I sebenarnya bukanlah suka membaca sangat..tapi I memang tengah berjinak2 dengan dunia membaca ni..sebabnya bila I g kelas and tak tahu sangat isu semasa or ketinggalan ke apa ke, I rasa macam bodoh jer..i memang suka baca..(apa ni kejap suka kejap x suka)..Cuma kadang2 masa je terbatas..sebab I jenis orang yg bila membaca, I akan tumpu satu2 ayat..and I lebih suka faham and menghayati..thats why I bila membaca, I perlukan masa yg betul2 lapang..ada setengah orang, even tak lapangpun dia still dapat baca sebab dia baca dengan laju..i memang pelik..(pelik lagi?)haha..tapi I tau ada je orang yg perangai macam I ni..sebab i pernah dengar sorang motivator ni cakap jenis2 orang yg suka membaca..macam i, i suka membaca word by word..lebih kepada nak memahami..sebab tu ada adik I pernah tegur I baca suratkhabar lama sangat..memang, memang dan memang..i suka baca satu satu..kalau ada berita tentang kemalangan ke, I suka nak bayangkan macam mana kemalangan tu berlaku…haha..i suka berimaginasi..yeke?
Baru2 ni, my father-in-law ada bagi satu buku kat i..tajuk TRAVELOG HAJI..dia suggest I baca..ayah mertua I memang cemtu..dia memang suka tanya I samada buku ni buku tu I pernah baca atau tak..dalam masa yg sama, dia buat minat I untuk membaca ni membuak2..but not novel..it’s more to buku ilmiah..but ayah mertua I pun kadang2 baca jugak novel..in Malay and English..i memang tabik sebab dia suka membaca dan telah membuatkan minat i untuk membaca membuak2..biasala..kalau dah jadi pengetua, confirmlah kena lagi banyak membaca..
Talking about TRAVELOG HAJI..seriously bagi I memang best..ianya bukanlah buku tentang agama..just menceritakan pengalaman seorang pensyarah berpangkat Professor yg sebelum ni jahil tentang agama..then diberikan peluang utk menunaikan haji..bukanlah menceritakan pengalaman biasa..kebanyakan ceritanya banyak membuat kita berfikir sejenak..dan kadang2 buat kita insaf and fikir di manakah tahap kita sebenarnya pada pandangan Allah SWT..
Still not finish yet reading this book..and memang tak sabar nak habiskan..sebab tu jugak I malas nak update blog..haha..plus busy dengan hal lain lagi..yg paling menyentuh hati I sampai I menitis air mata sebab sebak membaca pengalaman dia semasa nak solat di Masjidil Haram..seperti biasa dengan keadaan sesak semasa musim haji, nak dapatkan saf paling hadapan memang agak susah...lebih2 lagi sebelah Imam..dan dia berdoa kt Allah supaya Allah hantar orang2 yg tak dapat saf utk solat kepada dia (penulis)..supaya dia dapat bagi ruang solat kt orang lain disebabkan dia dimudahkan Tuhan utk dapat ruang utk solat..masa tu jugak dia nampak lelaki tua mintak tolong untuk dapatkan ruang solat tapi semua orang tak pedulikan permintaan dia..memang sedih bila baca ceritanya..and lastly bila orang tua tu sampai pada dia, dia bagi ruang untuk laki tua tu..laki tua tu ucap “Syukran” dan hampar sejadah untuk mereka berdua..bila habis solat fardhu, penulis solat sunat..kemudian laki tua tu hamparkan sejadah kepunyaannya hanya utk penulis tu seorang..kemudian laki tua tu turut solat sunat dengan hanya berlantaikan marmar sahaja..sampai cemtu sekali dia memuliakan penulis..sampai membuat penulis sebak dan menangis masa solat..dan i memang sebak bila baca.(tapi I cover muka taknak husband I tengok i)..mungkin bagi i sedihlah..mungkin bagi orang lain, biasa je..sebab i memang mudah tersentuh!Kalau pembaca betul2 menghayati situasi tu, memang sedih dan sebak.. habis solat, laki tua tu peluk si penulis dan mengucapkan terima kasih..hanya disebabkan penulis memberi ruang solat untuknya..baginya, kebaikan memang dibalas kebaikan..
Itu certain part of his experiences kt Mekah..banyak lagi kisahnya yg buat I x sabar2 nak habiskan..banyak dari pengalamannya yg boleh dijadikan pengajaran dan teladan..betul cakap ayah and mak..memang best buku ni! This is the book..sekejap je buku ni laris selepas keluar di pasaran..
No comments:
Post a Comment