Happy New Year walaupun sebulan sudah berlalu..well..seperti biasa, aku memang selalu lambat wish..tahun lepas pun lambat update, tahun ni pun still lambat update..hehe..apepun, tak wajib pun kan nak update blog ni..hehe..ada masa aku update..kalau takde masa tu, faham-fahamlah kenapa yer..aku tengok orang lain sempat je nak update blog walaupun sibuk.cemnilah kalau dah lama blog terabai, abis terabai terus..hehe..malas nak bukak..

Semoga tahun ni segala impian aku akan tercapai..untuk menjadi seorang manusia yang berguna..sounds like selama ni macam tak berguna je kan?hehe..tak baik tul..apepun, aku mengharapkan kami dimurahkan rezeki selalu..masih banyak lagi impian aku yang belum tercapai..yerr..masih BELUM tercapai..terlalu banyak dalam otak aku sekarang ni yang aku perlu fikirkan..apepun yang penting, aku perlu utamakan anak-anak aku..

Aku menganggap Tuhan masih mahukan aku menjaga anak-anak dahulu..memang bukan rezeki aku lagi untuk aku pergi bekerja..yes..kadang2 pun memang aku tak berusaha keras untuk mencari kerja..memang jugak..sebab apa?memang bukan sebab aku malas kerja..aku bukan seorang yang pemalas..tapi bila mengenangkan anak-anak, aku terus rasa down..taknak terus pergi kerja..aku faham dan memang tahu ramai lagi yg mengalami situasi yg sama dengan aku, tapi, entahlah..aku tak kuat dan tabah untuk tinggalkan anak aku pada orang..serius..memang tak kuat langsung..belum apa-apa lagi aku dah nangis mengenangkan anak-anak aku kalau dihantar pada orang..banyak yang berlegar2 dalam kepala otak aku bila fikir kerja..baru-baru ni bila ada orang baru panggil interview je, terus dalam kepala otak aku ni, ANAK-ANAK..itu belum g interview lagi..memang..hari-hari dalam kepala aku, serabut nak hantar anak kat orang..tak tahu nak cari mana..ikutkan hati aku, nak je hantar kat mak aku..tapi jauh pulak..aku hanya fikirkan keselamatan je..plus anak aku baru je 4 bulan..mungkin bagi orang lain, dah besar dah kot..tapi bagi aku, safety should be come 1st..adoi..

Sampai kadang2 aku naik bosan dan nak marah bila orang sibuk tanya pasal kerja aku..yes i know i'm unemployed..i' m jobless..but bukan jobless jugak sebab memang aku tak bersungguh2 cari kerja..risau bila mintak kerja and orang panggil kerja, pengasuh pun takde lagi..yang paling utama kenapa aku tak bersungguh-sungguh cari kerja adalah kerana memikirkan anak kecik aku..mana kerja yg ada depan mata, aku mintak je..sebab aku memang tak bersedia langsung dari segi mental untuk bekerja..fizikal mungkin ye..sebab aku nak jaga anak aku yang kecil ni dulu..dulu dah tanam dalam hati masa aku mengandung dulu, lepas bersalin ni, aku mesti kena kerja..tapi bila dah bersalin, berat hati yang amat untuk aku tinggalkan anak aku kat orang..yg si kakak ni oklah..but yg si kecil ni yang merisaukan aku..orang cakap, tawakkal jelah hantar anak tu..yer..memang aku boleh buat cemtu macam korang2 semua..sebab korang2 semua yang bercakap tu semuanya memang dah asalnya kerja..so, takpayah cakap banyak dengan akulah sebab korang tak rasa camne..aku memang tak bekerja masa mengandung lagi..so, memanglah berat yang amat sangat aku nak kerja..

Ada jugak yang menyibuk cakap, umur aku dah 30 tahun dah..nanti lagi susah nak dapat kerja..for me, itu semua kerja Tuhan..kalau aku tak berusaha, memanglah aku takkan dapat kerja..tak kisahlah umur berapapun..itu rezeki masing2..Tuhan dah tetapkan rezeki kita kat mana..aku tak kerja bukan sebab aku nak melenggang saja2 kat rumah menghabiskan duit orang..aku menjaga anak-anak..itu jugak satu pekerjaan mulia walaupun tanpa gaji tetap macam orang2 lain tu.. paling penting, kerja aku dapat pahala..aku lakukan dengan kerelaan hati aku..aku sanggup tak berduit macam orang lain semata2 nak jaga anak aku dulu..orang memang nampak kerja aku macam mudah sebab duduk saja2 kat rumah..ada jugak yang cakap penat-penat study, lepas tu tak kerja pulak..for me, kita kerja pun sebenarnya adalah sebagai salah satu ibadah..kalau kerja pun tak ikhlas, there's no point what you are working for..ibadah apa?memang alasan kenapa perempuan bekerja, mungkin sebab nak pegang duit sendiri..itu memang alasan yang selalu aku dengar..siapa yang taknak cemtu..of course akupun nak..but, buat masa ni, iaitu sementara anak aku masih kecil lagi ni, aku hanya mengharapkan takdelah lagi orang yang masih nak sibuk-sibuk aku bekerja atau tak..ataupun yang cuba untuk mencari pekerjaan untuk aku..biarlah aku mencari sendiri..if job yang aku apply tu tak berjaya, aku anggap aku takde rezeki dan mungkin Tuhan mahu aku menjaga dan membesarkan anak-anak aku dahulu..tak salah kan?so, i don't need campur tangan dari orang lain lagi..hope people will respect what i want and what i do..adios..


