Thursday, December 16, 2010

Nak potong berapa?

Actually, this is not my first time buying groceries..but what had happened is when the shop that i used to buy groceries such as fish and chicken was closed at that time..

Masa tu pulak i memang rushing gila sebab i nak masak petangnya tu..sebab i puasa..so, bila dah kedai tutup, i don't have choice..whatever things happen, i have to shop at Giant Kinrara..that was the nearest shop yg jual bahan2 makanan mentah ni..

The problem is, seumur hidup i since being a wife and mum, i tak pernah beli ayam atau ikan kat Giant or Tesco..sebab i dah biasa beli kat kedai2 runcit yg sebelum ni memang dekat sangat dengan rumah..just mintak je nak ayam banyak mana..separuh ke..seekor ke..semua siap dipotong..termasuk ikan..segala isi perut ikan semua dia buangkan..hoho..memang bestlah..bila balik jer, cuma cuci2 jer and simpan dalam peti..

So since there's no choice, i pun terpaksalah menapak kat Giant dengan si Hannan..oh..penat okeh nak cari ayam and ikan..bila i amik ikan, si Hannan pulak amik buah tomato kat mana tah and then main campak2 pulak...memang letih kalau bawak dia..i memang tak larat nak jerit time kat Giant..

Then jumpa ayam, i jadi blurr tak tahu nak beli ayam macam mana..sebab tak biasa..ada yg dah packing siap2..ada gak yg ayam seekor..then dia letak dalam plastik..i pun tak paham..berkali2 i baca..pastu i tengok pulak harganya murah..biar btul..kenapa mcm tak sama mcm kt kedai runcit..i lagi blurr..

Terpaksalah i bukak mulut and tanya ayam ni ayam apa..sama ke macam ayam biasa..sememangnya i tak pandai mebeli lauk2 mentah okeh..sangat memalukan..nak tanyapun tak tahu nak tanya camne..terpaksa fikir dulu ayat apa yg patut ditanya..jangan sampai memalukan diri sendiri..haha

Then bila i dah pilih2 ayam tu, dia tanya " Nak potong ke? "..I mengiyakan jer..

Then tanya pulak " Nak potong berapa?"...hah? i dah blurr lagi..i tak tau nak jawab apa..sebelum ni i ingat i pernah g pasar Alor Star dengan adik i..tapi dah tak ingat camne caranya beli ayam..haha..sebab selalu memang pilih ayam, then terus dia potong..takyah request apa2pun..

So, i tanya balik pekerja Giant tu, " Selalunya orang potong berapa?"..haha..i rasa macam bodoh jer i tanya soklan cemtu okeh..nampak sangat tak pernah beli ayam..sebenarnya nak cover supaya tak nampak sangat macam i tak tahu..

Dia pulak senyum..and jawab.." Potong 8, 12, 14, 16 pun ada"...."ok..potong 12 jelah."..i hentam je jawab..pastu i fikir2, 12 tu mesti besar jugak..i pulak memang dah malas nak potong lagi kalau dah bawak balik rumah..elok-elok dia dah potong je, i cakap " potong 16 lah.."...dia senyum lagi..sah2kan gelakkan aku yg tengah blurr ni!!

Kesimpulannya, i dapat belajar dari pengalaman i...selama ni i beli ayam senang je prosesnya..tup2 kali ni terpaksa beli ayam tanpa bantuan husband i..huhu..kena pilih sendiri..so, kiranya i dah taulah nak potong ayam berapa lepas ni if orang tanya..memalukan sungguh!

1 comment:

  1. There is always a first time ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...