Saturday, October 5, 2013

Happy birthday for both!

Salam Arini update dari phone je.So entry i takleh lagi dah nak panjang2 macam selalu.takleh nak bebel2 or melalut panjang2 dah.hahaha.yang penting blog i berhapdet sya nanti anak2 i boleh baca atau i boring2 boleh korek balik kisah2 lama.hehe Baru nak cite besday Hannan ok.dah lewat 2 bul an dahpun.She's now 5 years!Sempena besday dia,we all buatlah sedikit kenduri untuk kawan2 dia kt tadika.Sekadar termampu. Tanpa pembaziran. Oklah.nanti i update balik ye.Lembab tahap sipot tul guna hp ni.takleh upload pic pulak

Monday, August 12, 2013

Salam Aidilfitri

Wahhhh..sudah 3 bulan aku tak update blog ni..tapi masih ada jugak yang mahu berkunjung ke blog aku nih..hehe..

Masa bulan puasa tak sempat langsung nak update..even puasa, siang takyah masak, tapi aku still kena masak jugak anak-anak aku..so masa pun abis gitu jela..haha..petang pulak nak masak untuk berbuka..pastu berbuka..pastu kemas-kemas basuh pinggan..pastu bagi tido anak-anak..last-last dengan aku2 sekali tido..memang susah la nak bangun tengah malam pulak..akupun sekarang tengah fokus on 2nd blog aku tu..so, lagilah tak menyempat..aihhhh..kata surirumah..kunun-kunun macam banyak masa..tapi masa asyik takde je..bukan takde masa..tapi maybe time management aku tak kena..so, aku kena atur balik masa aku betul-betul..

Jom layankan saja gambar-gambar Aidilfitri 2013 kami kali ini..Tahun ni turn aku beraya kat rumah family-in-law aku kat Penang..Then petangnya balik kampung kat Gunung Semanggul, Perak sebab mak mertua aku buat majlis tahlil untuk arwah nenek suami..tahun ni 1st time beraya tanpa arwah tok..











Harap maklum..dalam picture ni semua muka anak-anak aku masam je masa hari pertama..Hannan memang raya pertama tu dia malu sungguh nak bergambar..suruh bersalaman pun dia taknak..dia macam 'shock' kejap tak tahu kenapa..yang Iman pulak memang payah nak bergambar dengan dia..memang dia paling payah nak senyum.masam je..tak macam kakak dia yang suka sangat bergambar..cuma yang kali ni saja dia buat perangai..kalau tak, memang mudah..

Saturday, April 27, 2013

murah lagi rezeki..

Alhamdulillah..Allah masih lagi murahkan rezeki Iman Zahraa' menyusu sampai sekarang..tak sangka..dah 1 tahun 8 bulan dah..sememangnya memerlukan banyak kesabaran selain berdoa dan usaha..memang ada jatuh bangun di alam penyusuan susu ibu ni..kena banyak sokongan dari sekeliling..aku perlu kuat semangat..sebab aku tahu anak aku sangat perlukan susu ibu ni..sebab tu aku perlu kuat..adakalanya susu drop..memang nak nangis..tapi aku kuatkan semangat balik sebab aku takleh stress..kalau stress, memang susu akan kurang lagi..itulah pentingnya kena jaga emosi jugak aku ni..nasib baiklah ada amalkan makan B-complex Shaklee ni..sekurang-kurangnya membantu sikit..bukan senang nak menyusukan anak..bukan setakat selak, pastu bagi hisap..NO!tidak semudah yang disangka..emosi memang selalu sakit..kalau tak kuat, memang stop terus menyusukan anak..tapi aku memang NEKAD..apapun, biarlah Tuhan berikan kesempatan utk aku menyusukan Iman Zahraa sampai 2 tahun..

Kadang-kadang aku tengok ramai ibu-ibu yang mudah mengalah..kalau yang anak 1st, aku tak kisah..tapi bila dah anak ke-2, ke-3, still lagi taknak kuatkan azam nak menyusukan anak..susu drop sekali, terus hilang semangat nak bagi susu ibu..lantas terus bagi susu formula tanpa continue bagi susu ibu..kesudahannya, memang takde susu teruslah si ibu..kesian si anak..ibu kena kuat..aku faham situasi ibu bekerja..penat..tapi kadang-kadang, keazaman yang kuat boleh mengatasi segalanya..sebab aku tengok ramai je ibu-ibu yang bekerjaya, tapi sebab azam yang kuat, hasilnya, cukup 2 tahun anaknya menyusu dgn susu ibu..itulah pentingnya azam..melainkan segala usaha kita dah lakukan, tapi Allah masih taknak beri rezeki menyusu pada si anak, redha jela..