Tuesday, December 20, 2011

kerisauan melanda..

Awal minggu aritu, i rasa stress sangat..sebab i rasa susu badan i dah mula merudum..yes..i memang dah agak dah..sebab everytime Iman menyusu badan, dia akan main-main je..and that's why susu i merudum..maknanya kurang hisapan dan rangsangan pada puting..and i jugak dah lama tak perah susu..awal-awal kelahiran Iman dulu, pagi2 je, i dah perah susu..agak banyak jugak..masa tu pun dalam pantang, semestinya susu sedang meriah..hehe..but now, i pun dah kembali ke rumah sendiri untuk memulakan kehidupan kami semula..setelah berzaman we all menetap di rumah parents i..sejak we all pindah ke Penang aritu..

And now, i dah kurang perah susu sebab susu yang i perah banyak2 aritu, membazir sebab Iman reject minum susu thru botol..sampai nangis-nangis dia taknak minum botol..i pun dah pening..last-last, susu tu buang cemtu je sebab dah overdue..but now, bila i tengok Iman main-main je masa tengah breastfeed, i terfikirkan i nak bagi jugak susu thru botol..at least, i boleh tengok banyak mana dia minum..plus, baru-baru ni, lepas monthly checkup baby, berat dia hanya naik 0.2kg je dari 4.5 kg..dalam masa sebulan okeh..tu baru 3 bulan..i dah terkejut..sikit sangat naik..i dah fikir, tak boleh jadi ni..and i fikir ni mesti sebab dia asyik main-main je masa menyusu..i nekad, i nak bagi jugak thru botol..supaya i dapat latih dia minum susu thru botol in case i dah mula bekerja nanti..takut jugak kelam kabut kalau dia still reject botol susu..of course it's not good kalau kita dah ada dengan dia, kita nak bagi botol susu pulak..tapi nak buat camne..itu sajalah usaha i untuk memperbanyakkan susu i..if baby kurang hisap, and i pun kurang perah, macam mana susu nak banyak..

Now, bila i dah start perah balik susu i pada hari ke-3 minggu ni, susu i dah banyak balik..compare to hari pertama minggu ni, bila i perah, sikit sangat susu yang i boleh collect..i dah risau..i nekad walau apapun caranya, i taknak bagi susu formula kat anak i walau sikit camnepun susu i..and i belum lagi terfikirkan untuk amik milk booster..i rasa i cuma perlu tingkatkan usaha i dengan kerapkan lagi penyusuan dan nak taknak i kena perah jugak susu walaupun Iman taknak minum susu thru botol..and seriously,i realize that bila i dah mula perah kembali susu i every morning, susu i bertambah balik..at least dah bertambah 1 oz..compare masa awal minggu aritu..sedih i tengok susu i sikit sangat masa tu..syukur alhamdulillah..Tuhan bagi lagi rezeki untuk Iman menyusu badan..

Friday, November 25, 2011

kelahiran Nur Iman Zahraa' (cont)

Sunday 18/9/11
1.30 am - Ok..right after sampai kat PAC, lepas check, doc cakap baru dilate 3cm..so i have to wait a few hours more..aduh..i cannot stand anymore..contraction selang 8 minit..then dia suruh i masuk wad je..kesian  Encik BB i yg tunggu kt luar..dahlah i tak dibenarkan bawa masuk hp..tak tau macam mana nak bagitau condition i masa tu..

3.30 am - i masuk wad..husband i pun follow..guard siap bagi lagi dia masuk bilik i tu..and teman i..padahal lelaki tak dibenarkan masuk..nasib baik..hehe..orang depan katil i siap pandang2 i dalam gelap lagi..pandang kehairanan..

4 am - i dah tak tahan lagi sakit..husband i bagitau nurse..and nurse check lagi bukaan..already 4cm..and dia suruh i bersiap-siap nak pegi labor room pulak..haaaa..baru baring 15 minit kat katil wad, dah nak kena g LR pulak..

Kat LR, I bertarung tahan sakit sorang2..cannot stand with the pain..without pain relief..husband i pulak kena tunggu kt luar dulu..nurse tu sorang je..tapi baik sangat cakap..macam mak-mak..i bagitau dia kejap lagi kalau i nak bersalin dah, tolong panggil husband i masuk..i kalau boleh nak jugak dia masuk sebab dia tak pernah berpeluang masuk tunggu i bersalin..kali ni peluang dah memang ada..nurse tu kata ok..

5 am - Datang doc check lagi sekali..masa tu still lagi 4cm..i tak tahan gila..selang 4 minit sakit tu..doc kata nak bagi ubat tahan sakit kat i, tapi dia tak boleh nak bagi lagi sebab baby tak berapa aktif and asyik tido je..kalau dia bagi ubat tahan sakit, akan buat baby tu lagi tido and susah masa nak bersalin nanti..so i tahan jelah tanpa ubat tahan sakit..doc cuma bagi i sedut gas je..at first, i taktau camne nak sedut gas tu..sebab i sedut kejap2..tak rasa perbezaannya langsung..of course la not effective coz i sedut mixed dgn udara luar..then bila i sedut lama2, baru terasa di awangan..fuh..so drowsy..i mamai..dengar bunyi-bunyi tapak kaki orang and suara orang..tapi suara yang putus..but still can feel the pain..huhu..then lepas tu i malas sedut lagi sebab sama je..the pain is not relieve and even lessen..

