Tuesday, May 22, 2012

Kenapakah baby sangat comel?

Persoalan yang best untuk dijawab..hehe..tapi akupun tak tahu nak jawab kenapa..hehe..ni my daughter..tengoklah keletahnya..pegi mana-mana aku takleh lupa senyuman dia..dengan rambut tocang sejemput atas kepala tu..


Ni lah yang menyebabkan aku lagi geram dengan baby..aku pantang tengok baby botak..so jawapan kenapa baby sangat comel adalah kerana mereka botak..hehe


Hasil dari pembotakkan kepala Iman, aku rasa puas hati..hehe..asalnya nak botakkan kepala dia sebab dia suka sangat garu belakang kepala dia..sampai luka kulit kepala..maybe dia gatal rambut, so akupun cukur rambut dia seorang diri..

Tengah-tengah nak mandikan dia, boleh pulak terus cukur kepala dia.sambil bagi dia berdiri and dia pegang baldi, akupun cukur..aku buat sorang2 ok..tanpa bantuan sesiapa..aku bagi mainan kat dia..maka habislah rambut dia yg tebal tu..mula-mula aku gunting..then cukur terus sampai licin..hehe..ni lah hasilnya..

Memang takda luka langsung kepala dia aku cukur..licin lagi..pakai shaver biasa je..hehe..keluar je dari bilik, semua terkejut.. 


Lepas cukur kepala and bila tengok rupa dia yang botak, buat aku bertambah geram lagi kt dia..aku sangat suka baby bila botak..


Bila tengok rupa dia, rasa macam lagi payah aku nak tinggalkan dia bila pergi kerja..bila bangun tido je, aku mesti tersenyum bila tengok rupa dia yang sengih macam kerang busuk..ditambah lagi dengan senyuman dia..rupa dia betul-betul lain bila botak..and dia semakin nakal bila botak..bila sengih, nampaklah gusi kembang dia tu..comel!

But after botak, dia still garu-garu lagi belakang kepala dia masa nak tido..so, i just assume itu memang habit dia..tabiat dia..kan ada budak yg mempunyai tabiat cemtu bila dia nak tido..lawaklah Iman oi..nak tido je, tarik rambut macam nak cabut rambut..hehe..

Teringat kisah aku masa aku sekolah rendah dulu...sebab aku geram sangat dengan baby botak, aku cubit sorang baby ni sebab geram sangat..bukan cubit marah..tapi sebab geram dia sangat comel..aku cubit dia masa mak dia takde kt bilik..haha..boleh tak?lepas tu apa lagi, nangislah budak tu..and akupun buat-buat bodoh jelah macam taktau pape..agaga.. 

Thursday, April 5, 2012

Happy Birthday My Dear Nazif

Well..last 4/4/2012 was my husband's birthday..yang ke-30..haha..he's already 30..me?will follow him 1 month later..hehe..come into 3 series lady..

This year, 1st time i made a birthday cake just for him..before this, i beli je kek..kali ni, entah kenapa i rajin pulak buat kek..kenapa yer??hehe..but poor him..kebetulan pulak hari dia sambut birthday, sakit perut pulak dia..2 hari sakit perut tak berhenti-henti..kesian..so kek yang i buat dia takleh nak makan lagi..kena pantang dulu..

I sempat snap gambar kek yang i buat tu..just a simple cake..taklah beria2 i buat..almaklumlah masa suntuk memandangkan ada anak kecik ni..haruslah semuanya nak kena buat cepat-cepat and tak makan masa..malu pulak i nak post pic cake tu..dahlah buruk..orang Kedah kata, belemoih kek i buat tu..agaga..yer..1st timela katakan..dahla jenis tangan tak berseni langsung..hehe..just a chocolate moist cake..then tabur-tabur benda apa tah namanya..dia punya krim choc, Ya Allah..manis gila okeh..haruslah berpada-pada makan..hehe..plan nak anta kat mertua i..tah bilanya nak anta tak taula..risau pulak nak bagi sebab manis sangat..kencing manis jugak karang..i bukan biasa buat benda-benda alah cemni..selalu just tengok my sis je buat kek..i memang suka, tapi malas..haha..i biasa buat biskut raya je..

