Saturday, January 28, 2012

kerja oh kerja

Salam..lupa yer nak wish Happy New Year walaupun sebulan sudah berlalu..well..seperti biasa, aku memang selalu lambat wish..tahun lepas pun lambat update, tahun ni pun still lambat update..hehe..apepun, tak wajib pun kan nak update blog ni..hehe..ada masa aku update..kalau takde masa tu, faham-fahamlah kenapa yer..aku tengok orang lain sempat je nak update blog walaupun sibuk.cemnilah kalau dah lama blog terabai, abis terabai terus..hehe..malas nak bukak..

Semoga tahun ni segala impian aku akan tercapai..untuk menjadi seorang manusia yang berguna..sounds like selama ni macam tak berguna je kan?hehe..tak baik tul..apepun, aku mengharapkan kami dimurahkan rezeki selalu..masih banyak lagi impian aku yang belum tercapai..yerr..masih BELUM tercapai..terlalu banyak dalam otak aku sekarang ni yang aku perlu fikirkan..apepun yang penting, aku perlu utamakan anak-anak aku..

Aku menganggap Tuhan masih mahukan aku menjaga anak-anak dahulu..memang bukan rezeki aku lagi untuk aku pergi bekerja..yes..kadang2 pun memang aku tak berusaha keras untuk mencari kerja..memang jugak..sebab apa?memang bukan sebab aku malas kerja..aku bukan seorang yang pemalas..tapi bila mengenangkan anak-anak, aku terus rasa down..taknak terus pergi kerja..aku faham dan memang tahu ramai lagi yg mengalami situasi yg sama dengan aku, tapi, entahlah..aku tak kuat dan tabah untuk tinggalkan anak aku pada orang..serius..memang tak kuat langsung..belum apa-apa lagi aku dah nangis mengenangkan anak-anak aku kalau dihantar pada orang..banyak yang berlegar2 dalam kepala otak aku bila fikir kerja..baru-baru ni bila ada orang baru panggil interview je, terus dalam kepala otak aku ni, ANAK-ANAK..itu belum g interview lagi..memang..hari-hari dalam kepala aku, serabut nak hantar anak kat orang..tak tahu nak cari mana..ikutkan hati aku, nak je hantar kat mak aku..tapi jauh pulak..aku hanya fikirkan keselamatan je..plus anak aku baru je 4 bulan..mungkin bagi orang lain, dah besar dah kot..tapi bagi aku, safety should be come 1st..adoi..

Sampai kadang2 aku naik bosan dan nak marah bila orang sibuk tanya pasal kerja aku..yes i know i'm unemployed..i' m jobless..but bukan jobless jugak sebab memang aku tak bersungguh2 cari kerja..risau bila mintak kerja and orang panggil kerja, pengasuh pun takde lagi..yang paling utama kenapa aku tak bersungguh-sungguh cari kerja adalah kerana memikirkan anak kecik aku..mana kerja yg ada depan mata, aku mintak je..sebab aku memang tak bersedia langsung dari segi mental untuk bekerja..fizikal mungkin ye..sebab aku nak jaga anak aku yang kecil ni dulu..dulu dah tanam dalam hati masa aku mengandung dulu, lepas bersalin ni, aku mesti kena kerja..tapi bila dah bersalin, berat hati yang amat untuk aku tinggalkan anak aku kat orang..yg si kakak ni oklah..but yg si kecil ni yang merisaukan aku..orang cakap, tawakkal jelah hantar anak tu..yer..memang aku boleh buat cemtu macam korang2 semua..sebab korang2 semua yang bercakap tu semuanya memang dah asalnya kerja..so, takpayah cakap banyak dengan akulah sebab korang tak rasa camne..aku memang tak bekerja masa mengandung lagi..so, memanglah berat yang amat sangat aku nak kerja..

Ada jugak yang menyibuk cakap, umur aku dah 30 tahun dah..nanti lagi susah nak dapat kerja..for me, itu semua kerja Tuhan..kalau aku tak berusaha, memanglah aku takkan dapat kerja..tak kisahlah umur berapapun..itu rezeki masing2..Tuhan dah tetapkan rezeki kita kat mana..aku tak kerja bukan sebab aku nak melenggang saja2 kat rumah menghabiskan duit orang..aku menjaga anak-anak..itu jugak satu pekerjaan mulia walaupun tanpa gaji tetap macam orang2 lain tu.. paling penting, kerja aku dapat pahala..aku lakukan dengan kerelaan hati aku..aku sanggup tak berduit macam orang lain semata2 nak jaga anak aku dulu..orang memang nampak kerja aku macam mudah sebab duduk saja2 kat rumah..ada jugak yang cakap penat-penat study, lepas tu tak kerja pulak..for me, kita kerja pun sebenarnya adalah sebagai salah satu ibadah..kalau kerja pun tak ikhlas, there's no point what you are working for..ibadah apa?memang alasan kenapa perempuan bekerja, mungkin sebab nak pegang duit sendiri..itu memang alasan yang selalu aku dengar..siapa yang taknak cemtu..of course akupun nak..but, buat masa ni, iaitu sementara anak aku masih kecil lagi ni, aku hanya mengharapkan takdelah lagi orang yang masih nak sibuk-sibuk aku bekerja atau tak..ataupun yang cuba untuk mencari pekerjaan untuk aku..biarlah aku mencari sendiri..if job yang aku apply tu tak berjaya, aku anggap aku takde rezeki dan mungkin Tuhan mahu aku menjaga dan membesarkan anak-anak aku dahulu..tak salah kan?so, i don't need campur tangan dari orang lain lagi..hope people will respect what i want and what i do..adios..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...