Masa tengah menunggu tu la, i dengar suara pompuan lain kt LR sebelah tengah menangis nak meneran..menangis teresak-esak lagi ok..dalam hati i, kenapalah sampai cemtu sekali dia nak beranak.bercampur lagi dengan suara midwife yg marah-marah and pokpekpokpek kt pompuan tu.. i agak dekat 4 or 5 orang jugakla dorang tu..huhu..bagi i, teruk jugak situation dia nak beranak..dengan jelas i dengar dia nangis..i berdoa janganlah benda cemtu jadi kat i..

5.45 am - Then tak tahan sakit yg amat, i panggil nurse lagi buat kali ke3..i cakap rasa macam nak beranak dah and nak buang air besar..but maybe dia sakit hati i panggil dia banyak2 kali, dia terus tinggikan suara kt i kata jangan panggil dia banyak2 kali..nanti i takde suara and takde tenaga nak push..haha..masa tu, i slowly talk dgn dia cakap i nak beranak dah and then terus dia check, baru dia nak kelam kabut sebab dia dah nampak kepala baby dah..haa tulah..masa aku panggil banyak2 kali suruh cek tadi, dia kata belum masanya lagi..mcm confident je..i pun tak tau apa yg dia buat kt luar LR tu..

So bila kelam kabut cemtu, diapun dah tak sempat nak panggil husband i sebab dia sorang je yg nak sambut baby..huhu..that was the thing yang i regret sangat..its all bcoz of them..kenapalah dia tak benarkan je husband i masuk awal2 tadi masa i tengah sakit sorang2 tu..and dia mintak maaf kat i sebab tak dapat nak panggil husband i yg tengah tunggu kt luar tu..tanpa apa-apa berita..kesian dia menunggu..so, what can i say at that time?nak maki balik..hanya mampu tersenyum sajalah..padahal guard ada kt luar..takkanlah bodoh sangat sampai tak tahu nak fikir how to call my husband outside..agaknya semua tido kot..maklumlah..waktu tengah sedap membuta..

Monday 19/9/11
6.08 am - Dalam 10-15 minit cemtu, baby selamat keluar..alhamdulillah..sekejap je..and i tanya midwife tu laki ke perempuan since i tak menaruh harapan sangat dgn result scan gender aritu..and it's GIRL..syukur..but baby keluar without crying..again, i pelik anak-anak i ni..kedua-dua anak i keluar perut tak nangis langsung..walawehhh..



tak sangka keluar dengan pipi tembam 
cemni..taktaula ikut siapa..rambut pulak,
mak oiii..lebat gila..x sama anak 1st..
maybe ikut famili husband..


Lepas bersihkan baby, dorang cari husband i untuk azankan baby..husband i pulak menghilangkan diri..aduh..rupa-rupanya dia pegi solat Subuh kat surau..kesian dia..tunggu i lama sangat tak dapat nak masuk tunggu i..bila dah panggil untuk azan, dia pulak hilang.

8 am - I masuk wad balik..dengan baby..alhamdulillah baby i sihat walafiat semuanya..and masa tu baru i dapat jumpa husband i...huhu..kesian BB..

Di wad, dekat kul 11 am i breakfast..dahlah lepas bersalin i tak minum apa2 kecuali air suam..sebab i dah menggigil-gigil lepas push baby..mujur i sempat makan sebelum beranak..but i donno why, kali ni i bersalin memang i tak hilang energy compare to 1st child dulu..this time, i masih larat bangun katil and pegi toilet sorang2..and mandi jugak.ini kat wad la..sebelum tu, i ada tanya nurse if i nak mandi boleh ke..dia pulak cakap tak payah lagi..lap2 badan je..sebab dia risau i masih lemah and i should wait my husband or mandi kt rumah je utk assist i..tapi i kan degil..not degil..cuma i rasa rimas and geli geleman dengan pad yg hospital provide..biasalah kan..kesudahannya, i mandi terusla sebab ada hot water..

Tapi still pelik sebab i tak rasa mengantuk and letih..kalau dulu, masa bersalin kan Hannan, quite after transfer ke wad, i memang collapse atas katil..tido sehari suntuk dalam wad dari pagi sampai petang..sebab letih sangat2..tido tanpa bangun langsung..energy i memang all out i guna masa i nak beranak..kali ni, alhamdulillah, i masih mampu ulang-alik toilet banyak2 kali..maybe, bila bersalin kali ke-2, semuanya dah lain..tak sama dengan yg pertama..

Apapun, syukur..Allah permudahkan semuanya dari awal i mengandung sampai bersalin..tanpa apa-apa komplikasi..and baby pun..waktu tengahari, i dah dibenarkan balik rumah..i balik dengan husband je..semuanya sendiri..yelah kan..klu nak compare masa 1st, ramainyalah orang yg meneman..kali ni, sebab dah ada pengalaman ni, semuanya buat sendiri..kalau masa anak 1st, mungkin masa tu takde pengalaman lagi nak bawak balik baby sendiri ke rumah..Tuhan permudahkan semuanya..the most important thing, i'm proud that i delivered my baby without pain relief or pain killer..no epidural, no injection..and even gas, i used it just once..but then, i stop using it sebab sama je..i tetap sakit berguling-guling..alhamdulillah..

kelahiran Nur Iman Zahraa'..

So far, no story come out about my baby birth last 2 months..huhu.sangat kesian.seriously..even though i stay with my family right now for confinement, still not enough time to update my blog about my new baby..why?haha..

My journey as being a pregnant mummy is easy..Allah ease everything until giving birth..such a sweet memory that i cannot forget..of course for everyone..even though how hard u giving birth, still cannot forget also..me too..but of course giving birth yg 1st would be the most memorable thing i won't forget..still until now..