So, for my hubby..HAPPY BIRTHDAY TO YOU..my dear Mohd Nazif Shafie..semoga abang sentiasa dimurahkan rezeki selalu..yer..rezeki abang selalu Tuhan murahkan..i noticed it..dari dulu sampai sekarang..syukur pada Tuhan dengan kehadiran abang dalam hidup sayang..abang merupakan insan yang paling baik pernah sayang jumpa..i will never ever have a better man like you even in my past and future..of course la in past memang takda..haprak adalah yang lepas tu..haha..

My husband adalah lelaki yang paling penyabar i pernah jumpa..paling baik.paling soft-spoken..berbeza gila dengan i okeh..bahasa i kasar, bahasa dia lembut..hehe..suara i kuat, suara dia pulak perlahan je..i selalu suruh dia cakap kuat-kuat sebab suara dia perlahan..i tak dengar apa dia cerita kat i..hehe..jahat kan i..tapi once dia marah, i takut okeh..haha..dia jugaklah laki paling hensem (bagi i la..sila jangan sakit hati atau menyampah ok)..paling rajin walaupun taklah serajin i..haha..tapi kalau i compare dengan laki lain, memang dia rajin bangat..abang, sila jangan perasan kalau baca ayat ni ok..hehe..

Oklah..banyak dah ni pujian untuk dia..semoga Tuhan panjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat..oh..bukan akhir ayat..hingga ke alam selepas mati..amin..

Monday, April 2, 2012

Busy mummy..

Ok..i donno why i'm too busy lately..i'm not working..but then donno why i still don't have time and even to 'steal time' for blogging and even to accomplish my business plan..oh no..but tonite, i'm going to post one entry regarding my kids..

Iman dah 6 bulan..she started already her 1st solid food..haaa..sekarang baru terasa betapa sibuknya hidup i..dalam kepala i malam sebelum tido, i dah set nak bangun awal pagi nak masak segala benda awal-awal..tapi sikecik ni bangun awal, i pulak terus tak jadi continue keje i..adoi..kesudahannya, i kena baring dengan dia and tidokan dialah if dia reject buaian..i pulak sekarang memang tido lambat sebab kemas-kemas rumah, cuci periuk kuali itu ini..sapu sampah and kadang-kadang mop..lipat kain, cuci kain-kain kt toilet yg ada muntah Iman.takpun yg dia berak bocor kena seluar...haruslah baju-baju tu dicuci dengan tangan yer before campak dalam mesin..thats why la i tido lewat..

I memang tak boleh nak bangun sebelum subuh ke apa ke sebab nanti i tak cukup tido bila tengah handle budak-budak tu di siang hari..tenaga juga harus mencukupi even i hanya duduk rumah..umpama kerja jugakla i ni..baring tu of course la boleh baring..tu pun semasa tengah menyusukan Iman..kalau tak, memang tak sempat nak letak punggung langsung..but tido?haha..jangan harap..don't ever think that housewife can sleep dengan aman di rumah semasa jaga anak-anak ni..elok kita baru sudah masak je, si kecik pun mulalah bangun..sometimes, sebaik saja kita nak start masak je, si kecik yang tengah tido pun mencelikkan mata tanda dah bangun..so, kerja kita yang memang dah ikut jadual elok-elok kita atur, akan bertaburanlah semuanya..bawang ke mana..periuk ke mana..




Then i kena hantar and fetch Hannan kat playschool dia..lagilah i kelam kabut..thats why la i dah set dalam kepala i, within 2 hours, i harus siap masak segala benda..supaya nanti bila Hannan balik, i dah boleh relax and bagi dia makan..then dia rest and tido..bolehlah i buat kerja i..but kalau dah si kecik ni tak tido ikut jadual or tido kejap-kejap, memang bertaburanlah semuanya..jadual i pun entah ke mana..adoi..

