Aku baru terkedek-kedek nak wish salam ramadhan..padahal dah hari ke-13 kita berpuasa..pejam celik peja celik tak sedar begitu cepat masa berlalu..kesibukan aku yg melampau ditambah dengan tahap kemalasan nak login ke blog aku ni membuatkan blog aku ni dah macam hidup segan mati tak mahu..huhu..kesian kan..
Bukan apa...aku kalau nak blogging, memang akan take time punya..sebab aku suka merepek and melalut panjang-panjang dalam blog..actually, before start blogging, aku dah set dalam kepala otak aku yang aku just nak post a simple entry je..tup-tup bila sedar-sedar, panjang berjela pulak cerita aku..so, sebab tula aku rasa lambat sikit nak update blog sebab dalam kepala aku memang sangat banyak story yang nak diceritakan..(bajet macam orang nak tau je cerita aku..haha)..sebenarnya apa yang aku post ni hanya untuk suka-suka je..sebab bila ada masa lapang, aku rasa best bila buat maraton blog ni..baca blog sendiri balik..hehe..(haaa..kan..aku dah merapek lagi..)
Ok..tahun ni syukur dipanjangkan usia untuk berpuasa dan beribadat lagi..bulan untuk kita tambah pahala dengan lebih senang lagi..alhamdulillah..Tuhan murahkan lagi rezeki Iman untuk menyusu badan..now, Iman dah 10 bulan..even aku berpuasa, aku still dapat perah susu yang secukupnya untuk Iman..and rasa lega sangat bila berat badan dia dah mula naik berkat dari usaha aku untuk teruskan penyusuan susu ibu ni..but aku bagi susu thru botol..berselang-seli dengan direct bf..even doc suggest aku untuk bagi susu formula untuk Iman..but aku ignore je apa doc tu cakap..sepatutnya doc bagilah galakan pada kita untuk bf..ni suruh bagi susu formula pulak..padahal, anak aku tu bukannya kes kurang zat yang sangat teruk..tak faham aku..
Setakat ni, baru sehari aku tinggal puasa..tu pun masa hari ke-2..sebabnya masa tu nak travel..and pagi tu pulak aku sahur makan sikit je..makan asam pedas pulak tu..perut akupun pedih dan lapar..dengan stok susu pun tak buat masa tu..maka terbukalah puasa aku begitu saja..huhu..sayang memang sayang oiiiii..tapiiii..tak tahan sungguh..masa tu baru pagi lagi..tapi perut dah keriuk keriuk bunyinya..kalau dah petang, aku boleh bertahan lagi..pelik..puasa hari pertama aku ok je..hari ke2, buat hal pulak..
Diharap aku dapat berpuasa penuhlah walaupun aku menyusu badan..yelah..walaupun ibu menyusu diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa, tapi aku seboleh-bolehnya naklah puasa penuh..kadang-kadang memang perut tak tahan jugak sebab bila kita perah susu, kita cepat lapar..tapi setakat ni, aku kena sahur makan nasi yg banyak jugaklah..plus air milo dan kurma..air suam memang aku takkan missed..itu satu kemestian..baru perrut aku tak buat hal..dan jangan lupa, tak semestinya kalau kita tak dapat makan seharian, susu akan terus takde..percaya bahawa rezeki susu ibu yang Tuhan kurniakan tu takkan berkurang walaupun kita berpuasa...harus percaya bahawa Tuhan pasti akan murahkan rezeki kita untuk menyusu anak kita jika kita berniat untuk melakukan ibadah puasa..semuanya kerana Allah..yang penting, usaha juga harus ada..iaitu perah susu dengan lebih kerap seperti biasa..sebab apa aku katakan begini..sebabnya sebelum ni, bila bukan bulan puasa, bila aku lambat breakfast atau tak ambil langsung breakfast, susu memang susah untuk dapat banyak..kadang-kadang memang tak ada..susah kalau nak perah..dan aku percaya susu tu akan ada jika perut kita tak kosong..tapi bila bulan puasa ni, dengan berniat untuk beribadat, walaupun tidak makan dan tidak ada energy drink atau ESP dari Shaklee yang aku berangan nak beli, Tuhan tetap murahkan rezeki Iman untuk menyusu..apa yang penting, jangan lupa pam susu..ermmm..sebelum ni memang berangan nak beli ESP..tapi mahal sangat..plus akupun bukannya jenis suka minum-minum benda cemtu..
Ok..ni baru entry bulan puasa..banyak lagi aku nak story..tapi asyik peram aje..rasa macam tak sabar je aku nak bukukan semua cerita-ceritaku ini..best bila boring-boring baca balik..hehe..got to sleep now..bye
No comments:
Post a Comment