Contoh macam aku, walau apa jadi sekalipun, aku tetap kena beri susu ibu pada Iman..sebab dia allergi pada susu lembu..mungkin ni salah satu sebab nak taknak aku memang perlu jugak beri susu ibu pada Iman..so, inilah caranya aku kena kuatkan azam aku utk menyusu sampai 2 tahun..kalau boleh, sampai 3 tahun pun takpe..lepas 2 tahun, kalau dia still lagi allergi, itu cerita lain..

Apapun, semuanya perlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi..ianya nampak mudah..tetapi tidak semudah yang disangka..sedangkan ibu-ibu yang tidak bekerja pun dan berada di rumah sepanjang masa, tidak semuanya di kalangan mereka yang boleh menyusukan anak hingga berjaya kalau takde azam yang kuat..banyak cara utk banyakkan susu..tak semestinya makan pil banyakkan susu..makanan harian pun ada..bergantung kepada badan masing-masing..tapi terkecualilah bagi mereka yang berpenyakit..yang menyebabkan mereka tidak boleh menyusukan anak mereka..

Sebab apa zaman sekarang tak ramai yg menyusukan anak?sebab kita ada pilihan untuk memilih SUSU FORMULA..kalau zaman, dulu, memang takde dah pilihan..semuanya cari ibu susuan..


three things


Ok..sajalah nak kongsi barang yang aku beli aritu..bukan baru pun..dah lama jugaklah..tapi sebab cerita lama yang dah diperam, jadi masamlah jugak kan..but still nak kongsi dalam ni..

Aku beli 3 benda yang memudahkan kerja aku seharian..(memudahkanlah sangat..hahaha)

1)PEMANGGANG

Yang ni beli thru kawan mak aku..sebab apa aku beli?Sebab masa tu murah.Aku tak tahulah pulak harga benda alah ni berapa sekarang..masa aku beli tu, harganya beratus gaklah..yang ni aku beli murah sikitlah..masa tu kan semua orang tengah gila dengan benda alah ni..Lepas tengok mak aku pakai kt rumah, tengok macam best je bibik masak guna benda ni, so akupun terpengaruh dan maka nya, terbelilah jugak..Tapi memang bagus benda ni..Aku boleh jimat minyak masak banyak sangat..Aku dah tak goreng2 dah ayam atau ikan..Pendek kata, aku memang panggang terus je lauk apapun..Minyak setitik je pakai..pastu letak kunyit banyak2..memang sedap..sebab Hannan suka sangat ratah ayam yang aku panggang guna benda alah ni..memang tak luak langsung minyak masak sebotol kt rumah aku..jimat..






2) RING SLING




Haaa..benda alah ni aku baru nak start pakai..sebelum ni tak pernah teringin pun nak beli dari anak 1st sampai yg 2nd..sebab mahal kan..plus akupun tak tahu pakai ke tak benda ni..takut beli tapi tak pakai je..membazir duit pulak karang beli tak pakai..tapi takpelah..memandangkan sejak-sejak aku dah berbisnes ni, aku tak kisah sangat nak beli benda-benda cemni..untuk memudahkan aku buat kerja..sebab apa aku beli?sebabnya aku dah terdesak sangat bila duduk rumah, aku takleh nak buat kerja rumah sebab si Iman Zahraa' ni asyik nak bergayut dan menempek dengan aku jer..aku dah jadi stress sebab asal aku nak melangkah ke dapur je nak masak, diapun mulalah nak menyendeng kt kaki aku..dia mesti nak ikut..dapur aku pulak takde pintu atau gate..pastu bila masuk, abis semua pinggang periuk semua dia main..yg tak best, tong sampah dia nak main jugak..itu biasalah kan kes budak2 cenggini..tapi aku takleh, sebab aku memang takleh wat kerja kalau dia sikit2 tarik baju aku nak suruh aku duduk dengan dia je..so, camne aku nak masak?camne aku nak keluar menyapu kt depan rumah?lepas beli ring sling ni, haaa..amik ko..dia gayut je dgn aku..suka pulak dia 1st time pakai..kadang-kadang aku kendong dia kt belakang guna benda ni..senyaplah dia..asalkan dia duduk kt aku, takpela..tapi memang agak tak selesa jugaklah aku nak memasak dgn dia..sebab pergerakan aku jadi lambat..tapi nak buat camne..daripada aku stress kan..aku memang takleh tahan telinga kalau budak nangis-nangis merap ni..