My due date is on 14 September 2011..14/9 gone..then wait for another day,still not come out..another day, still not come out..still no sign to give birth..air selusuh made by my dad pun finish already..then my husband bagi minyak selusuh lagi..sapu punya sapu..with doa, i applied on my tummy..at that time, i still ligat ke hulu ke hilir mengendong my daughter sorang ni..pegi bank angkut dia..then shopping for Hari Raya lagi..oh my God..at that time, i'm thinking janganlah baby ni keluar kat shopping complex..dengan tempat yang so over crowded..memang masa tu, i memang tak larat gila berjalan sebab sakit kaki..lenguh gila2 sebab kaki pun dah bengkak..orang cakap kalau dah bengkak kaki tu, memang tanda-tanda bersalin la tu..dengan puasa lagi..mak oi..but what to do..i memang nak jugak go for shopping demi anak i..i tak mengharapkan husband i yang belikan sorang2..haha..

Saturday 17/9 
I noticed ada bloody show sikit..mixed with vaginal discharge..but small amount jela blood tu..so, i just let it be..i diam jela sebab i rasa masa tu sikit sangat darah tu..and i rasa takde sakit2 langsung or having contraction..masa tu i tak cite kat husband and even my mum pun sebab rasa tanda-tanda biasa je..

Sunday 18/9
The same sign jugak..masa tengah kat dapur tolong-tolong my mum masak, i pun terceritala kt my mum kata ada darah sikit keluar..but still small amount jgk at that time..but my mum's opinion is different from me..dia suruh i pegi cek if darah dah ada..but apa yang i ingat, nurse pernah kata kat i if darah come out with a severe contraction, then i have to go to hospital..but i pulak takde contraction lagi..then i tanya one of my friend..dia cakap i have to go to hospital jugak..to check la condition baby or maybe dah dilate ke..

2.30 pm - Quite after having lunch, terus rushing g hospital dengan husband i..oh at that time, luckily my husband still here with me..sebab still holiday lagi..kalau tak, kelam kabutlah my mum..sampai2 je, i terus ke PAC untuk check heart beat baby..then mcm biasalah..benda yang paling i tak suka, and takut nak check bukaan..doc cakap takde bukaan lagi..dia pulak macam tak sure btul ke takde bukaan lagi..and she ask her friend to check again!!!!OMG..doc apa ni..itupun takleh nak sure..dia ingat orang tak sakit ke nak korek2 banyak2 kali..masa tu memang i rasa nak marah..tapi dalam hati jela..tapi yes..memang kawan doc tu cakap belum buka lagi jalan..and dia suruh i balik and datang malamnya pulak untuk cek lagi..nasib baik rumah dekat je dgn hospital..

Ok i balik rumah..tapi petang tu, start around 5.30pm, i dah start sakit-sakit dah..rasa mild contraction..selang 15 minit cemtu..my mum suruh i baca doa yang dia bagi if i rasa sakit and baca setiap kali  rasa sakit..my mum pulak susah hati..tapi i still relax..hehe..contraction tu berpanjangan sampai malam..

9.30 pm -I pegi lagi sekali hospital untuk cek..sebab doc tu yang suruh datang cek balik if possible..after checking, dia kata takde bukaan jugak..but i dah rasa sakit yang amat dah..dia tanya i sakit kat mana..i cakapla sakit kat bawah terusla..then dia kata if sakit nak beranak, akan sakit start dari belakang pinggang, then ke depan and slowly turun ke bawah..dia boleh pulak kata yg i sakit sekarang ni bukan contration..maybe ada infection kot..or air kencing kotor..dia amik sample kencing and suruh i balik rumah dulu.result urine test kena tunggu esoknya..dia kata kalau sakit sangat beserta air ketuban pecah, baru datang balik..masa tu, i ok lagi..tapi i still takleh nak terima reason dia sebab kata maybe i sakit sebab kencing kotor..adoi..i taulah apa yang i sakit tu contration..sebab i pernah rasa masa first delivery dulu..cuma takkan cara sakit semua orang mesti sama..takkan semuanya mesti ada step by step sakit..and dia jugak cakap dia taktau nak cite camne rasa sakit tu sebab dia tak pernah bersalin lagi..doc baru lagi..muda lagi..ok fine..i pun balik lagi setelah berjam2 menunggu..kul 11 malam i sampai rumah..

12 am - i naik katil nak tido..sebelum tido tu, i sempat pekena burger satu..then dalam sejam i tido, i rasa basah-basah kain i..then i pegang cadar pun basah jugak..dalam hati  i, aduh ni mesti air ketuban pecah ni..terus bangun buka lampu nak make sure betul ke tak sebab i tak pernah lagi rasa camne air ketuban pecah masa bersalin anak pertama..tengok air jernih je keluar, memang sahla air ketuban..terus kejut husband i..and siap2 terus ke hospital..

ok sambung di entry lain..hehe..



Tuesday, November 22, 2011

What's inside your fridge?

I dah lama tak duduk rumah and kemas2 rumah i sejak-sejak berpindah rumah and then berpantang kat rumah my mum ni..nasib baiklah pindah..so fridge kt rumah i tu memang kosong terusla..cuci habis-habisan..Talking about fridge ni, saja-sajalah i nak berkongsi perihal my mum sorang ni..dia memang cerewet bab2 simpan makanan dalam peti ni..tapi cerewet2 diapun, ada kebaikannya..semuanya utk menjaga kebersihan peti sejuk..and then menjaga kebersihan makanan tu sendiri even dalam fridge pun..see fridge my mum..