So, sekarang ni i tengah pening dengan Iman yang susah sangat nak tido..i know thats a common problem among the babies..but i tengah struggle sekarang ni nak jugak bagi dia tido banyak sebab i risau berat badan dia naik sikit je..hanya 200g within 1 month..sikit je lagi dah nak masuk graf kurang zat..dahlah kecik je..minum susu pulak sikit-sikit..botol pulak kejap nak kejap taknak..adoi..so i sekarang ni memang bagi direct bf saja..itupun kejap-kejap je bf..banyak main-main..pantang dengar bunyi sikit, mulalah pusing then terus taknak nenen..sampai i kena bedung dia tiap-tiap kali nak menyusu..kesian memang kesian..tapi itu sajalah cara i nak bagi dia minum susu dengan lama sikit and supaya dia dapat focus and beri perhatian sepenuhnya untuk minum..memang..i faham itu adalah salah satu perubahan baby..tapi kita sebagai mak juga harus usaha jugak bagi dia minum susu..kalau tak bedung, i akan pegang tangan dia..tapi bedung longgar jela..tak ketat..dengan cara tu sajalah dia boleh focus utk bf saja..nak buat camne..tido kurang, susu kurang..i pun dah pening..orang kata proses cemtu common..namanya 'Reverse Cycle'..nanti i akan post pasal reverse cycle tu next entry..



Nampak gayanya, anak i yang ni memang lagi ligat dari kakaknya..tak pernah lekat langsung kalau pegang..letak atas katil, terus nak bergerak dah..kalah kakak dia nampak gayanya..tambah-tambah sejak Iman dah pandai menyulur (menyuluq) ni..sampai ke dapur dia akan menyuluq..abis segala benda dia seret..so how?i try letak dia dalam baby cot..tapi sekejap jelah dia boleh tahan..lepas tu dia bosan..i letak bawah, lajulah dia ke dapur..so, sabar jela yer..i'm not complaining..apatah lagi merungut.. i happy dengan proses tumbesaran Iman ni..cuma kadang-kadang bila dah penat tu, memanglah kita terasa nak luah kat orang..yer tak?i happy anak i membesar dengan sihat dan jayanya walaupun taklah gemuk and montok..hehe..apa yang penting, dia sihat seperti bayi lain..penat tu nak buat camne..pasrah jela sebab dah memang lumrah alam..hehe..


Monday, February 27, 2012

CHEAP SALE: BLOUSE

CHEAP SALE!!

BLOUSE

KOD: DG 101
SAIZ : M
UKURAN LABUH : 78cm
HARGA: RM28 (tidak termasuk postage)
JAHITAN BELAH TEPI

Sesuai untuk menyusu bayi

KOD: DG 102
SAIZ : M
UKURAN LABUH : 78cm
HARGA: RM28 (tidak termasuk postage)
JAHITAN BELAH TEPI

Sesuai untuk menyusu bayi

KOD: DG 103
SAIZ : M
UKURAN LABUH : 78cm
HARGA: RM28 (tidak termasuk postage)
JAHITAN BELAH TEPI

Sesuai untuk menyusu bayi

OD : DG 104
SAIZ : M
UKURAN LABUH : 78cm
HARGA : RM28 (tidak termasuk postage)
JAHITAN BELAH TEPI

Sesuai untuk menyusu bayi

KOD: DG 105
SAIZ : M
UKURAN LABUH : 78cm
HARGA: RM28 (tidak termasuk postage)
JAHITAN BELAH TEPI

Sesuai untuk menyusu bayi

KOD: DG 106
SAIZ : M
UKURAN LABUH : 90cm
HARGA: RM35 (tidak termasuk postage)
JAHITAN BELAH TEPI

Sebarang pertanyaan, sila hubungi thru call/sms ke 012-3860720
atau email ke timberland_82@yahoo.com

pelakon peveret aku sekarang ni..

Okes..ni entry bodoh-bodoh je ok..cakap psl artis pulak aku ni..hehe

Kalau ditanya sapa artis yg aku suka sejak dua menjak ni, jawapannya adalah..