3) BRICK GAME






Hahaha..benda ni bukan untuk memudahkan kerja aku..tapi saja sesuka hati terasa nak beli..tiba-tiba je atas kereta aku cakap kt abang yang aku teringin nak main balik brick game ni..gian nak susun brick2 ni..hahaha..sebab kecik-kecik dulu teringin sungguh nak main game ni..tapi tak pernah dapat game ni..main yg kat komputer je..sampaikan kalau mak aku atau abang angkat aku nak g meeting kt luar kawasan ke, mesti sibuk nak pesan suruh beli sebab dulu susah nak cari game ni..kunun-kunun macam mahal la. tak pernah beli..setakat tumpang main game orang je..hehe...pastu bila cerita-cerita kt abang, abang cakap kt kedai hardware kt area rumah aku tu ada jual je game tu..murah je..RM7 je!!!..AKUPUN APA LAGI..teruslah nak ajak g kedai..murah ok..hahaha..lepas beli, bawak balik, main kejap je..pastu anak aku dua beradik tu berebut pulak dah brick game ni..siap gaduh ok!yg si kakak bajet aku belikan game ni utk dialah..padahal untuk mak nya..hahaha..tak senonoh dah jadi mak pun nak main game lagi..last-last, aku tak main pun sampai ke sekarang..sekali tu je main masa mula-mula beli..setakat lepas gian masa aku budak-budak dulu..sebab aku tahu aku memang takkan ada masa nak mengadap game tu nak main..memang tak sempat main!masa aku sangat padat utk benda lain..dan sekarang, brick game tu dahpun musnah dek lemparan anak-anak aku..hahaha..nasib baik 7 hinggit je..

Thursday, April 18, 2013

Hannan passed potty train at 4 years!


Oh ini cerita lama sebenarnya..tapi aku baru nak update..kesian kan..Hannan dah pass kencing malam dah berbulan-bulan dah..So, sekarang ni, if dia nak kencing, dia memang akan bangun..tapi most of the time, dia memang tak pernah kencing waktu tidur..

Sekarang ni, dia memang dah tak bergantung dengan apa2 pelapik dah..and even at night..kalau overnite kat hotel pulak, aku taklah risau sangat sebab diapun dah boleh rasa if dia nak kencing malam..dia akan bangun gerak papa dia..selamat aku..hahaha..

So sekarang, dah dapat jimat pampers dah..tak payah beli dah untuk Hannan masa tidur kat hotel..

Pasni nak fokus potty train utk Iman pulak..tunggu dia dah lancar bercakap, aku nak start training dia..hahaha..terpaksa gulung segala karpet semuanya..

Aku tetiba je teringat yang aku penah post entry pasal potty train Hannan..hahaha..tapi takpela..post jela banyak2 kali pun..

i'm back!

Tak tahu nak mula dari mana..dah lama gila ok aku tinggalkan blog ni..hampir 3 bulan..nasib baik masih lagi ingat password nya..huhu..kalau boleh, aku memang taknak biarkan blog ni terkubur cemtu je..kalau boleh dan selagi masih sihat dan masih ada kudrat, aku masih lagi nak menaip cerita-cerita kehidupan aku sekeluarga..kalau boring-boring, boleh buat blog walking balik baca blog sendiri..harharhar..

Yang paling best, walaupun aku dah abaikan berzaman, tapi tak sangka masih ada lagi komen dari orang tertentu kt salah satu entry aku ni..maknanya, kewujudan blog aku ni masih lagi dapat dikesan oleh google..hahaha..tu yg membuatkan aku nak sambung balik cerita2 aku dalam ni..banyak sangat nak cerita..tapi tak tahu nak mula dari mana..yang buat aku sibuk sekarang ni, sebab akupun dah nak kena manage satu lagi blog aku..so, tengah dalam proses nak menstabilkan blog tu supaya dia sentiasa hidup saja..hehehe..bila dah tumpu kt situ, yang ni pulak terabai..haihh..payah nak bahagikan masa..elok2 ada masa, ada je benda yang nak ganggu konsentrasi aku..

Bercerita pasal blog aku yang lagi satu tu, jemput2lah yer korang-korang yang banyak masa di depan laptop or ipad ni, jemput baca blog aku yang satu lagi tu..banyak berkisahkan penyusuan susu ibu dan tips kesihatan diri..semuanya untuk dikongsi bersama..

www.nutrihijau.blogspot.com

Jemputlah baca..dan bagi korang yang nak cuba sebarang produk Shaklee, boleh hubungi i je..memang best..sebab apa aku kata best?sebab aku pernah cuba, and sebab tu aku sangat yakin dengan keberkesanan vitamin Shaklee ni..yang penting, ia memang selamat!

