I just nak share tentang sifat kanak2 ni..memang banyak sangat cabarannya dalam nak mendidik anak..actually, menjaga dengan mendidik anak ni memang berbeza..kalau setakat menjaga, memang rasanya semua orang boleh menjaga..tapi nak mendidik ni, banyak sangat cabarannya..i pun memang tak terlepas jugaklah dari menghadapi cabaran2 dlm mendidik anak i ni..
Entry i ni bukan nak cerita cara didikan i dekat anak i..just nak share yg pengalaman i yg sampai buat anak kita jadi serik and takut untuk buat salah lagi..betul kata orang, pengalaman kadang memang berguna kt kita..tak kisahlah pengalaman baik atau buruk..kalau pengalaman buruk tu, memang mudah buat kita jadi serik..cemtu jugaklah yg terjadi kt anak i Hannan..Hannan ni memang semuanya suka buat sendiri..even nak makan nasi pun, dia nak makan sendiri..and harini, terjadilah satu perkara di luar dugaan..hehe..Hannan tercekik tulang ikan..i memang x malu nak cerita dlm blog ni betapa careless nya i..sebab blog ni bukan hanya tempat nak ceritakan benda2 baik semata2..tak kisahlah blog i ataupun blog2 lain..i bukanlah careless sangat, cuma terlepas pandang and tak nampak...sebelum ni, kalau makan ikan, Hannan beria2 nak makan sendiri..dia tak bagi i suapkan kat dia..semuanya dia nak buat sendiri..itu yg merisaukan i tambah2 kalau makan ikan..memang selalu i cubit2 ikan and dia akan makan ikan yg i dah cubit2kan isinya..tapi lately ni, dia suka sangat makan ekor ikan..mungkin sebab garing..so i just let her makan sendiri..i biarkan je..then tah camne dia tersedak sebab tercekik tulang..dia batuk2 tak selesa..then after i tepuk2 belakang dia and dia terus muntah, keluarlah jugak tulang tu..alhamdulillah..1st time i berdepan kes cemni..
Apa yg i nak katakan kat sini, right after dia cekik tulang tu, terus dia xnak makan sendiri ikan tu..i suapkan dia baru dia nak makan..bila i suruh dia buat sendiri, memang dia refuse..hehe..dia memang serik..itu yg i observe..before this pun pernah jugak dia kena benda lain sampai dia serik and taknak sentuh langsung benda tu..contoh mcm iron..dia memang suka sangat main iron..dah banyak kali i marah dia supaya jgn main iron, takut nanti timpa kaki or what..tapi dia memang jenis tak peduli..kadang2 penat jugak nak cakap dgn dia and nak halang dia buat sesuatu benda..i pulak jenis yg kalau cakap sekali tak dengar, suara i dah tinggi dahla..haha.. ada sekali masa dia kat rumah maktok nya, tangan pernah terkena iron panas..tu pun sebab makcik nya tengah pindah tempat..sekejap je dia dah terpa iron..akibatnya, abislah tangan dia..mujur sikit jer..and tak tinggalkan parut kt tangan..alhamdulillah..sejak2 tu, memang bila i bagi iron je kat dia, memang dia terus taknak dah..if tak, sebelum ni memang dia takleh tengok iron langsung..asyik nak main jer..ada baik jugak kadang2 benda2 cemtu berlaku kt dia..kesian memang kesian..but benda dah terjadi..orang kata sebagai pengajaran utk dia..dan jugak pengajaran utk orang2 sekeliling dia..coz i know my daughter ni memang aktif and taktau duduk diam seminit..apa yg orang buat, semua dia nak buat..budak2lah katakan..memang tak tahu apa..kadang2, if dia buat perangai mengamuk dia, cara paling senang yg i buat kt dia hari ni, i kurung dia dalam bilik..bukanlah kurung betul2..acah2 je pun..i tunggu tepi pintu tu je..i just biarkan dia dlm bilik smpai dia abis nangis..then she will be ok right after that..hahaha..senang..i takyah cakap banyak and marah2 diapun..just biar dia dalam bilik..apepun, kesabaran adalah segalanya..
Bukan senang nak didik and jaga anak kecik..lebih2 lagi kanak2 yg dah tau banyak benda..mungkin ibu bapa lain yg jenis lembut hati and banyak sabar lebih dari i, dorang banyak guna pendekatan yg lebih lembut dan halus..tapi i, at certain time, lebih kepada tegas and garang berbanding dengan my husband yg memang tinggi kesabarannya..hehe..bagus jugak kan cemtu..ada kontras..but it doesn't mean yg i ni selalu marah2 dia..i still manjakan dia jugak..cuma bila dia buat perangai tak tentu hala and tak dengar cakap i, i bet orang sebelah rumah i kiri kanan ni dapat dengar suara i menjerit..hehe..and yes..once i marah dia, dia memang dengar cakap i..and terus jadi budak yg baik and tak buat perangai langsung!
Whatever it is, mak mana yg tak sayangkan anaknya kan?