Saturday, April 27, 2013

murah lagi rezeki..

Alhamdulillah..Allah masih lagi murahkan rezeki Iman Zahraa' menyusu sampai sekarang..tak sangka..dah 1 tahun 8 bulan dah..sememangnya memerlukan banyak kesabaran selain berdoa dan usaha..memang ada jatuh bangun di alam penyusuan susu ibu ni..kena banyak sokongan dari sekeliling..aku perlu kuat semangat..sebab aku tahu anak aku sangat perlukan susu ibu ni..sebab tu aku perlu kuat..adakalanya susu drop..memang nak nangis..tapi aku kuatkan semangat balik sebab aku takleh stress..kalau stress, memang susu akan kurang lagi..itulah pentingnya kena jaga emosi jugak aku ni..nasib baiklah ada amalkan makan B-complex Shaklee ni..sekurang-kurangnya membantu sikit..bukan senang nak menyusukan anak..bukan setakat selak, pastu bagi hisap..NO!tidak semudah yang disangka..emosi memang selalu sakit..kalau tak kuat, memang stop terus menyusukan anak..tapi aku memang NEKAD..apapun, biarlah Tuhan berikan kesempatan utk aku menyusukan Iman Zahraa sampai 2 tahun..

Kadang-kadang aku tengok ramai ibu-ibu yang mudah mengalah..kalau yang anak 1st, aku tak kisah..tapi bila dah anak ke-2, ke-3, still lagi taknak kuatkan azam nak menyusukan anak..susu drop sekali, terus hilang semangat nak bagi susu ibu..lantas terus bagi susu formula tanpa continue bagi susu ibu..kesudahannya, memang takde susu teruslah si ibu..kesian si anak..ibu kena kuat..aku faham situasi ibu bekerja..penat..tapi kadang-kadang, keazaman yang kuat boleh mengatasi segalanya..sebab aku tengok ramai je ibu-ibu yang bekerjaya, tapi sebab azam yang kuat, hasilnya, cukup 2 tahun anaknya menyusu dgn susu ibu..itulah pentingnya azam..melainkan segala usaha kita dah lakukan, tapi Allah masih taknak beri rezeki menyusu pada si anak, redha jela..

Contoh macam aku, walau apa jadi sekalipun, aku tetap kena beri susu ibu pada Iman..sebab dia allergi pada susu lembu..mungkin ni salah satu sebab nak taknak aku memang perlu jugak beri susu ibu pada Iman..so, inilah caranya aku kena kuatkan azam aku utk menyusu sampai 2 tahun..kalau boleh, sampai 3 tahun pun takpe..lepas 2 tahun, kalau dia still lagi allergi, itu cerita lain..

Apapun, semuanya perlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi..ianya nampak mudah..tetapi tidak semudah yang disangka..sedangkan ibu-ibu yang tidak bekerja pun dan berada di rumah sepanjang masa, tidak semuanya di kalangan mereka yang boleh menyusukan anak hingga berjaya kalau takde azam yang kuat..banyak cara utk banyakkan susu..tak semestinya makan pil banyakkan susu..makanan harian pun ada..bergantung kepada badan masing-masing..tapi terkecualilah bagi mereka yang berpenyakit..yang menyebabkan mereka tidak boleh menyusukan anak mereka..

Sebab apa zaman sekarang tak ramai yg menyusukan anak?sebab kita ada pilihan untuk memilih SUSU FORMULA..kalau zaman, dulu, memang takde dah pilihan..semuanya cari ibu susuan..


three things


Ok..sajalah nak kongsi barang yang aku beli aritu..bukan baru pun..dah lama jugaklah..tapi sebab cerita lama yang dah diperam, jadi masamlah jugak kan..but still nak kongsi dalam ni..

Aku beli 3 benda yang memudahkan kerja aku seharian..(memudahkanlah sangat..hahaha)

1)PEMANGGANG

Yang ni beli thru kawan mak aku..sebab apa aku beli?Sebab masa tu murah.Aku tak tahulah pulak harga benda alah ni berapa sekarang..masa aku beli tu, harganya beratus gaklah..yang ni aku beli murah sikitlah..masa tu kan semua orang tengah gila dengan benda alah ni..Lepas tengok mak aku pakai kt rumah, tengok macam best je bibik masak guna benda ni, so akupun terpengaruh dan maka nya, terbelilah jugak..Tapi memang bagus benda ni..Aku boleh jimat minyak masak banyak sangat..Aku dah tak goreng2 dah ayam atau ikan..Pendek kata, aku memang panggang terus je lauk apapun..Minyak setitik je pakai..pastu letak kunyit banyak2..memang sedap..sebab Hannan suka sangat ratah ayam yang aku panggang guna benda alah ni..memang tak luak langsung minyak masak sebotol kt rumah aku..jimat..