Friday, January 4, 2013

Anak-anak & Ekzema

Anak-anak i kedua-duanya ada ekzema..sape tak tahu apa itu ekzema?i pun dulu tak tahu..sejak ada anak, baru i tau apa itu ekzema..i rasa zaman sekarang ramai budak ada ekzema..ekzema ni actually keturunan..it comes in many ways..ada yang keturunan dia or mak nenek dia ada asma or lelah, so kebarangkalian anak cucu nak dapat ekzema tu memang ada sebab asma dan ekzema ni memang berkait rapat..

Macam anak i yang sulung, Hannan, masa dia kecik-kecik dulu, i mean masa dia baby, memang dia takde lagi ekzema time tu..kulit diapun ok je..licin je..putih bersih..but bab allergi tu, memang dia ada alergi dengan telur, santan and apa benda lagi tah masa dia start makan solid food..masa tu memang dia alergi dengan telur and kuih muih tahap maksimum punyalah..kalau makan je telur, habislah satu badan dia merah-merah..gatal-gatal lagi..kesian sungguh anak i..then lama kelamaan hilanglah alergi dia dgn telur tu bila usia dia dah semakin meningkat..then bila dia 3 tahun, kulit dia jadi kering-kering pulak..kat badan, tangan dan kaki..tiap-tiap malam, mesti dia tergaru-garu kt celah siku, and belakang lutut dia..celah pelipat memang jadi sasaranlah..sampai luka dibuatnya sebab garu teruk sangat..kitorang consult dengan doctor, doc cakap ekzema..bagi ubat bla bla bla and macam-macam nasihat lagi..doc cakap dia takleh duduk dalam aircond yang suhu lebih dari 25C..ok, tiap-tiap malam i set la 25C..tapi sama juga..then consult lagi dengan dermatologist..skin specialist la..swasta lagi..amik ubat yang bermacam-maca..i bagi ubat makan sekali dua je..memang hilangla gatal-gatal dia tu..but then i stop sebab i rasa mcm taknak dah bagi ubat makan sebab sah-sahla drug dia tinggi kan..i just bagi pelembap and sabun mandi je..so, hari-hari, terpaksalah berperang dgn Hannan bila nak mandi..sebab macam-macam step nak kena buat..kena sapu sabun sebelum mandi, then tunggu 15 minit..then baru mandi..pas mandi, sapu peelembap pulak..banyak sungguh nak kena buat..tambah-tambah bila pagi-pagi nak antar dia g tadika, adoiiila..berperang sungguh nak sapu lotion kt dia..tu la dugaan membesarkan anak..but memang after apply pelembap tu, memang kulit dia licin balikla..halus je..memang banyak membantu..but bila dah habis, kena beli lagi..and sapu lagi macam selalu..bila i fikir-fikir, macam ni gayanya, ada ke pengasuh or kt penjaga kt nursery yang sanggup nak sapu bermacam lotion ni kt badan anak i..mungkin tidak..sedangkan bila suruh adik-adik i pun dorang macam malas..hahaha

Tu bab anak sulung i..yang anak 2nd i Iman pulak ada ekzema juga..haaa..yang punya ekzema lagi tahap max..teruk sungguh dari kakak dia..nak trgelak tengok gayanya..kesian jugak kt dia..dia dapat ekzema masa dia baby lagi..around 3 months kot..masa tu dia suka sangat garu kepala..at 1st, i thought tu tabiat dialah kot..masa nak tido je, mesti garu kepala sungguh-sungguh..kadang-kadang dia tarik rambut dia..i pun pelik..sedara-sedara i cakap kadang-kadang memang ada budak yang tabiat cemtu..ada budak bila nak tido, dia tarik teelinga.tu lagi pelik..hahaha..then Iman ni naik macam-macam kt muka dia..kulit kering and macam menggelupas..then doc bagi krim aqueous.suruh sapu satu badan dia and muka dia..doc cakap krim tu takde drug..and takde bahan kimia lain..bagus and boleh sapu banyak-banyak..memang menakjubkan..kulit Iman terus ok..licin terus kulit dia..satu lagi, kulit Iman jenis tak tahan panas..kalau panas, memang tak duduk diamla budak tu..garu kepala macam nak tercabut kepala..habis kulit kepala dia..memang tahap ekzema dia agak teruk tambah-tambah bila dia demam ke or tak sihat, lagilah teruk kulit dia..memeng sekarang ni, i depends pada krim aqueous tu je sebagai pelembap badan dia..memang banyak membantu..so, hari-hari lepas mandi, i sapu kt badan Iman..2x mandi, 2x sapula krim tu..memang best krim tu..yang bestnya bukan sebab apa..sebab dapat sebekas besar gila..hospital bagi semuanya..pegi mana-mana hospital, kalau kebetulan kulit dia tak ok, doc mesti bagi lagi krim tu..wahhh..memang pengumpul krim aqueous sungguh..hehehe