BETO KHUSYAIRI

dah lama dengar nama dia ni..mula-mula dalam hati aku, apehal dia ni letak nama beto pulak..macam 
hebat je..tapi cite dia aku tak pernah tengok pun.. 
pastu aku start tengok cite Geng Surau kat Astro, aku baru kenal dia..cite tu lawak gak..tp dia tak lawakpun..
yang lawaknya si Azhan Rani tu..dari situ berderet-deret drama dia aku tertengok..
yang paling best sekarang ni drama Pelangi Kasih dengan Nabila Huda and Puteri Sarah..
best pulak tengok dia belakon..
mcm ada aura even biasa je..lakonan dia macam somebody but aku tak ingatpun sape..hehe

dan pelakon perempuannya pulak adalah..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




NEELOFA

hahaha..boleh??
aku tau ramai yang tak suka dengan Neelofa ni..
tapi aku dah suka..
dulu memang yer aku tak suka sebab asyik-asyik nama dia je keluar..
naik bosan aku..
gosip je lebih..berlakon tak tara mana pun..
pastu bila tengok drama-drama lakonan dia, aku tau dia memang ada bakat..
pastu akupun mulalah minat dia..tapi semestinya bukan idola aku..
plus sebab dia memang cantik sangat-sangat..
BUT, kalau dia pakai tudung memang lagi cantik..
aku doakan semoga terbuka pintu hati dia untuk bertudung satu hari nanti..

Saturday, February 25, 2012

Lobak putihku sayang..




Pernah makan lobak putih?Well..i suka sangat lobak putih ni..sebab yang i tahu, lobak putih ni boleh menambahkan susu badan kita..yer..memang betul..

I start kenal lobak putih masa i bersalinkan anak pertama i..masa tengah berpantang, my mum everyday masak sayur sawi campur dengan lobak putih ni..boleh kata hari-hari..kalau tak masukkan dalam sawi, dia akan masukkan dalam apa-apa masakan lauk lain..kalau gulai ikan pun, dia akan tetap masukkan lobak putih tu..

Since that, and sampai anak kedua, i amalkan makan lobak putih tiap-tiap hari..ikutkan kat rumah i ni, kedai  memang takde jual langsung lobak putih..ada sekali i tengok ada lobak putih, tapi dah lembik and buruk sangat. frust menonggeng betul bila cari lobak takde...nampak sangat orang-orang area rumah i ni memang tak makan lobak putih..lepas tu, bila ada van sayur datang, i tanya ada lobak putih tak, dia cakap jarang orang makan lobak putih..siap salah sorang makcik tu cakap orang-orang sini tak pandai masak and makan benda-benda cemtu..jarang sangat..amboi..macam perli aku ni makan mengada-ngada yer..haha..

I tahu mesti orang tak tahu khasiat lobak putih tu..di samping dapat menambahkan susu badan, ia juga boleh mengurangkan masalah ketidakhadaman makanan, bronkitis, asma, selsema dan batuk juga..bagus juga yer..i pada mulanya memang tak tahupun semua ni..kewujudan lobak putih pun i tak perasan..haha

So, disebabkan susah sangat nak beli lobak putih kat kedai-kedai area rumah i ni, kesudahannya, terpaksalah i borong lobak putih banyak-banyak kat Tesco atau Carrefour kat sini..huhu..puas hati..boleh tahan seminggu..kadang-kadang 2 minggu..hampir tiap-tiap hari aku masak lobak putih ni..niat di hati supaya susu badan bertambah dan sentiasa konsisten dengan izin Allah..

Tuesday, January 31, 2012

Iman sudah mahu botol susu..


Alhamdulillah..Iman dah mula terima botol susu dah..lega sikit i rasa..mudah sikit kalau nak tinggalkan dia kejap kat orang nanti..last2, teat Doctor Baby jugak pilihan dia..tak sempat lagi i melabur duit untuk teat yang mahal..hehe..

Now, susu pun dah stabil dah..but kadang2 i realize if i tak perah ikut time, or i missed one day for pump session, i noticed that susu akan mula berubah amount nya..huhu..payah jugak ye..so, kenalah stabil kan hidup i ni..

Kalau dulu masa pantang pagi2 perah dapat dalam satu bekas cemni je..


Ni i perah untuk certain time..satu bekas satu session..
sikit je kan..2 oz je..kadang2 dua bekas satu session..

But sekarang ni, alhamdulillah, i perah pagi2 lepas bangun tido je, i dapat banyak ni..


about 4 oz sekali perah..ni pun berapa minit punya 
perah..