Kalau store frozen food cemni dalam bekas, kitapun rasa macam senang nak buat keje.senang nak cari lauk ayam kat mana..ikan kat mana..kita boleh nampak from outside bekas tu..but if lepas kita beli je lauk2 basah dari pasar tu, and then terus simpan dalam plastik cemtu je dalam freezer without transfer to bekas, maybe it's quite difficult to use it again..yela..dah dalam freezer tu, of course la plastik pun dah lekat2 kat lauk..then nak kuarkan ikan2 dari plastik pun susah..lagi satu, if we just store dalam freezer just like that, memang tak menarik langsung..and boleh buat peti tu jadi busuk and not nice..



Semua makanan my mum simpan dalam bekas..takde yang terbiar tanpa penutup..even pinggan mangkuk pun my mum tak bagi guna utk simpan dalam peti unless mangkuk tu memang ada penutup khasnya..even buah-buahan pun, yang lebih2, my mum akan guna PE cling wrap yang plastik tu..so, food will not expose to undesired bacteria..my mum memang tak sayang duit utk spend money beli Tupperware to store all those thingy..haha..alah..buat ape kita simpan bekas2 kosong yang transparent tu dalam almari kalau kita tak guna..buat serabut je almari..and then bukan mahal mana pun bekas tu..murah gila..

Pendek kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih..bukan susah nak buat..even u sibuk camne pun..my mum dulupun keje..tapi kalau dah nak menjaga kebersihan, boleh je nak buat apepun..so for me, orang yang tak mampu nak buat cemni adalah orang yang malas..alasan peti kecik tu langsung tak munasabah..sebab i pun pakai peti kecik jugak..but still can do this thing..sebab my mum kalau datang rumah je, and tengok ada makanan tak tutup, mesti dia suruh i masukkan dlm bekas..or wrap guna plastik..so that fridge look nice..even u guna fridge yang mahal pun, yg ada antibacteria ke ape kebenda lagi good features, this method  should be applied so that peti kita tu will look more well-organized..chow!!! 


Monday, November 21, 2011

Nona Roguy pilihanku..

This time, Nona Roguy (NR) had been my choice again.


I beli sebulan sebelum bersalin lagi.I beli Set Bersalin punya. RM300..and then dapat free bengkung lagi..takdelah murah manapun..




During my 1st confinement dulu, kawan my mum yg recommend this product.I cuma ikut jela apa my mum cakap sebab i pun tak pernah guna..ikutkan hati, memang taknak beli pun sebab mahal..price rm300..i tau brand lain pun lebih kurang cemtu gak harganya..tapi masa tu kan sayang duit lagi..haha..taktau kepentingan gunakan jamu2 lepas bersalin ni..tapi masa 1st time guna dulu, memang btul..i rasa fresh je masa berpantang tu..takde letih2 badan..

Especially Phytonatal tablet tu..bila i makan, senang betul nak buang air besar..even sekarangpun, i still makan lagi even dah abis 44 hari pantang..and then, Lulur Herbanika NR ni best..lepas lulur je, lembut and halus gila tangan and badan..puas atila jugak..cuma yang i kurang guna Air Akar Herbanika NR..adoi..aku lemah btul bila makan ubat2 air ni..memang tak sentuh langsungla..masa 1st confinement, my mum paksa gak minum..kali ni, my mum x suruh langsung..and i rasa sebab tak minum air tu jugak badan i tak berapa kuat macam dulu..plus i penat jugak pantang kali sebab jaga ramai sangat anak..bukan 2 je yer..3 orang termasuk anak sedara i yg aktif tahap melampau..gila punya penat nak control..nasib baikla i ni jenis gigih jugak nak bangun..

Tapi bengkung free yg i dapat tu i pun tak guna jugak sebab susah gila nak lilit..lepas sapu2 minyak and krim barut, i tutup guna girdle yang i beli kt Jusco je..haha..sebab masa pantang dulupun, i guna girdle tu je..and perut i leh kempis balik ke normal..tapi kali ni, susah pulak nak kempis balik sebab i makan memang tahap melampau jugak..dahlah makan banyak..sekali makan 2 pinggan..penuh pulak tu..compare dengan dulu, i makan sepinggan je..yelah..takut my mum marah makan banyak2..haha..kali ni pulak my mum memang tak halang i nak makan banyak mana.air pulak bergelas2..lepas tu siap makan nasi lemak lagi masa dalam pantang..adoi..perut i pun agak lambat nak kempis..kempis memang kempis..cuma nak buang lemak2 tertentu je..sakit mata gila tengok..kesan dari pemakanan yang memang tak ingat dunia..nak buat camne..i lapar..even sebelum mengandung pun i memang kuat makan..ni pulak masa tgh breastfeed..sah2 la lagi tinggi tahap kelaparan ni..hehe..and now, i beli satu lagi barut berubat dari mak bidan urut i ni..murah je..dlm RM30..hopefully lemak2 ni akan terhapus..nasib baik sikit je lemak..













Iman sudah 2 bulan..

