Thursday, December 16, 2010

Pakai tudung tu kan wajib..

Harini entry i agak berbaur keagamaan sikit..opss!

Hahaha..

Bukan nak bersyarah..just to remind people or wanita2 kat luar sana..and also to remind myself..i noticed ramai perempuan suka kata  "Aku malas nak hipokrit..pakai tudung sebab kena suruh dengan mak or suami..buat ape nak pakai tudung kalau hati tak ikhlas.."

Well, i biasa dengar ayat tu dari member-member i..then i ada jugak pernah terbaca dari blog2 orang lain yg condemn and then argue about wearing hijab ni..Then ada jugak ayat2 yg menampakkan kejahilan sesetengah artis tentang pemakaian tudung jugak..

" Hati belum terbuka untuk ke arah itu..tapi i berdoa jugak manalah tahu Allah akan buka pintu hati ni untuk bertudung.."

From here, dah memang sah2 yg u all dah tau bahawa bertudung itu adalah satu kewajipan..but u refused to do it..don't give thousand excuses yg kita belum diberikan hidayah lagi..sebab kita memang dah tau bahawa perkara itu adalah wajib..kenapa kita macam nak menafikan hukum Allah lagi..
.
Covering your aurah tu kan wajib..compulsory..it is a must..that means bila tak pakai tudung dan dedahkan rambut dan leher, hukumnya adalah berdosa..sama jugak macam aurat lain..

But then, there's still women out there who said, "Alah..kalau pakai tudung tapi asyik keluar dating, pastu perangai tahpape..tak guna jugak..hipokrit je.."

Di sini, i nak masukkan sedikit kata-kata atau ulasan yg diberikan oleh Ustaz Zaharudin daripada Zaharudin.net mengenai persoalan hipokrit tu..

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK.  Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

So, kesian kan kat lelaki-lelaki kat luar sana yg tak bersalah tu..free jer dia dapat dosa disebabkan dia tengok aurat kita.. Avoid of being hipokrit bukanlah penghalang untuk kita melakukan perkara-perkara wajib..

Lagi ulasan beliau: 
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan  yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.  
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Hopefully semuanya faham dengan konsep wajibnya pemakaian tudung ini..sememangnya kita kena buat sesuatu perkara dengan ikhlas..tapi dah disebabkan ia adalah satu kewajipan dalam agama, tidak kiralah kita ikhlas atau tak, kita wajib mendahulukannya..dan kita haruslah istiqamah dan berdoa agar keikhlasan di hati akan timbul nanti..semuanya yg kita lakukan adalah kerana Allah..bukan sebab lain.. 

I berdoa jugak supaya Tuhan tetapkan hati i untuk terus menutup aurat sepenuhnya samada di rumah atau di luar rumah i..tak kisahlah semasa jemur kain atau sapu sampah sekalipun..i tengah cuba sedaya upaya ni!kadang2, kemalasan tu mengatasi segala-galanya..semoga diberikan hidayah untuk kekal menutup aurat..

p/s : Seronok tengok wanita2 yg lepas kahwin terus pakai tudung..tak kisahlah samada dia disuruh oleh suami atau tak..tapi dia tetap dapat pahala atas melakukan kewajipan ..tapi, rasa terkilan bila tengok lepas bercerai, terus bukak tudung..

3 comments:

  1. ada jugak yg kata~ tiada paksaan dalam Islam which is sgt salah sekali. sebab tiada paksaan dalam Islam tu adalah untuk orang bukan Islam menyertai Islam.. tak terpakai utk konteks orang Islam mematuhi undang-undang Islam..

    ReplyDelete
  2. Superb Ku! Two thumbs up for You!

    ReplyDelete
  3. Hope our "first lady" yang koya tu pun insaf2la, bawak2 la pakai tudung. Bukan lawa pun sanggul sarang tebuan tu. Biar tahu sikit yg mana halal yang mane haram

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...