Tapi i perah sekali je sehari..sebotol ni i divide kepada 3 atau 4 botol..sebab i ingat i nak bagi dia minum botol waktu siang je..tu pun berselang seli dengan direct breastfeed..apepun, direct bf jangan dilupa..sebab nanti kalau i kerja pun, memang waktu siang saja dia akan minum botol..malam pulak, memang kena direct..

I guess, susu tu memang cukup untuk Iman..walaupun dia tak besar dan gemuk macam baby lain yg gemuk, at least, i happy sebab i dapat susukan dia dengan susu ibu..and i believe that susu yang kita ada sememangnya mencukupi untuk bayi kita..walaupun orang lain tengok macam sikit je..lain bayi, lain amount susu yang dia minum..

Walau apepun halangan dan cabaran i nak menyusukan anak, i nekad kali ni i nak fully breastfeed jugak..kalau boleh 2 tahun sebaik2nya..kalau dah takde rezeki, mungkin setahun..Insyaallah..kalau dulu, masa anak 1st, dekat 7 bulan or 8 bulan, dia dah minum FM dah..i admit masa tu, i kurang sangat pengetahuan tentang bf ni..i taktau nak buat camne sebab masa tu susu dah mula merudum..i risau dia x cukup susu..tu pun sebab my mum yang belikan FM untuk Hannan..i pasrah..i dah tak boleh nak susukan Hannan..once kita dah start beli FM, kita akan terus bagi FM kat baby..so, untuk mengelakkan kita dari beri FM kat baby, baik tak payah beli terus FM tu..selagi ada susu yang keluar dari puting, kita masih lagi boleh menyusukan bayi kita..

Even though i kurang mendapat moral support dari orang lain untuk fully bf, i memang nekad untuk bf..mula-mula i bersalinkan Iman, nurse dah letak Iman kt sebelah i sebaik saja nurse habis jahit..and i terus susukan dia walaupun memang masa tu takde susu..2x jugak i susukan dia semasa dalam LR tu..then kat wad, berkali2 jugak i susukan dia walaupun hanya setitik je yang ada..kerap jugak i bagi..

Then, bila balik rumah, sebab dah terlampau kerap Iman hisap tapi takde susu, puting i jadi sakit dan luka..nak mandi je sakit sebab pedih..memang luka teruk sangat..sampaikan tiap kali Iman nak hisap susu, i tahan sampai nak nangis bila dia hisap..but i tetap teruskan jugak penyusuan walaupun takde susu..i believe, daripada hisapan yang kerap, akan menghasilkan susu nanti..sakit pun sakitla..i try pump, tetap sakit jugak..Tuhan jelah yang tahu..

Lepas tu, i panggil makcik yang selalu urut i tu datang 'urut susu'..kalau yg dah biasa urut susu, mesti tau camne..then dia cakap jugak i kena beli FM sebab nanti baby lapar..i sedih je dengar..oh no..perlu ke aku beli FM..then nurse pulak cakap Iman kena jaundice..lagi i sedih..tapi i tetap tak beli FM jugak..i percaya susu i akan ada jugak nanti..

Bila balik dari klinik, and jaundice Iman tinggi, i jadi kesian..i cakap kt hubby i, beli jela susu in case Iman melalak tengah2 malam ke..apepun, kena gak bagi susu supaya dia cepat buang air besar..so hubby i singgah farmasi and terus beli FM..bila balik rumah, i tak buka langsung susu tu..i tetap direct bf..selagi Iman tak nangis kuat, i takkan bagi FM..maknanya Iman still kenyang dengan susu yg i ada..walaupun i tengok sikit je..yang penting, kolostrum tu memang i bagi..

If there is a will, there is a way..by God's will..i mohon agar Tuhan sentiasa murahkan rezeki untuk Iman menyusu..alhamdulillah, sehari lepas tu, susu semakin banyak..daripada takde langsung, sampai meleleh2 kalau dah full..setiap kali breast milk 'let down', rasa syukur sangat..tak sangka Tuhan murahkan rezeki Iman untuk menyusu dengan susu ibu jugak..luka kt puting pun semakin pulih lepas nurse suggest i perlu sapu puting dengan susu ibu je sebaik selepas menyusu baby..alhamdulillah..semoga Iman dapat menyusu dengan susu ibu dengan lebih lama lagi..