Sementara anak-anak tengah tido lagi, i gigih bukak laptop nak update cite baru i yg banyak sangat ni..haha..cua masa je tak mengizinkan i berbuat demikian..oh sekarang ni tgh sakit hati dgn laptop ni sebab keyboard i ni mengalami kerosakan pada huruf 'M'..kesan dan hasil usaha gigih anak sedara i, Ibtisam yang memang dah lama 'aim' keyboard laptop i untuk dilingkupkan..haha..syabas ketoi..so uolls akan terperasanla jika ayat-ayat i ni tidak sepurna kerana kekurangan huruf 'm'..i malas nak tekan kuat-kuat..biarla..i tau dia meang dah lama cuba nak hancurkan keyboard i ni setelah hampir 80% keyboard laptop my mum aka maktok telah dijahanamkan jugak..haha..laptop mama dia baru 5% dia lingkupkan..kesian laptop maktok..nasib baik maktok dah pencen..haha..nak buat cane..anak-anak zaman sekarang ni memang semuanya belajar dengan laptop je..termasuk si Ibtisam yang baru setahun 2 bulan tu..

Oh..sambil-sambil update blog, terpandangkan Iman yang dah 2 bulan 19hb aritu..and semalam jugak bawak dia dapatkan suntikan utk 2 bulan..alhamdulillah dia takde mengalami demam2..no more cranky macam masa Hannan kena cucuk dulu2..alhamdulillah la..i risau jugak..sebab nurse cakap suntikan 2 bulan ni ada yang demam..cuma yg sebulan takde demam..i pun tak tahu sangatlah..sometimes, it depends on baby also..depends on their antibody..and i believe Iman had a strong antibody against all those fever.and i'll make sure that she will stay actively after taking injection..this means, kena make sure she had enough sleep..coz time Hannan dulu, she kept cranky all the time coz not having enough sleep..plus rasa sakit kesan dari injection tu..maybe 2 month is still early.manalah tau masa injection 6 bulan nanti Iman pun mengamuk jugak seharian..oh time tu la i rasa macam takut nak menghadapi sebab i pernah rasa masa Hannan mengamuk a few hours after injection.mengamuk sebab sakit plus dia nak tido.i nak kencing pun tak sempat sebab keseorangan time tu..

Hopefully everythings will go smoothly after this..sebab i mengharapkan dengan fully breastfeed ni, dengan izin Allah anak kita sihat selalu tanpa sakit yang berpanjangan..

Oh..i belum share lagi pic my new baby dalam blog ni..i will update soon..and i will update jugak tentang kelahiran baby i nanti walaupun dah hampir 2 bulan dia dilahirkan..but itupun jika ada masa..haha..tapi ni ada pic both my kids sleeping together yang i sempat snap tadi..

Hannan bila terjaga tido je, mesti bangun and tido sebelah
adik dia..sebab bila tido malam, i yang tido tengah2 dorang..
kalau tak, segala kaki tangan akan naiklah atas badan adiknya..

* adoi..sakit hati pulak guna keyboard ni sebab tekan huruf 'm' tak lekat..huhu..so, cacat cela sungguhlah ayat2 i ni..


Monday, October 17, 2011

Konvokesyen di UPM

Actually, i'm supposed to be in UPM Hall sekarang ni..huhu..for konvokesyen..tapiiiiiii..disebabkan i tengah berpantang, so terperaplah i kt rumah parents i kt alor setar ni..nak kata berpantang pun idakkk jugak i ni..hanya menjaga anak2 jelah..huhu..



Here, got letter from GSO UPM..tapi i baca tak abis pun..sebab i tau memang i takkan attend majlis tu..hehe..

Tapi, i taklah sedih sangatpun tak dapat attend konvo tu..sebab i memang dah tau dah yang i memang takkan dapat attend konvo ni sebab i tau due date bersalin i around convocation day tu la..kiranya during confinement..

This is my 2nd time tak dapat g konvo..dulu masa degree kt UIA pun, i tak dapat attend jugak..sebab i baru lepas bersalin jugak and kt Kedah masa tu.haha..salah timing jugak...then nak taknak, i mintak postpone or defer my convocation tu jugak..dengan alasan munasabah la..mintak kt orang atas terus..plan mula2 taknak mintak postpone..but masa i kt hospital untuk checkup besalin, one of doc yg jugak ex-student UIA kata i boleh mintak postpone convo..so i just try and then approved!!tapi tak bestla kan tanpa kawan2 masa tu..

So now, i rasa memang takleh nak postpone lagi dah convo kt UPM ni..dah sah2 tertera TIDAK BOLEH DITANGGUH..huh..apepun, i rasa lega i dah abis belajar..yg penting i dapat skrol tu..tak naik stage pun it doesn't matter..nak buat camne kan..boleh je nak g sebab i pun dah 29 hari berpantang..tapi parents i tak dapat nak pegilah..memandangkan sorang lagi adik i bakal bersalin sehari dua ni..huhu..plus, if i attend majlis tu, maybe i tak senang duduk dalam hall bila memikirkan anak kecil i kt luar dewan yg tak boleh nak breastfeed..dahlah berjam2 kena stay dalam hall..oh memang tak kuasa i!!!apepun, children should be the 1st..anyway, congratulation utk diri sendiri yg telah menamatkan pengajian yg penuh onak dan duri ini..huh..

Saturday, October 15, 2011

bertungku memang best..tapi..

Pagi tadi i baru sudah bertungku..ermmm..memang best..rasa fresh je badan lepas mandi tu..i start bertungku masa hari ke-5 atau 6 cemtula..tu pun i bertungku sendiri sebelum mak bidan buatkan..i cuma letak tungku kt belakang badan saja..dan juga tapak kaki..then hari ke-13, baru mak bidan yg datang tungku 3x selepas berurut 3x berturut2 jugak..

