Thursday, April 5, 2012

Happy Birthday My Dear Nazif

Well..last 4/4/2012 was my husband's birthday..yang ke-30..haha..he's already 30..me?will follow him 1 month later..hehe..come into 3 series lady..

This year, 1st time i made a birthday cake just for him..before this, i beli je kek..kali ni, entah kenapa i rajin pulak buat kek..kenapa yer??hehe..but poor him..kebetulan pulak hari dia sambut birthday, sakit perut pulak dia..2 hari sakit perut tak berhenti-henti..kesian..so kek yang i buat dia takleh nak makan lagi..kena pantang dulu..

I sempat snap gambar kek yang i buat tu..just a simple cake..taklah beria2 i buat..almaklumlah masa suntuk memandangkan ada anak kecik ni..haruslah semuanya nak kena buat cepat-cepat and tak makan masa..malu pulak i nak post pic cake tu..dahlah buruk..orang Kedah kata, belemoih kek i buat tu..agaga..yer..1st timela katakan..dahla jenis tangan tak berseni langsung..hehe..just a chocolate moist cake..then tabur-tabur benda apa tah namanya..dia punya krim choc, Ya Allah..manis gila okeh..haruslah berpada-pada makan..hehe..plan nak anta kat mertua i..tah bilanya nak anta tak taula..risau pulak nak bagi sebab manis sangat..kencing manis jugak karang..i bukan biasa buat benda-benda alah cemni..selalu just tengok my sis je buat kek..i memang suka, tapi malas..haha..i biasa buat biskut raya je..

So, for my hubby..HAPPY BIRTHDAY TO YOU..my dear Mohd Nazif Shafie..semoga abang sentiasa dimurahkan rezeki selalu..yer..rezeki abang selalu Tuhan murahkan..i noticed it..dari dulu sampai sekarang..syukur pada Tuhan dengan kehadiran abang dalam hidup sayang..abang merupakan insan yang paling baik pernah sayang jumpa..i will never ever have a better man like you even in my past and future..of course la in past memang takda..haprak adalah yang lepas tu..haha..

My husband adalah lelaki yang paling penyabar i pernah jumpa..paling baik.paling soft-spoken..berbeza gila dengan i okeh..bahasa i kasar, bahasa dia lembut..hehe..suara i kuat, suara dia pulak perlahan je..i selalu suruh dia cakap kuat-kuat sebab suara dia perlahan..i tak dengar apa dia cerita kat i..hehe..jahat kan i..tapi once dia marah, i takut okeh..haha..dia jugaklah laki paling hensem (bagi i la..sila jangan sakit hati atau menyampah ok)..paling rajin walaupun taklah serajin i..haha..tapi kalau i compare dengan laki lain, memang dia rajin bangat..abang, sila jangan perasan kalau baca ayat ni ok..hehe..

Oklah..banyak dah ni pujian untuk dia..semoga Tuhan panjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat..oh..bukan akhir ayat..hingga ke alam selepas mati..amin..

Monday, April 2, 2012

Busy mummy..

Ok..i donno why i'm too busy lately..i'm not working..but then donno why i still don't have time and even to 'steal time' for blogging and even to accomplish my business plan..oh no..but tonite, i'm going to post one entry regarding my kids..

Iman dah 6 bulan..she started already her 1st solid food..haaa..sekarang baru terasa betapa sibuknya hidup i..dalam kepala i malam sebelum tido, i dah set nak bangun awal pagi nak masak segala benda awal-awal..tapi sikecik ni bangun awal, i pulak terus tak jadi continue keje i..adoi..kesudahannya, i kena baring dengan dia and tidokan dialah if dia reject buaian..i pulak sekarang memang tido lambat sebab kemas-kemas rumah, cuci periuk kuali itu ini..sapu sampah and kadang-kadang mop..lipat kain, cuci kain-kain kt toilet yg ada muntah Iman.takpun yg dia berak bocor kena seluar...haruslah baju-baju tu dicuci dengan tangan yer before campak dalam mesin..thats why la i tido lewat..

I memang tak boleh nak bangun sebelum subuh ke apa ke sebab nanti i tak cukup tido bila tengah handle budak-budak tu di siang hari..tenaga juga harus mencukupi even i hanya duduk rumah..umpama kerja jugakla i ni..baring tu of course la boleh baring..tu pun semasa tengah menyusukan Iman..kalau tak, memang tak sempat nak letak punggung langsung..but tido?haha..jangan harap..don't ever think that housewife can sleep dengan aman di rumah semasa jaga anak-anak ni..elok kita baru sudah masak je, si kecik pun mulalah bangun..sometimes, sebaik saja kita nak start masak je, si kecik yang tengah tido pun mencelikkan mata tanda dah bangun..so, kerja kita yang memang dah ikut jadual elok-elok kita atur, akan bertaburanlah semuanya..bawang ke mana..periuk ke mana..




Then i kena hantar and fetch Hannan kat playschool dia..lagilah i kelam kabut..thats why la i dah set dalam kepala i, within 2 hours, i harus siap masak segala benda..supaya nanti bila Hannan balik, i dah boleh relax and bagi dia makan..then dia rest and tido..bolehlah i buat kerja i..but kalau dah si kecik ni tak tido ikut jadual or tido kejap-kejap, memang bertaburanlah semuanya..jadual i pun entah ke mana..adoi..

So, sekarang ni i tengah pening dengan Iman yang susah sangat nak tido..i know thats a common problem among the babies..but i tengah struggle sekarang ni nak jugak bagi dia tido banyak sebab i risau berat badan dia naik sikit je..hanya 200g within 1 month..sikit je lagi dah nak masuk graf kurang zat..dahlah kecik je..minum susu pulak sikit-sikit..botol pulak kejap nak kejap taknak..adoi..so i sekarang ni memang bagi direct bf saja..itupun kejap-kejap je bf..banyak main-main..pantang dengar bunyi sikit, mulalah pusing then terus taknak nenen..sampai i kena bedung dia tiap-tiap kali nak menyusu..kesian memang kesian..tapi itu sajalah cara i nak bagi dia minum susu dengan lama sikit and supaya dia dapat focus and beri perhatian sepenuhnya untuk minum..memang..i faham itu adalah salah satu perubahan baby..tapi kita sebagai mak juga harus usaha jugak bagi dia minum susu..kalau tak bedung, i akan pegang tangan dia..tapi bedung longgar jela..tak ketat..dengan cara tu sajalah dia boleh focus utk bf saja..nak buat camne..tido kurang, susu kurang..i pun dah pening..orang kata proses cemtu common..namanya 'Reverse Cycle'..nanti i akan post pasal reverse cycle tu next entry..



Nampak gayanya, anak i yang ni memang lagi ligat dari kakaknya..tak pernah lekat langsung kalau pegang..letak atas katil, terus nak bergerak dah..kalah kakak dia nampak gayanya..tambah-tambah sejak Iman dah pandai menyulur (menyuluq) ni..sampai ke dapur dia akan menyuluq..abis segala benda dia seret..so how?i try letak dia dalam baby cot..tapi sekejap jelah dia boleh tahan..lepas tu dia bosan..i letak bawah, lajulah dia ke dapur..so, sabar jela yer..i'm not complaining..apatah lagi merungut.. i happy dengan proses tumbesaran Iman ni..cuma kadang-kadang bila dah penat tu, memanglah kita terasa nak luah kat orang..yer tak?i happy anak i membesar dengan sihat dan jayanya walaupun taklah gemuk and montok..hehe..apa yang penting, dia sihat seperti bayi lain..penat tu nak buat camne..pasrah jela sebab dah memang lumrah alam..hehe..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...