Monday, January 30, 2012

Tragedi yang lawak..


Hari Ahad kelmarin, berlakunya satu tragedi yang lawak dalam rumah i..hehe..di mana Hannan, my 1st daughter terperangkap sorang-sorang dalam bilik stor dengan pintu terkunci..memang gabra jugak mula-mula..

Ceritanya bermula bila Hannan, seperti biasa kalau dah dipakaikan pampers, dia mudah sangat nak berak..lepas bangun tido pagi tu, sementara my husband nak mandikan dia, tengok-tengok dia hilang masuk dalam bilik..sah lah dia mesti nak berak ni..dia kalau nak berak mesti akan menjauhkan diri dari we all semua..dia masuk dalam stor, and i tak taulah maybe dia lock pintu tu dari dalam..then bila dia nak keluar tak boleh pulak buka pintu..even dah unlock, still tak boleh jugak..

Then bila my husband realize dia terkunci kt dalam tu, try guna kunci, but still tak boleh buka lagi pintu even dah unlock..huh..lagi gabra..dah try semua kunci tak boleh jugak..Hannan pulak dah nangis2 kt dalam tu..dah tak tahu nak buat apa dah hubby i pun..last-last, terpaksa korek tombol pintu tu..nak cabut tombol tu pun payah jugak..padahal tombol pintu tu kalau dah rosak dan loose, pintu memang mudah untuk dibuka biasanya..tapi ni tetap tak boleh jugak..macam ada 'something' je dalam bilik stor tu..huhu

 gigih i snap pic pintu ni..tengok hubby i korek-korek
sampai cabut tombol..



Dah korek pun still takleh keluar jugak..tombol dah tercabut, but still takleh buka pintu sebab ada part of tombol tu yang still terlekat dan memang liat gila benda tu nak tercabut..
lepas tombol dah tercabut, and Hannan dah boleh nampak we all, barulah 
dia berenti nangis..hehe..lawak pulak..

Last2 i suruh je husband i tendang pintu..i cakap kt dia selalu dalam drama orang kalau tendang pintu je terus terbuka pintu..dia pulak kata takut tercabut terus je pintu tu..last2, diapun tendang jugak..

Alhamdulillah..berjaya menyelamatkan Hannan..haha..kesian dia kepanasan dalam stor tu..tingkap satu je..tu pun tak bukak..tapi dalam pada dia tengah terperangkap dalam stor tu, sempat dia buat ni hah..


coloring process..dia kaler kotak printer tu guna shoe 
polish papa dia..yang hitam tu ok..



sempat pulak dia kaler tangan dia sekali..tengah2 emergency 
cemtu pun ada je benda yang dia buat..hadoiii..

Tunggu punya tunggu, ingatkan dia berak..rupanya tak berak-berak jugak..tak keluar gamaknya..hehe..

mimpi yang ngeri..

Salam..

Ermm..semalam memang tak best tido..boleh pulak mimpi my 2nd daughter yang baby ni kena kidnapped..aduh..seriously right after i post entry i pasal i taknak kerja sebab risaukan my kids, then nak masuk tido, terus dapat nightmare cemtu..petanda apakah itu?

Then dalam mimpi tu, i menangis sungguh2 sebab cari anak i tak jumpa..lelaki tu pura-pura nak dukung anak i..tup2 dia terus hilang entah mana..ke hulu ke hilir macam orang gila i cari anak i..then i sedar-sedar, memang i menangis rupanya dalam tido..ohhhhh..sungguh i tak sangka akan dapat mimpi cemtu..my husband kata diapun dengar i mengigau..tapi maybe dia tak dapat tangkap apa yg i mimpikan..

Orang kata kalau mimpi buruk, jangan cerita kat orang..tapi i tetap nak cerita dalam ni jugak..huhu..sedihhhhhh sangat bila i bangun tido..tak dapat nak gambarkan if that situation happen again in reality..huhu..jauhkanlahku dari mala petaka cemtu..Amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...