Actually, sekarang ni i memang tiap2 hari kena bertungku..kul 7.30 pagi, my mum dah masuk bilik amik tungku and bakar atas dapur..kul 8 dah kena bertungku sendiri..memang i suka..tapiii..i malas sangat nak pegang tungku tu and letak atas perut..lenguh tangan..aduh..lebih2 lagi waktu pagi..maklumlah..masih mengantuk lagilah katakan..tido malam pulak kejap jaga kejap tido..mananya nak puas tido..tapi nak seribu daya, taknak seribu dalih..kalau i nak slim macam dulu balik, i kena buat jugak..nak dengan taknak je..

Masa i berpantang anak pertama dulu, bila masa bertungku, selang bape minit, mesti my mum masuk jenguk i..dia nak check i bertungku ke tak..pastu kuar bilik balik..tapi berpantang kali ke2 ni, my mum dah macam tak kisah sangat dah..haha..agaknya dia fikir, i dah besar, pandai2 la sendiri..kalau menipu pun, badan sendiri yang sakit..hehe..but honestly, i memang bertungku betul2 la..takdenya i nak menipu..sebab i tau kebaikan bertungku ni..memang bagus untuk badan..but selalunya, i takkan bertungku sampai tungku sejuk..sebab maunya berjam2 i atas katil tu..baby pulak dok merengek..and i pulak dah geli geleman kalau mandi lambat sebab baju asyik basah je dengan susu2 menitik..so, nak taknak i terpaksa biarkan tungku yg still suam2 lagi tu tanpa digunakan..sayang memang sayang..kadang2 kalau panas lagi, i pass je kt my mum untuk dia guna pulak..

I bertungku 2x sehari..pagi and malam..malam tu pun, kalau my mum tak 'tertido' lagi, dia tolong bakarkan..kalau tak, sekali jela..sebab my mum memang tak bagi i angkat sendiri tungku tu sebab berat. oh, i masih lagi menggunakan tungku batu yg berat tu.walaupun sudah lama, tapi agak berguna berbanding tungku2 zaman sekarang..

I letak tungku belakang pinggang..then tutup dengan kain..sampai berpeluh2..and then tungku di bahagian perut..yang ni i tengah berusaha gigih jugak nak buat..dulu2 i jarang buat..sekarang i macam rajin jgk sebab tengah usaha nak kempiskan perut balik...untuk mengecutkan rahim..then kat belakang badan and dada..yang ni untuk melancarkan pengaliran susu nanti..and last sekali i letak tungku kt celah paha and tapak kaki..tak pun kt tundun..ni semua mak bidan/urut i yang ajar..i buat apa yg dia ajar jela..tapi memang berkesan..perut i memang cepat kempis..hehe..kadang2 bila urat i tengah tegang, i letak je tungku panas, tak lama lepas tu, dah rasa ok balik..


ni bukan i ok..hanya gambar semata-mata..


My mum cakap, masa dalam pantang ni la kita nak bertungku pun..nanti dah abis pantang, i dah takde masa dah..sibuk dengan anak-anak lagi..oh, ANAK-ANAK..kadang2 i terlupa yang i ni dah ada ANAK-ANAK..masih terfikir yang i baru ada ANAK je..dah 2 rupanya anak aku..huhu

'11 anak jutawan tuntut harta'

I terpanggil untuk post entry ni..terkejut jugak bila baca berita ni dalam paper..siap masuk Buletin Utama lagi..sebab i ingatkan hal dorang ni dah setel tak lama dulu...yg dituntut harta tu pulak, tauke atau pemilik syarikat bas Ekspress Mutiara..famous jugaklah bas ni di Kelantan..

Actually bukannya apa..sebab orang yg terlibat tu pun merupakan sedara i jugak..11 orang anak tu merupakan 2 pupu i jugak..so ayah dorang yang dituntut hartanya tu merupakan suami kepada sepupu my mum la..ermm..beginilah hidup..kesian jugak i dgn budak2 ni..bila ayah dah dapat yang lain, anak dilupakan..baru2 ni i g open house raya rumah dorang, tengok dorang ok je anak beranak..tak sangka pulak tup2 cemni pulak jadinya..

Kesian i dengan arwah mak dorang..yang meninggal dunia sebab kemalangan yg amat tragik..2 orang anak lagi yg terlibat dlm kemalangan tu selamat..tapi ibu dorang koma selama 4 TAHUN!!..and dalam masa 4 tahun tu jugaklah macam2 hal berlaku selepas ayah dorang ni kawin lain 4 bulan selepas ibu dorang koma..kesian kan?baru 4 bulan koma, dah kahwin lain..padahal dulu si suami ni sayang sangat2 kt isteri..cepat betul berubah..

I pun pelik jugak dgn perangai si ayah..dulu sebelum kes ni (sebelum isteri kemalangan), dorang ni merupakan famili yg paling bahagia sekali i rasa..i suka tengok famili dorang..dengan anak yang ramai..arwah maklong i tu, seorang isteri yg caring..semua pakej ada pada dia..cantik, lemah lembut, baik hati, penyayang..memang baik sangatlah..walaupun kaya, tapi dia memang very down to earth la..dia jugak orang penting yg beri dorongan pada si suami semasa  suami dalam susah senang..tak kisahlah dorongan dari segi moral dan juga kewangan..semua kekayaan yang si suami dapat sekarang, atas dorongan arwah maklong i tu..yg banyak berkorban sepenuh jiwa dan raga untuk suaminya..YaAllah..Tuhan memang sayangkan dia..moga dia ditempatkan di Syurga..