But now, untuk kes Hannan, dia dah quite ok sejak-sejak i dah bagi Mealshake Shaklee kt dia..multivitamin dalam bentuk powder..hari-hari i bagi dia minum dengan milo..memang membantu sungguh..alhamdulillah..Hannan tak garu-garu dah malam-malam time tido..kulit dia pun takdela kering lagi..and dia memang tak bergantung pada pelembap and sabun tu lagi..lega sikit i..kalau tak, kena berperanglah time nak mandikan dia..

Disebabkan itu jugakla, i rasa lagi berat hati nak kerja bila mengenangkan perihal anak-anak i yang kena bergantung dengan bermacam-macam krim untuk sapu pada badan..mungkin ada anak orang lain pun sama kes dengan anak i..tapi bagi i, biarlah i sendiri yang menjaga anak-anak i ada kulit sensitif..sensitif tu satu hal..tapi satu lagi sebabnya juga, sebab Iman..Iman kalau nak tido, mesti akan garu kepala sampai luka kepala..selagi i tak tahan tangan dia, selagi tula dia akan garu..dan seterusnya, memang susahlah dia nak tido selagi dia garu kepala..itulah perangai anak i yang sorang tu..bila fikir-fikir lagi, i cakap kt husband i, ada ke pengasuh yang sanggup jaga kalau cemni?kalau sebab duit, mungkin anak i akan jadi sasaran..bukan i tak boleh nak berikan kepercayaan pada pengasuh..tapi memang realitinya, i memang susah kot nak bagi kepercayaan..itula perangai i yg susah nak berikan kepercayaan pada orang luar terutama bab anak-anak..memang i cerewet...walaupun i garang juga dengan anak-anak i, tapi mungkin segarang-garang i, dorang tetap anak i..nilai kasih sayang tu takkan hilang..so, biarlah i berkorban apa saja demi anak-anak i..merekalah harta yang paling bernilai dalam hidup i..biar tangan i sendiri yang membesarkan anak-anak i tanpa tangan orang lain..biar mereka makan suapan dari tangan i sendiri..biar mereka mandi dengan air jirusan i...dan biar tangan i sendiri yang menyiapkan dan menyolekkan mereka setiap hari..itu korban i buat mereka..sanggup tak kerja, asalkan mereka di depan mata sendiri.. 

Iman panggil 'mama' & 'papa'

Harini, Iman dahpun 1 tahun 3 bulan..and what a surprise bila bangun pagi main-main dengan dia je, tanya-tanya dia ni sapa, ni sapa (sambil tunjuk kt i and papa nya, dia boleh jawab mama and papa dengan betul..

Wahhhh..bahagia sungguh hidup bila dengar anak sebut macam tu berkali-kali..apa lagi,,bila i dengar je dia panggil i dengan betul, terusla i cium dia berkali-kali..u know what..it is something yg paling bahagia dalam hidup i sebagai seorang ibu..bila dapat mengetahui dan melihat sendiri perkembangan anak depan mata sendiri..step by step..sebelum ni kakak dia..yang tu lagi excited sebab 1st daughter kan..so bergandala excitednya.but kali ni pun, still excited..and happy sangat..i cium Iman berkali-kali sampai dia senyum and sengih..tanda diapun suka i cium dia bersungguh-sungguh..sukanya i!

Sebelum ni i pernah je sebut mama and papa..tapi jarang..and dia tak tahu pun yang mana mama and papa..just follow apa yg orang sebut depan dia..but now, dia dah boleh recognize!oh suka sungguh i..harap pasni bolehlah dengar beberapa patah perkataan lagi dari dia..diapun dah boleh sikit-sikit sebut 'kit' = sakit..sambil tunjuk kat kaki dia yang sakit..pandai buat jari tanda 'no' 'no'..sebijik macam kakak dia kecik-kecik dulu..apa lagi tah perkataan yang dia sebut..i pun dah tak ingat ni...should be kept and wrote in diary or blog ni..next time bila dah tua, boleh baca balik perihal anak-anak i ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...