2) RING SLING




Haaa..benda alah ni aku baru nak start pakai..sebelum ni tak pernah teringin pun nak beli dari anak 1st sampai yg 2nd..sebab mahal kan..plus akupun tak tahu pakai ke tak benda ni..takut beli tapi tak pakai je..membazir duit pulak karang beli tak pakai..tapi takpelah..memandangkan sejak-sejak aku dah berbisnes ni, aku tak kisah sangat nak beli benda-benda cemni..untuk memudahkan aku buat kerja..sebab apa aku beli?sebabnya aku dah terdesak sangat bila duduk rumah, aku takleh nak buat kerja rumah sebab si Iman Zahraa' ni asyik nak bergayut dan menempek dengan aku jer..aku dah jadi stress sebab asal aku nak melangkah ke dapur je nak masak, diapun mulalah nak menyendeng kt kaki aku..dia mesti nak ikut..dapur aku pulak takde pintu atau gate..pastu bila masuk, abis semua pinggang periuk semua dia main..yg tak best, tong sampah dia nak main jugak..itu biasalah kan kes budak2 cenggini..tapi aku takleh, sebab aku memang takleh wat kerja kalau dia sikit2 tarik baju aku nak suruh aku duduk dengan dia je..so, camne aku nak masak?camne aku nak keluar menyapu kt depan rumah?lepas beli ring sling ni, haaa..amik ko..dia gayut je dgn aku..suka pulak dia 1st time pakai..kadang-kadang aku kendong dia kt belakang guna benda ni..senyaplah dia..asalkan dia duduk kt aku, takpela..tapi memang agak tak selesa jugaklah aku nak memasak dgn dia..sebab pergerakan aku jadi lambat..tapi nak buat camne..daripada aku stress kan..aku memang takleh tahan telinga kalau budak nangis-nangis merap ni..


3) BRICK GAME






Hahaha..benda ni bukan untuk memudahkan kerja aku..tapi saja sesuka hati terasa nak beli..tiba-tiba je atas kereta aku cakap kt abang yang aku teringin nak main balik brick game ni..gian nak susun brick2 ni..hahaha..sebab kecik-kecik dulu teringin sungguh nak main game ni..tapi tak pernah dapat game ni..main yg kat komputer je..sampaikan kalau mak aku atau abang angkat aku nak g meeting kt luar kawasan ke, mesti sibuk nak pesan suruh beli sebab dulu susah nak cari game ni..kunun-kunun macam mahal la. tak pernah beli..setakat tumpang main game orang je..hehe...pastu bila cerita-cerita kt abang, abang cakap kt kedai hardware kt area rumah aku tu ada jual je game tu..murah je..RM7 je!!!..AKUPUN APA LAGI..teruslah nak ajak g kedai..murah ok..hahaha..lepas beli, bawak balik, main kejap je..pastu anak aku dua beradik tu berebut pulak dah brick game ni..siap gaduh ok!yg si kakak bajet aku belikan game ni utk dialah..padahal untuk mak nya..hahaha..tak senonoh dah jadi mak pun nak main game lagi..last-last, aku tak main pun sampai ke sekarang..sekali tu je main masa mula-mula beli..setakat lepas gian masa aku budak-budak dulu..sebab aku tahu aku memang takkan ada masa nak mengadap game tu nak main..memang tak sempat main!masa aku sangat padat utk benda lain..dan sekarang, brick game tu dahpun musnah dek lemparan anak-anak aku..hahaha..nasib baik 7 hinggit je..

Thursday, April 18, 2013

Hannan passed potty train at 4 years!


Oh ini cerita lama sebenarnya..tapi aku baru nak update..kesian kan..Hannan dah pass kencing malam dah berbulan-bulan dah..So, sekarang ni, if dia nak kencing, dia memang akan bangun..tapi most of the time, dia memang tak pernah kencing waktu tidur..

Sekarang ni, dia memang dah tak bergantung dengan apa2 pelapik dah..and even at night..kalau overnite kat hotel pulak, aku taklah risau sangat sebab diapun dah boleh rasa if dia nak kencing malam..dia akan bangun gerak papa dia..selamat aku..hahaha..

So sekarang, dah dapat jimat pampers dah..tak payah beli dah untuk Hannan masa tidur kat hotel..

Pasni nak fokus potty train utk Iman pulak..tunggu dia dah lancar bercakap, aku nak start training dia..hahaha..terpaksa gulung segala karpet semuanya..

Aku tetiba je teringat yang aku penah post entry pasal potty train Hannan..hahaha..tapi takpela..post jela banyak2 kali pun..

i'm back!

Tak tahu nak mula dari mana..dah lama gila ok aku tinggalkan blog ni..hampir 3 bulan..nasib baik masih lagi ingat password nya..huhu..kalau boleh, aku memang taknak biarkan blog ni terkubur cemtu je..kalau boleh dan selagi masih sihat dan masih ada kudrat, aku masih lagi nak menaip cerita-cerita kehidupan aku sekeluarga..kalau boring-boring, boleh buat blog walking balik baca blog sendiri..harharhar..

Yang paling best, walaupun aku dah abaikan berzaman, tapi tak sangka masih ada lagi komen dari orang tertentu kt salah satu entry aku ni..maknanya, kewujudan blog aku ni masih lagi dapat dikesan oleh google..hahaha..tu yg membuatkan aku nak sambung balik cerita2 aku dalam ni..banyak sangat nak cerita..tapi tak tahu nak mula dari mana..yang buat aku sibuk sekarang ni, sebab akupun dah nak kena manage satu lagi blog aku..so, tengah dalam proses nak menstabilkan blog tu supaya dia sentiasa hidup saja..hehehe..bila dah tumpu kt situ, yang ni pulak terabai..haihh..payah nak bahagikan masa..elok2 ada masa, ada je benda yang nak ganggu konsentrasi aku..

Bercerita pasal blog aku yang lagi satu tu, jemput2lah yer korang-korang yang banyak masa di depan laptop or ipad ni, jemput baca blog aku yang satu lagi tu..banyak berkisahkan penyusuan susu ibu dan tips kesihatan diri..semuanya untuk dikongsi bersama..

www.nutrihijau.blogspot.com

Jemputlah baca..dan bagi korang yang nak cuba sebarang produk Shaklee, boleh hubungi i je..memang best..sebab apa aku kata best?sebab aku pernah cuba, and sebab tu aku sangat yakin dengan keberkesanan vitamin Shaklee ni..yang penting, ia memang selamat!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...