I teringat sewaktu maklong i ni koma kt hospital, my mum ada melawat dia..even dia tgh koma, i nampak maklong i menitiskan airmata bila my mum cakap2 dgn dia..i know dia boleh dengar apa yang my mum cakap..and i memang sedih bila tengok arwah maklong i menitiskan airmata semasa koma..apa lagi yg boleh dia lakukan selain menangis dalam hati..mungkin dia sedih dgn apa yg berlaku..mama i merupakan insan yg paling rapat dgn maklong i tu sejak dari zaman muda sampailah masing2 dah kawin..maklong i tu memang baik baik baik tahap apapun i tak taulah..lemah lembut sangat..kalau ada anugerah ibu dan isteri mithali, nak je i anugerahkan kt dia..dressing pun biasa even dah kaya raya..bertutup litup dengan purdah macam orang Arab..i pun sedih  bila tengok keadaan dia semasa koma..inikan pulak anak2 dia sendiri..Ya Allah..Tuhan sajalah yg tau perasaan dia semasa suami dia kahwin baru..dan bagaimana anak2 dia dilayan selepas suami berkahwin lain..

Kes harta sepencarian maklong i yg dah jadi pusaka bernilai jutaan ringgit ni tidak mahu diagihkan oleh suami kepada anak-anak..dan i tahu anak2 dorang bukannya mahukan harta ibu sebaliknya mungkin hanya mahukan keadilan..bagi i, memang tidak adil la kan..mak dorang ni susah payah gigih perah keringat, tiba2 je, harta tu digunakan oleh si ayah saja..padahal, rasanya maklong i la yang paling berusaha gigih..dahlah tu, dapat jugak kt mak tiri dorang tu..kalau i la, memang hangin satu badan la..kena pulak mak tiri tu, mcm cuba mengawal semuanya..tak adil la kan..bila dah cakap cara baik, si ayah buat tak endah, so dah takde pilihan, dorang bawak naik court la even bapak sendiri..and i tau, ni semua bukan disebabkan harta..tetapi mengenangkan pusaka ibu dorang yg bersusah payah semasa hidup tidak diagihkan seadilnya sebaik selepas berkahwin lain..dan anak2 jugak diabaikan sebaik saja si ayah kahwin lain..ni kes macam Ac Mizal la ni..dari sini, kita dah tau dah kenapa benda ni berlaku..see?perempuan memainkan peranan penting dalam menggoyahkan jiwa lelaki tak kisahlah laki tu alim warak..macam dalam cite Tahajjud Cinta lah konon2nya..

I harap anak2 maklong i tu berjaya dalam tuntutan harta tu di mahkamah nanti..dengar kata esok nak masuk court..keadilan harus ditegakkan..sebab kes ni dah bertahun2 sejak maklong i koma lagi..maklong i meninggal 2008..kes ni berlaku sebelum maklong i koma lagi..dah berapa lamalah anak2 maklong i ni bersabar dengan perangai endah tak endah si ayah ni..huhu..


Wednesday, August 24, 2011

for my mum..

Finally, after keep on searching and surveying, tanpa cakap banyak, i terus angkut ini barang..just for my mum untuk hari raya..tak mahal sangatpun..ikut bajet sendiri..ekekek..i memang dah berniat nak belikan sebagai hadiah untuk hari raya.(sape2 yang baca ni, jangan pulak gigih pegi survey harga yer..memang ada orang cemtu)..actually my mum memang dah ada thermo pot ni..cuma yang ada sekarang ni for 3.5L..kesian my mum asyik kena topup air banyak2 kali..renyah sungguh keja..and dah kali ke berapa dah bertukar thermo pot sebab sebelum ni punya rosak..

So kali ni, i terus beli yang baru terus supaya senang nak pakai raya nanti..maklumlah..rumah i time raya2 ni, memang macam kenduri jelah i rasa..5 hari 5 malam jamu orang makan jer..hehe..penat kan nak topup air banyak2 kali di samping nak menunggu air tu boiled..








looking for a new shoes..

Oh..bukan sebab raya okeh..i memang tak plan nak cari kasut raya pun..sejak2 ada anak ni, i memang tak teringin langsung nak cari barang2 untuk diri sendiri..yang i nak cari hanyalah untuk anak i jer.kalau boleh nak lengkapkan apa yg belum ada lagi utk budak kecik ni..best bila dapat memenuhi keperluan anak ni..ni baru sorang anak..nanti masuk dua, pengsanla nak cari barang2 budak kecik ni.but memandangkan i tengah pregnant sekarang ni, and kaki i macam dah mengembang sikit2 sampai kasut pun sudah tidak muat lagi, terpaksalah keep on searching for new shoes..


But of course la yang comfortable punyalah..it's like comfit sandal jela..lebih kurang mcm yg kat atas ni..yang tu yang leceh tu..susah nak cari sebab even yang comfit pun, but still tumit i ni sakit2 kalau banyak berjalan..i pulak cerewet and it really takes time for me to find out the best one..i ni payah sikit kalau memilih..too choosy..sebab tu tak suka membeli belah dengan orang sebab nanti orang penat menunggu i memilih..ikutkan malas je nak beli..rasa nak suruh orang belikan je sebab tak larat nak jalan..tapi macam tak best pulak kan...

Adoi kaki oh kaki..kenapalah engkau mengembang..sampai kaki i ni besar dari kasut la..but nurse cakap ok pulak..takde bengkak apa langsung..i pun pelik camnelah orang lain dok cakap kaki dorang bengkak mcm gajahlah apelah lagi masa pregnant..teruk sangat ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...